Amsyar✖Rina
Amsyar menjeling tajam ke arah isterinya, terasa ingin gigit isterinya. Degil tersangat degil.Hari tu habis dia kena bebel dengan doktor semasa melakukan ujian check-up untuk isterinya dan bakal anak mereka .
"Encik Amsyar, kena pantau apa yang isteri Encik makan.Kandungan gula dia sangat tinggi dalam badan dia.Encik tak boleh....dan blabla
Macam mana tak naik gula kalau dah tengah melahap nasi beriani kambing dan kopi susu ni mesti kaw punya.
Tengok betapa asyik isterinya makan sampai tak perasan akannya yang berada dibelakang,ini pun dia balik sebab maid melaporkan kepadannya sudah dilarang tetap berdegil.
Rina ingin menyudu lagi nasi beriani kambing dalam mulutnya tersentak bila pinggang ditarik dengan air sekali.Ini boleh mendatangkan marah.
" Awak..saya nak!"Amsyar menggeleng, cukuplah telinga dia pedih dengan bebelan doktor itu. Nasib doktor kalau tak dah lama dia campak dalam keranda.
"Hari tu kau tak ingat ke macam mana doktor nasihat kau?Hari tu dah makan lauk ni.Air ni kalau tak manis memang tak sahlah kan." Sinis Amsyar dan terserlit aura tegasnya.Rina mencebik dan tanpa sesaat air mata menitis.
"Bukan saya nak..baby yang nak..Awak kejam!" Sejurus itu Rina meninggalkan Amsyar yang terpinga-pinga di dapur. Amsyar mengeluh dengan hormon ibu mengandung ni.
Rina membaringkan tubuhnya selimut ditarik hingga menyelubungi dirinya.Air mata masuh setia mengalir apabila terdengar bunyi pintu dikuak dari luar dia berpura-pura memejamkan mata.
Amsyar senyum nipis,nampaknya Cik Puan kita tengah merajuk dengannya.Selimut yang menyelubung isterinya ditarik.Jelas pada kelopak mata isterinya basah.
"Aku tak kejam cuma aku nak jaga isteri aku dengan baby kita baik-baik.Aku tak nak jadi apa-apa dekat kau dengan bakal baby kita." Rina mengigit bibir dalam diam,dia tahu sejak kes doktor membebel Amsyar lebih menjaganya dengan keras terutama bab makanan.Tapi dia bukan sengaja dah cuba tapi gagal.
Amsyar mengelus lembut pipi isterinya, dia yakin Rina belum tidur.
"Dahlah jangan merajuk,kali ni aku bagi kau makan beriani ni lain kali no more." Ujar Amsyar, Rina yang dengar terus tersenyum dan bangun sambil memandang Encik Suami.
"Betul ni?" Soal Rina,Amsyar mengangguk, sambil mengambil dulang yang dia letak sepinggan nasi beriani tadi dan air.
"Meh aku suap." Rina senyum dan membuka mulutnya,nikmat makan nasi beriani kambing.Tapi bila melihat air dalam mug..Amsyar yang tahu kenapa isterinya asyik mengerling ke arah mug.
"Minum air kosong lagi baik daripada air kau tadi." Rina mengeluh,biarlah kali ini dia mengalah.Seusai habis makan,Amsyar menggelap kesan comot di tepi bibir isterinya.
"Ingat no more nasi beriani ataupun sweet drinks!" Tegas Amsyar. Rina mengangguk lemah sebelum dia senyum.
"Kalau nasi beriani tak boleh agak-agak ramen boleh."
"Rina kau ni degil kan...dan blabla." Hari itu Rina sudah insaf dengan Amsyar yang terkena hormon membebel.
"Ingat jangan sampai aku bagi kau makan nasi air dengan air kosong baru tahu." Rina menggeleng, memang tak dia nak makan mahu kena bebel dengan lelaki yang dia pernah gelar mamat tiang konkrit."Love you." Ucap Rina mematikan bebelan sang suami.
Amsyar mencubit pipi tembam isterinya yang dah nampak macam donut yang sangat manis."Love you too..my princess." Balas Amsyar sambil memeluk tubuh isterinya.
YOU ARE READING
MRS HARRIZ ( COMPLETE)
RomanceNur Ishanani tidak sangka niat baik bertukar kepada peristiwa yang bakal menjeratnya dengan satu ikatan. "Aku akan keluar dari sini.Perkahwinan ini satu kesilapan."-Harriz Luluh hati bila di tinggalkan pada malam perkahwinan yang tidak sampai 24 jam...