Bab 18

10.8K 283 6
                                    

Harriz sedang menyemak beberapa fail tentang projek yang tengah dalam progress dia amat teliti dalam setiap projek yang masuk..

"Bos ni dokumen yang bos mintak dan fail merah ni ada beberapa dokumen yang memerlukan signature." Kata Arlin..Harriz mengangguk walaupun matanya ralit dengan dokumen yang dia tengah semak.

"Kalau macam tu,saya keluar dulu." Ujar Arlin,Harriz hanya mengangguk.Harriz yang sedang rit dokumen itu tersentak apabila satu panggilan masuk melalui iphonenya.

"What's wrong?" Kedengaran dingin suara Harriz,muka Harriz berubah agak menyeramkan..apa yang disampaikan oleh si pemanggil itu amat mengganggunya.

"Aku nak kau terus perhati kan kumpulan tu..jangan sampai terleka." Dingin Harriz sambil mematikan talian.

Nampaknya dia harus segera melaksanakan rancangannya,lambat semua akan habis.

Asha termenung sendirian sambil melihat malam yang dihiasi dengan bulan dan bintang.

"Jauh termenung." Celah satu suara siapa lagi kalau bukan Rina,Asha hanya tersenyum nipis dan matanya melihat langit yang gelap tu.

"Langit tu beruntung sebab bulan dan bintang tetap ada sentiasa bersama-sama menghiasi antara satu sama lain." Ujar Asha penuh makna,Rina memandang ke arah sahabatnya..sambil tersenyum nipis.

"Kau dah jumpa dia kan." Ujar Rina, Asha tersentak,Rina memandang sahabatnya.
"Aku tak sengaja ternampak kau dengan di dalam kedai tengah hari tadi." Jelas Rina.

"Aku mintak maaf sebab rahsia benda ni dekat kau." Luah Asha,Rina kehairanan,sejujurnya dia tak rasa yang Asha kena minta maaf dengan dia lagipun itu hal sahabatnya.

"Kau tak perlu mintak maaf,aku faham dan aku tak ambik hati." Balas Rina bersahaja.

"Aku tak pernah sangka dia datang balik selepas hampir 5 tahun dia tinggalkan aku." luah Asha,jelas setiap patah perkataan itu menggambarkan perasaan yang berlengu di dalam hati.

"Kau memang tak boleh terima dia balik?" Soal Rina, Asha mengangkat bahu tanda tidak tahu.Lepas apa yang berlaku dia tidak tahu.

"Apa perasaan kau bila suami sanggup letak maruah kau bawah tapak kaki dia?"Soal Asha dan Rina terdiam seketika sebelum menjawab.

"Aku tak boleh kata aku faham perasaan kau sebab aku sendiri tak kahwin tapi aku cuma nasihat fikir dulu dengan lebih rasional dan aku yakin kau akan jumpa jawapannya." Nasihat Rina sebagai sahabat dia nak melihat sahabatnya itu bahagia.

Asha merenung kata-kata Rina,jika ditanya akal dia tak nak ada ikatan dengan Harriz,jika ditanya hati dia sendiri tidak mengerti marah,sakit hati ada dalam hati tapi pada masa yang sama ada satu perasaan yang dia benci.....

"Kenapa awak perlu muncul, kenapa!" Keluh Asha,semakin difikir semakin membebankan hati.

MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now