Asha mengusap lembut perutnya,yang kian membesar.Sudah beberapa minggu dia berada disini.
"Ibu mengandung tak baik banyak termenung." ujar Mak Cik Habsah,sambil menghulurkan air kepada Asha.
"Terima kasih bagi Asha menumpang kasih,Umi." Mak Cik Habsah yang menyuruhnya memanggil umi.
"Bila kita ada masalah kita kena luahkan bila kita bersedih jangan menyendiri bila terasa jangan sembunyi dan bila sakit jangan biarkan nanti berparut itu adalah kunci untuk merasa kemanisan rumah tangga."
"Umi selalu bagi nasihat dekat Sha,mengisi ruang dan jiwa Sha.Mira bertuah dapat Umi." Ujar Asha.
Di beratus kilometer pula,Harriz yang sedang mendongak ke arah bintang yang menyinar mengisi dan menceriakan bulan.
"Aku akan selalu berharap kau dan anak kita sihat.Aku janji aku akan perbetulkan segalanya." Itulah tekadnya.
"Hmm..okey nanti kita jumpa,akak nak masuk dalam ni." Ujar Arlin,sambil membawa bakul yang berisi buah,nak melawat member yang baru lepas bersalin.
Dalam dia melangkah masuk,dia ingin ke tandas terlebih dahulu,bakul itu dia tinggalkan dulu dekat kaunter jururawat.
"Sorry.." Ucap Arlin bila dia tidak sengaja melanggar bahu seseorang.
"Riessa?" Ariessa mengangkat wajah,hikmah di hospital.
"Ni,breakfast Jimmy pergi beli tadi." Ujar Hayden sambil meletakan beg kertas yang berisi makanan dan air.
Ariessa mengangguk, dia mendekati anaknya satu ciuman diberikan kepada anaknya.
"Ibu..daddy I don't want to stay at here.I don't like hospital." Kata Adam.
"Awak dah tanya doktor bila boleh balik?" Soal Ariessa.
"Need to wait result,but if everything okay,then can home." Ujar Hayden.Ariessa menahan senyum.
"What's so funny?" Soal Hayden, bila melihat isterinya menahan senyum.
"Abang ikut perangai awak, takut hospital." Ujar Ariessa, Hayden senyum.
"Bukan takut okay tapi rimas dan menyampah." Ariessa mencebikBanyak alasan pula yang diberi.
"Apa yang kita nak buat sekarang?" Soal Arlin kepada Rina.
"Kita kena plan betul-betul dulu." Ujar Rina,takkan nak main sergah jer,mahu kena tembak dengan suami Ariessa.
"Conflict betul." Rungut Arlin.
Hani merengus apabila Hayden mematikan talian,dah berapa kali dia call tak menjawab.
"Shit man!" Hani menyumpah Hayden, telefonnya dicampak ke atas sofa.Wain berwarna merah diteguk,wain yang disimpan tanpa pengetahuan mamanya.Dia akui dia memang menipu mamanya,dan dia tak rasa bersalah langsung.
Hani tiba-tiba tersenyum sinis,dalam diam ada sesuatu yang bermain dibenaknya.
YOU ARE READING
MRS HARRIZ ( COMPLETE)
RomanceNur Ishanani tidak sangka niat baik bertukar kepada peristiwa yang bakal menjeratnya dengan satu ikatan. "Aku akan keluar dari sini.Perkahwinan ini satu kesilapan."-Harriz Luluh hati bila di tinggalkan pada malam perkahwinan yang tidak sampai 24 jam...