Bab 49

6.5K 189 3
                                    

Hari ini dah masuk tiga hari Asha dibenarkan pulang selepas dua hari berkampung di hospital itu pun dia minta kebenaran nak balik awal, lagipun dia tidak suka bau ubat kat hospital lagi membuatkannya stres.Harriz juga telah memberi arahan kepadanya antaranya ialah:

1.On time makan ubat
2.Jangan buat kerja walaupun nak bancuh air-buat apa aku bayar gaji maid banyak-banyak.
3.Minum susu
4.Jangan kunci bilik air

Bila teringat balik pesanan atau lebih kepada arahan daripada Harriz kadang-kadang dia rasa suaminya over protective tapi bila memikir setiap arahan Harriz Sebenarnya lebih membawa kebaikan kepadanya dan juga baby.

Asha turun ke ruang tamu,lagipun guna lif bukan guna tangga,nak letih ke mana.

"Eh!Puan kenapa turun?Tahu Tuan Harriz masak nanti." Ujar Maid Sal.Asha tersenyum.

"Saya boring,tak tahu nak buat apa." Ujar Asha sambil menongkat dagu.Maid Sal menghulurkan jus oren kepada isteri majikannya dan turut dihidangkan dengan sepotong kek coklat.Asha mengucapkan terima kasih.

"Mana maid Na dan Maid Ra?" Soal Asha apabila bayang dua orang maid atau boleh dikatakan penemannya di dalam rumah bila kesunyian.

"Oh,diorang pergi ke pasar beli barang-barang dapur, banyak barang basah dengan barang kering yang nak habis." Jawab Maid Sal.

Asha yang sedang enak menonton drama korea,tersentak apabila Harriz dengan selamba merebahkan kepalanya di pangku Asha.

"Asal manja ni?" Ujar Asha, Harriz mengenggam tangan runcing isterinya.

"Saja,pembawakan baby kot." Selamba Harriz berkata,apabila menyebut 'baby' terasa tidak sabar untuk menunggu lapan bulan lagi.

"Yelah,pembawakan baby." Asha mengulang jawapan suaminya itu.Harriz yang tidak berpuas hati mencubit pipi isterinya.

"Auchh!Sakitlah." Harriz tersenyum."Kau dah minum susu?"Soal Harriz,Asha mengigit bibir sambil tersengih.Harriz mendengus,dah agak tak minum lagi,selain daripada ubat isterinya itu payah nak minum susu.Dia bangkit daripada berbaring,dan mencapai telefon yang berada di dalam bilik satu nombor ditekan untuk menghubungkan ke ruang dapur.

"Bawak susu Puan." Dingin Harriz memberi arahan,ditamatkan talian dan hanya beberapa saat Maid Na membawa mug yang berisi susu.

"Minum." Asha muncungkan mulutnya,dahlah susu putih.

"Kau buat macam tu,jangan salahkan aku kalau aku 'makan' kau,lagipun baru sebulan boleh lagi." Dalam tegas ada ayat nakal dari Harriz, Asha mencebik tapi dituruti juga lagipun Harriz ni jangan dibuat main dia kalau dah kata macam tu memang dia akan buat.Harriz tersenyum apabila isterinya sudah selesai minum.

"Kau sama macam dia." Bisik Harriz perlahan tapi tak di dengari oleh Asha.

Ariessa memandang ke arah bilik air,bunyi pancuran air menandakan suaminya tengah mandi,Ariessa mengeluh dan matanya sempat menangkap Iphone yang berwarna hitam diatas meja.Ariessa mengambil Iphone itu tapi dalam masa yang sama matanya dikerling ke arah bilik air. Butang ditekan ke bahagian WS tetapi ber-password.Ariessa tersentak apabila pancuran air berhenti dengan tergesa-gesa dia meletakkan kedudukan Iphone itu ditempat asalnya.Ariessa berpura-pura membetulkan cadar katil.Kelihatan seorang lelaki keluar daripada bilik air dengan hanya melilit tubuh dengan tuala di pinggang.

"Aku tak balik malam ni,jadi jangan tunggu aku." Dingin lelaki itu bersuara,Ariessa hanya menunduk,ini bukan kali pertama suaminya itu tidak balik rumah.

MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now