Bab 15

11.4K 317 0
                                    

Asha menggosok lengan kanan sambil tangannya membimbit plastik besar yang berisi sampah untuk dibuang ke dalam tong sampah yang berada di bawah,sepatutnya dia buang petang tadi tapi sebab penat sangat dia terlupa.Keadaan agak gelap sikit biasalah flat murah jadi faham-fahamlah keadaan dia macam mana tapi dia bersyukur kerana masih mempunyai tempat untuk berteduh.

"Hai." Ujar satu suara di belakang Asha sebaik dia ingin bergerak naik ke atas usai membuang sampah,dia amat kenal dengan suara itu..suara Harriz dan dia yakin dengan suara itu..dah hilang seminggu baru hari ni nak muncul.Asha berpaling dan tekaannya amat tepat dengan biasan lampu tiang amat membantunya untuk melihat wajah itu,yang memakai hoodie hitam dan berseluar jean hitam.

"Encik buat apa dekat sini?" soal Asha dingin,asal tak tanya 'Encik tahu saya dekat sini macam mana' itu namanya soalan yang terlalu cerdik kalau disoal kepada Harriz sebab Harriz yang menghantarnya balik semasa dia menginap di banglo milik lelaki itu,dan dengan keputusan nekadnya dia memaksa Harriz menghantarnya balik.

"Salah ke seorang suami datang nak jumpa dengan isteri dia." Jawab Harriz sambil mendekat walaupun Asha bergerak kebelangkang.

"Encik pergi baliklah saya tak nak Encik kacau saya." Balas Asha, dia tak mahu berjumpa dengan Harriz.

Harriz merenung muka yang berada dihadapannya,muka yang menganggu lenanya,muka yang dia tidak lihat selama seminggu kerana dia terpaksa pergi ke Amsterdam atas urusan kerja yang menyebabkannya terlalu sibuk tapi walau dia berada di luar negara setiap pergerakkan isterinya itu dia tahu,lagipun anak-anak buahnya ramai dan boleh diharapkan dan berada di mana-mana.Dia ingin melindungi gadis ini.

"Nah,abang nak hantar ni jer." kata Harriz sambil menghulurkan beg kertas kepada Asha tapi belum disambut oleh Asha.

"Encik tak payah nak berabang bagai dengan saya.Dan apa ni?" Saya tak nak."Tegas Asha,dan dia ingin berlalu pergi namun langkahnya terhenti apabila lengannya dipegang oleh Harriz, yang semakin mendekat muka mereka hampir bertembung,Harriz tidak memperdulikan amarah isterinya dan dia sempat lagi melemparkan senyuman manis kepada isterinya itu.

"Mungkin kau tak bersedia tapi abang tetap nak kekal kan panggilan tu,jangan risau ni makanan dan bukannya bom dear..take this and eat wjth your friend.Okay,I need to go now,bye and good night." ujar Harriz sambil berlalu pergi,Asha tercengang,sambil matanya ralit memandang beg kertas itu.

"Friend?" Hanya itu yang terluah dari mulut Asha dan matanya memandang kelibat Harriz yang bergerak pergi.

MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now