Bab 79

6.6K 159 0
                                    

"So,kau nak buat apa sekarang ni?" Soal Amsyar serius dia yakin Hayden tidak akan berdiam diri lagi,tapi yang peliknya Hayden seakan-akan menghilang dalam masa sebulan ini.

"Aku yakin dia masih berada dalam Malaysia walaupun apa yang kita dapat ada bukti yang mengatakan dia kat London." Tambah Zach,selama mengenali Hayden lelaki itu sangat licik sebagai bukti dijadikan Ariessa sebagai mangsa dalam permainannya.Harap jer muka handsome tapi perangai macam mengalahkan setan.

"Aku tahu tu dan aku nak budak-budak perhatikan si Hani.Aku yakin bila kita dapat tangkap dia kita akan tahu apa rancangan si Hayden."

"Entah sial dasar perempuan munafik rupa-rupanya dia slut.Si Hayden tu pun bodoh ada bini cantik pun menggatal kalau setanding dengan Ariessa tak apa ni tahap bawah kaki Riessa pun tak lepas." Ujar Zach,Amsyar tersenyum sinis dengan ayat kecaman si Zach.

"Apa kata kau tanya Riessa aku yakin dia sedikit sebanyak tahu pasal Hani." Tambah Amsyar, Harriz mengangguk dan mereka terpaksa beralih ke arah target seketika iaitu Farisya Hanina.
Nampaknya perempuan itu agak licik bila tiada satu maklumat peribadi pun yang ada di dalam komputer syarikat mengenai Farisya Hanina seperti terpadam dengan sendiri.

"Aku boleh kata perempuan ni memang salah seorang daripada orang kepercayaan Hayden. Aku tak tahu pun macam mana diorang kenal dan kes Asha lari hari tu aku yakin perempuan tu dalang semuanya." Terang Ariessa, menceritakan perempuan ular itu.

"Macam mana kau boleh tahan dengan perangai setan dia?Kau tahukan perempuan tu bukan setakat.." Harriz menghentikan ayatnya,Ariessa hanya beriak tenang memang sakit tapi dia sendiri tidak tahu mengapa dia masih bertahan.

"Mungkin aku bodoh atau mungkin aku kuat demi Adam.Kau tahukan aku hidup tanpa kasih sayang ayah dan dengan arwah daddy aku menumpang aku tak nak Adam rasa apa yang aku pernah rasa.Lagipun Hayden dia tak pernah abaikan Adam." Jujur Ariessa. Harriz memeluk bahu adiknya itu walaupun umur mereka sama tapi orang yang melihat pastinya akan kata Ariessa muda sebab Ariessa rendah dan mukanya baby face.

"Kau kuat dan kau ibu yang baik untuk Adam." Ariessa tersenyum.

"Thanks terima aku balik." Tutur Ariessa terserlah keceriaan di wajahnya.

"She okay." Lelaki itu hanya mengangguk dan menamatkan talian.Dan beberapa keping gambar diambil sebagai bukti dan perlu dihantar kepada dia.

Ariessa yang baru sahaja habis membeli barang menuju ke arah tempat parking kereta.

"Hisyy mana kunci ni.." Rungut Ariessa, nilah padah kalau main campak sahaja kunci kereta dan nasib baik jumpa.Suasana tempat parking kereta yang agak legang dan sunyi.Baru sahaja Ariessa memasukkan barang-barang ke dalam bonet dan ketika itu seorang lelaki datang menyambar hand begnya.

"Tolong!" Jerit Ariessa, akibat berang dengan tindakan Ariessa peragut itu menolak kuat tubuh Ariessa hingga dahinya terhantuk pada badan kereta.

"Woi!" Peragut itu mula berlari dengan membawa hand beg yang disambar.Ariessa menyentuh dahinya yang berdarah.

"Cik,saya bawak pergi klinik." Ujar perempuan itu,Ariessa merasakan pandangan matanya kabur sungguh dia takutkan darah dan lalu pengsan tapi dia dapat menangkap perempuan itu memanggilnya.

"Adik encik okay cuma perlu berehat." Ujar Doktor itu.Harriz membantu Ariessa untuk berdiri nasiblah orang yang menyelamatkan Ariessa menemui telefon milik Ariessa dalam kereta dan sempat dia menghulurkan wang sebagai sagu hati.

"Macam mana semua okey?" Soal Zach dia baru balik dari selesaikan pembayaran bil hospital.Harriz mengangguk sebab Ariessa nampak macam lemah mungkin masih terkejut.

"Sial punya peragut." Carut Zach kalau dia ada disitu mahu dia lanyak peragut tu dah macam tak ada kerja lain.

"Dahlah benda nak jadi,aku nak balik kesian Adam dekat rumah." Harriz dan Zach hanya mengangguk.

"Aku kaya.." Jerit lelaki berbadan kurus itu dahlah seperti penagih.Tidak sia-sia dia meragut hasilnya sangat lumayan hampir 2 ribu di dalam purse itu.Dilemparnya hand bag itu dengan purse dengan hati yang gembira.

Tanpa sedar seseorang melangkah dan mendekati ke arah barang-barang yang dilemparkan tadi.

MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now