Ariessa memimpin tangan Adam,entah ke manalah dua orang ini membawanya.Tapi rasanya dia pernah datang ke sini.
"Zach ni bukan villa percutian keluarga ke?" Soal Ariessa ragu-ragu sudah lama dia tidak ke sini jadi ingatannya ingat-ingat lupa.Zach mengangguk sambil mencubit pipi gebu Adam.
"Habis tu kita nak buat apa dekat sini?" Soal Ariessa, Zach hanya mengangkat bahu.
"Dahlah jom masuk aku panas dekat luar." Rungut Zach sambil menggendong Adam.Ariessa hanya menurut.
Nampaknya villa ini tidak berubah kalau ada pun dari susun atur perabot itu sahaja dan yang lain masih sama.Harriz mengajak mereka duduk sambil bibik menghidangkan makanan dan minuman.
"Riz kita nak buat apa dekat sini?Aku tanya Zach lebih tanya dinding." Rungut Ariessa, Zach menjeling tapi dia lebih memilih untuk melayan Adam daripada bergaduh dengan mak budak.
Harriz tidak menjawab sebaliknya hanya melemparkan senyum sekilas.
"Just wait." Ariessa mengangguk, apalah yang Harriz tengah rancang.Kedengaran lif terbuka dan yang mengejutkan adalah orang yang turun daripada lif itu.
"Asha." Serentak itu Ariessa berdiri, dia keliru tapi langkah tetap diatur menuju ke arah Asha.Sebelum sempat dia berkata Asha terlebih dahulu memeluknya.
"Asha dah tahu semuanya Harriz dah ceritakan segalanya.Maafkan Sha sebab buruk sangka dengan akak." Pohon Asha,Ariessa kini merasa lega dia sempat menghadiahkan senyuman manis kepada Asha.
"Tak apa,akak faham kalau akak di tempat Asha pun akak akan salah faham macam Asha.Dahlah kita buka buku baru." Ujar Ariessa. Asha mengangguk.
"Pandai kau kan sorok Asha dan kau Zach kau pun tahukan benda ni." Ariessa menjeling ke arah dua ekor adik-beradik babun itu.
"Bukan kau kata nak tanya dinding?" Sinis Zach, Ariessa mencebik.
"Tak apalah aku malas nak bergaduh dengan kau.Dan akak tak sabar nak tengok anak saudara akak." Ujar Ariessa ceria,sambil memegang perut besar Asha.
"Buang bangkai tu,aku tak nak dia cemarkan tempat aku." Serius lelaki itu berkata.Jelas kelihatan terdapat kesan tompokn darah yang merecik lalu dicurah air mineral ke muka dan dilap menggunakan tuala muka.Puas kerana dapat membayar balik apa yang parasit itu lakukan.
"Kau sentuh hak aku,memang mampus." Sinis lelaki itu.Ketika itu seorang lelaki datang dan membisikkan sesuatu.
"Aku takkan kalah kali ini." Sinis lelaki itu.
"Kenapa kau tak bawak Asha balik kan payah nak ulang-alik?" Soal Ariessa sambil menepuk perlahan Adam yang sedang lena dipangkunya.Bila melihat wajah Adam dia teringatkan...Hayden kata Harriz Hayden menghilangkan diri sejak sebulan.
"Kau tahukan apa yang Hayden nak,aku tak boleh dedahkan Asha.Kau sendiri kenal macam mana dia." Serius Harriz berkata,dia terpaksa menyorokkan Asha tetapi dia tak pernah abaikan Asha lagipun disana lengkap dengan kawalan keselamatan.
"Aku harap sangat semuanya berakhir,aku tak nak ada nyawa yang harus terkorban." Sebak Ariessa. Harriz hanya mendiamkan diri.
Kelihatan seorang yang memakai hoodie berwarna merah melangkah masuk.
"Kau tahu tak sekarang ni budak-budak Harriz cari aku." Hayden tersenyum sinis.
"Aku tahu sebab tu aku dah suruh Mike padam semua data kau."
"Bila kau nak start plan kau?" Hayden tersenyum sinis membayangkan apa yang dia inginkan bakal tercapai.
Ariessa menghirup udara malam,terasa segar.Dia dapat melihat anak-anak buah Harriz sedang berkawal di luar nampaknya kawalan keselamatan semakin diperketatkan.Tetapi rasanya tadi ada kereta yang tersandar di bawah pokok mungkin matanya dah mengantuk sangat.
Asha yang sedang berada di luar menghirup bau-bau bunga segar di taman.Nasib baiklah ada bibik di sini ada juga peneman untuknya.Rasa rindu untuk pulang tapi kata Harriz belum masanya lagi dan sungguh dia tidak menyangka Hani adalah seorang talam dua muka dan dia pula begitu bodoh mempercayai orang nasib baik Ariessa memaafkannya.
"Puan ni susu dengan sandwich.Puan nak apa-apa lagi?" Soal bibik dengan ramah.
"Tak apa cukup dah ni,terima kasih bik." Bibik mengangguk lalu berlalu untuk ke dapur menyiapkan kerjanya.Selendang yang dililit santai dibetulkan sebelum menghirup susu.
"Sejauh mana kau sorok aku tetap dapat jumpa bini kau." Sinis Hayden, betul apa yang anak buahnya sampaikan yang Asha disembunyikan di sini.
"Game will be on."
YOU ARE READING
MRS HARRIZ ( COMPLETE)
RomanceNur Ishanani tidak sangka niat baik bertukar kepada peristiwa yang bakal menjeratnya dengan satu ikatan. "Aku akan keluar dari sini.Perkahwinan ini satu kesilapan."-Harriz Luluh hati bila di tinggalkan pada malam perkahwinan yang tidak sampai 24 jam...