Bab 20

11.3K 300 0
                                    

Rina sendiri tidak tahu dia di mana,kerana sepanjang perjalanan ke sini matanya ditutup dengan kain hitam dan dia dibiarkan sendiri disebuah biik yang agak luas macam bilik mesyuarat.

Kedengaran tapak kaki sedang melangkah dan pintu dikuak dari luar,kelihatan lelaki tadi dan di hadapannya pula lelaki yang juga berpakaian hitam dan menutup mukanya dengan mask hitam menyukarkan Rina untuk mengecam.

"Duduklah." Arah lelaki yang membawa Rina ke sini,manakala lelaki yang memakai mask hitam itu berada dihadapan Rina duduk.Rina sempat menjeling lelaki tadi,menyampah.

"Encik ni sapa sebenarnya,asal bawak saya ke sini,sebabkan Encik saya lewat dah nak balik." Hanya sekali nafas Rina berkata,lelaki yang dijeling Rina hanya tersenyum sinis.

Lelaki yang memakai mask itu membuka perlahan-lahan membuka mask hitamnya.Rina membulat mata..dia kenal laki ni..

"Manalah si Rina ni,phone tak berangkat." Asha ke hulu ke hilir,memikirkan Rina yang tidak balik lagi dahlah hujan lebat ni.

"Jadi Encik lah suruh mamat tiang konkrit ni bawak saya ke sini sebab nak tahu pasal Asha." Selamba badak Rina menggelar lelaki itu mamat tiang konkrit.

"His name Amsyar." Ujar Harriz sambil mengangguk,Amsyar menjeling gadis yang berada di hadapannya,tak apa hari ni hari gadis tu.

"Yes,aku nak tahu pasal Asha dan aku yakin dia ada cerita dekat kau." Biarpun dia ada menyuruh anak-anak buahnya menyiasat tapi dia mahukan lebih kepastian pasal isterinya ini amat penting untuk dia.Rina memandang ke arah Harriz andai di tangannya ada kayu memang dah lama dihantuknya kayu itu di kepala lelaki ini.Baru sekarang mahu menyesalkah... Sabar Rina ingat jangan cepat melatah...

"Encik tinggalkan Asha hampir 5 tahun,dalam dia masih isteri Encik.Biarpun saya ni tak faham isi hati seorang isteri tapi saya boleh faham dari naluri seorang perempuan betapa kecewanya dia dibuang macam tu." Tegas Rina.

Harriz mendengar kata-kata Rina,dari ayat sahabat isterinya dia boleh rasa kekecewaan isterinya dan dia akui dia telah melakukan kesilapan.

"Baiklah,kalau encik nak tahu sangat,saya boleh ceritakan." Harriz mendengar kata-kata Rina.

MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now