Bab 78

6.5K 167 3
                                    

Asha memandang pemandangan dari balkoni sambil mengusap perutnya.Terasa ada yang memeluknya daripada belakang dan siapa lagi kalau bukan Harriz suaminya.

"So how my baby?" Soal Harriz,Asha tersenyum.

"Okay and fine.Just miss daddy." Jawab Asha,Harriz tersenyum. Pelukan dieratkan.

"Sampai bila saya kena duduk sini?Bosan tau duduk kat sini sorang biarpun ada bibik.Saya nak balik." Ujar Asha. Harriz memusingkan tubuh isterinya agar menghadap ke arahnya.

"Siapa suruh lari dari aku?" Asha mencebik,tahulah dia dah buat silap.

"Okay my fault." Harriz mencubit geram pipi isterinya yang kini agak bulat.

"Lain kali dengar apa yang aku nak explain dan bukan lari.Just believe me." Asha mengangguk silapnya kerana mudah percayakan orang dan silapnya kerana salah faham dan membiarkan perasaan mengawalnya.Nasib baik suaminya datang berjumpa dengannya.

"Sha,umi nak pergi pekan dengan Mira,Sha tak apa kan jaga rumah." Ujar Mak Cik Habsah. Asha mengangguk, lagipun dia tak larat jugak hendak berjalan.

"Tak apa,umi bawak ajer Mira kesian dekat Mira mesti bosan kalau dia teman Asha dekat rumah." Mak Cik Habsah tersenyum.

"Nanti..Ira beli kan akak aiskerim." Mak Cik Habsah menggeleng.

"Akak Sha tak boleh makan aiskrim sebab ada baby,bukan macam Mira hari-hari aiskrim." Mira ketawa.

"Umi pergi dulu." Asha mengangguk dalam pada itu jugak dia sempat menyalami Mak Cik Habsah dan mencium Mira.

Asha meneruskan aktivitinya,mencuci pinggan.Lagipun dia kena juga buat buat kerja walaupun umi juga ada menyuruhnya untuk berehat namun dia serba salah sudah bersyukur umi mahu menumpangkannya dan memberinya peluang untuk merasai kasih seorang ibu.

Tok!!!

"Siapa pula?Takkan Umi lupa nak bawak kunci." Dalam Asha merungut kakinya terus diatur ke hadapan lagipun mana tahu umi lupa nak bawa kunci ataupun tertinggal dompet.

MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now