Bab 25

11K 279 2
                                    

Asha memandang pandangan pantai,memerhati keindahan pantai yang menenangkan.Baru dia tahu,sekarang mereka berada di villa penginapan milik Harriz yang di kawal ketat,bagi dia tidak hairan kerana lelaki itu sangat kaya jadi lebih dari mampu untuk memiliki apa-apa sahaja.

"So,you like it?" Celah satu suara siapa lagi kalau bukan Harriz yang hanya berpakaian santai dan tidak lupa dengan cermin mata hitam.Asha mengangguk,dia suka sebab dia memang suka melihat pantai, dulu dia juga banyak kali pergi ke pantai yang berada di kampungnya untuk mengisi kekosongan jiwanya ataupun berdepan kesedihan.Namun dia mungkin tidak akan balik lagi ke kampung kerana dia tahu walaupun masa berubah namun pandangan manusia sukar untuk diubah walaupun dengan melakukan kebaikan.

"You still never can forgive me right?" soal Harriz,Asha melihat wajah Harriz yang berada di hadapannya.Asha tidak memberi respons,entah dia sendiri tiada jawapan.Asha mengeluh..persoalan Harriz agak menjerat hatinya.

"Lepas awak tinggalkan saya,pernah tak fikirkan saya walau sekali.Masa awak tinggalkan saya,saya rasa sangat terhina bagi seorang isteri ditinggalkan tak bertali selama 5 tahun dan ditinggalkan begitu saja tak sampai 24 jam bergelar isteri.Dan awak boleh pula hantar cek bagai awak ingat duit tu boleh rawat perasaan saya ataupun dalam fikiran awak saya ni perempuan yang macam mana Harriz. Setahun saya kena caci dengan orang kampung sampai saya...kena keluar dari kampung!" Luah Asha semahu-mahunya,apa yang Harriz sangat menyakitkan hatinya,air mata yang ingin mengalir di tahan dia tidak mahu  nampak lemah di hadapan Harriz.

"I know I was a big mistake to you...a biggest mistake but can you give me a chance for redeem  of that..give me a chance to be a husband to you." Pinta Harriz, mungkin dari kerjaya dia yang terbaik tetapi dari segi suami mungkin dia yang tercorot.Asha memandang wajah itu.

"Awak tak payah nak buat semua itu,mungkin kita sepatutnya lepaskan daripada ikatan ini mungkin betul cakap awak perkahwinan ini adalah satu kesilapan." Tutur Asha,dia sudah menerima andai dia terpaksa memegang status yang semua wanita tidak inginkan namun mungkin hanya itu cara yang terbaik.

MRS HARRIZ ( COMPLETE)Where stories live. Discover now