Matanya terpisat-pisat dibuka dan dipejam seketika apabila cahaya terbias pada matanya membuatkan matanya berpinar-pinar seketika dan dibuka kembali perlahan-lahan dan dia memerhati keadaan yang berada disekelilingnya kerana dirasakan sungguh asing,adakah ini rohnya..Tapi disebabkan tubuhnya yang agak lemah menyebabkan badannya tidak bertenaga lama kelamaan dirinya terlelap dengan lena.
"You don't need to worry,kecederaan yang dialami tidak begitu serius." ujar seorang wanita yang gayanya seperti doktor.
"But,why she still no wake up?" soal seorang lelaki yang berwajah dingin,matanya tidak lari daripada melihat wajah yang sedang lena tidur.
Doktor itu tersenyum barangkali sudah terbiasa dengan reaksi yang diberikan.
"Semua ni mungkin disebabkan tubuhnya yang lemah,tapi bila dia sedar you need to make sure dia makan dengan pada waktu yang tepat dan tidak skip ubat yang diberikan. Lagipun, semalam result daripada X-tray tidak menunjukkan apa-apa masalah."
Asha membuka mata apabila terasa lama dia tertidur,dia tersentak apabila tudung yang dipakainya hilang,dan dengan kepalanya yang berbalut..entah ingatannya macam kabur-kabur begitu..
"Kat mana aku ni.." Asha terus menyelak comforter yang membaluti tubuhnya,keadaan bilik yang didiami sungguh asing baginya walaupun nampak sangat mewah dan keluasan bilik yang didiami ini lebih 3 kali ganda daripada keluasan biliknya.
Bunyi kuakan pintu daripada luar,menyentakkannya terpacul seorang wanita yang dalam 30-an sedang membawa dulang melemparkan senyum kepadanya.
"Puan dah sedar..alhamdulillah." ucap wanita itu sambil meletakkan dulang diatas meja.
"Puan?" Asha semakin bingung apabila wanita itu mengelarnya 'Puan'..tak dia kena keluar daripada sini entah dimana dia berada.. dia harus keluar.
"Maaf saya kena balik.." ujar Asha dia tidak betah untuk terus berlama disini,tapi apabila fikir balik rasanya semalam dia pakai selendang berwarna hitam dan dia pasti ada kesan darah tapi dimana selendangnya itu.
"Maaf,tapi ada nampak tak selendang saya yang warna hitam?" soal Asha peduli apa kotor atau tak dia nak balik.
Wanita itu menahan Asha daripada bangun,lagipun majikannya sudah arahkan 'Puan' ini untuk makan dan makan ubat.
"Maaf Puan,kena rehat apa kata Puan makan dulu lepas tu makan ubat." Ujar wanita itu,Asha menggeleng dia nak balik..balik
"Tak..saya nak balik.." Tolak Asha,dia nak balik dia cuba melepaskan pegangan wanita itu daripada lengannya namun terhenti apabila satu suara mencela tiba-tiba..Mereka berpaling,wanita itu menunduk hormat manakala Asha tergaman dan terus kaku...wajah yang pernah hadir namun meninggalkannya begitu sahaja dan meninggalkannya dalam satu ikatan...Sampai bila-bila dia takkan lupakan segala luka yang dia alami...selama hampir 5 tahun ini..
"You can go now." Dingin lelaki itu,wanita itu hanya mengangguk. Pintu bilik ditutup untuk memberikan ruang privacy kepada majikannya.Asha memalingkan kepalanya ke arah lain..sakit dihati apabila melihat wajah itu..
Kedengaran lelaki itu mengeluh,dia duduk di birai katil sambil melihat wajah yang sering menganggu lenanya..orang yang dia pernah buat salah...tapi dia tetap takkan dapat menukar masa..
"Long time not see you but glad both of us meet again."Ujar lelaki itu kepada Asha yang masih tergaman.
"Aku akan keluar dari kampung ni.Perkahwinan ni satu kesilapan. Tapi jangan risau nanti akan ada orang bagi cek kat kau dan anggaplah semua ini tak pernah terjadi."
Kenapa kata-kata itu seakan bermain di fikirannya kini... Kenapa sekarang... Lelaki itu yang pernah menghancurkan hatinya meletakkan nilai perkahwinan ibarat tiada nilai.. Kenapa dan itu yang bermain di fikirannya tapi apa yang pasti..
Dia benci lelaki ini!
"Awak siapa?Saya tak rasa kita pernah jumpa?"Soal Asha sinis.Harriz tergaman seketika.
Tapi itu salah dia! Dia yang mulakan semuanya dan gadis ini layak membencinya.
"Ya kita pernah jumpa dan bukan setakat jumpa malah kita ada ikatan.And I am sure you know that."
Asha ketawa sinis seperti memperlekehkan kata-kata lelaki itu.
"Ya saya sangat faham dan cukup faham tapi rasanya perkara tu takkan lama."Sinis Asha.
Dia yakin lelaki seperti Harriz faham akan maksudnya mungkin dulu dia tak pernah terfikir tapi bila melihat wajah itu rasa benci dan terhina menyapa rasa yang takkan pernah padam selama 4 tahun ini dan mungkin selamanya.
YOU ARE READING
MRS HARRIZ ( COMPLETE)
RomanceNur Ishanani tidak sangka niat baik bertukar kepada peristiwa yang bakal menjeratnya dengan satu ikatan. "Aku akan keluar dari sini.Perkahwinan ini satu kesilapan."-Harriz Luluh hati bila di tinggalkan pada malam perkahwinan yang tidak sampai 24 jam...