PROLOG

761 43 2
                                    

Mafia.

Gangster.

Yakuza .

Gelaran organisasi hitam yang mengerunkan apabila didengari oleh masyarakat. Di dalam minda mereka ialah manusia yang hidup dengan mencabut nyawa orang lain. Tetapi mereka tidak semuanya begitu. Golongan ini terbahagi kepada dua. Manusia yang membunuh sasaran sahaja dan manusia yang membunuh untuk kepuasan sehingga melibatkan orang awam.

Tetapi aku ialah yang ketiga. Manusia yang tidak membunuh sesiapa kecuali terpaksa.

Nama aku Jauhari Shin bin Abdullah Shin. Nama betul ayah aku Shin Kawazaki. Aku ialah anak kelahiran kacukan Melayu-Jepun. Dilahirkan di Malaysia. Ayah aku jatuh cinta dengan ibu aku dan terus masuk meminang. Tapi ada la juga ujian untuk mereka sebelum dapat aku yang kacak ni.

Aku bukan perasan. Tapi realiti. Sudah la putih. Tinggi pula tu. Muka hensem macam artis. Suci murni lagikan 'innocent'. Hahaha...

Sekarang ni aku dekat Malaysia. Tinggal dengan ibu. Ayah aku pula masih dekat Jepun. Setiap tahun balik Malaysia lawat kami. Kadang-kala bawa kami balik sana. Tapi hidup di sana dan sini sama je. Rumah tetap juga penuh dengan makhluk bergelar 'brotherhood' ni.

Ayah kata sebab nak jaga keselamatan. Serius. Ayah aku beli tanah sendiri. Lepas bina rumah sebiji macam rumah dia dekat Jepun. Cuma tepi rumah tak ada pokok sakura je. Ada pokok bunga raya.

Kalau sesiapa nak rasa tidur dalam rumah tradisional Jepun. Datang la rumah aku. Banyak je bilik. Boleh pilih. Nak tidur dengan aku atau dengan 'brotherhood'. Tapi tak semua tinggal serumah dengan aku.

Sesak nafas la kalau semua duduk sini. Penat la orang gaji rumah aku masak hari-hari macam makan kenduri. Ibu pula kerja jadi cikgu sekolah antarabangsa.

Cakap pasal sekolah. Aku baru umur 19 tahun. Muda lagi. Sambung tingkatan enam sebab nak tukar aliran. Aku pelajar sains yang sudah putus asa dengan Mr. Kimia. Kalau tak ada subjek tu dalam kelas tingkatan enam sains yang ditawarkan. Sudah pasti aku masih berada dalam aliran sama. Tapi aku tak mampu.

Bukan Mr. Kimia je. Musuh abadi aku Mr. Add Math pun ada dalam kelas tu. Seram. Kalau boleh bunuh tak apa la juga tapi ni bunuh pun tak mati. Maka, aku la yang berkorban.

Contohilah yakuza yang sanggup berkorban macam aku ni. Ibu dengan ayah aku tak menghalang pilihan aku. Tak macam ibu bapa orang lain yang kaya-kaya tu. Memaksa anak ambil tu la. Ambil ini la. Exam kena dapat 8A ke atas la. Kesian.

Syukur la ibu aku baik. Walaupun asyik kena membebel siapkan kerja sekolah. Ya. Aku memang malas buat kerja sekolah. Suka buat pagi-pagi sebelum pergi sekolah. Kalau tak tahu. Aku pinjam je la buku kawan. Tiru. Aku tak rasa aku je buat perangai tu. Tapi aku bukan la bodoh sangat. Kalau salah tu jangan la tiru. Exam aku selama ni pun PT3 8A. SPM 10A. STPM sem 1 dapat pointer 3.99. Geram je nak tambah satu lagi point bagi cukup 4.00.

Mesti orang fikir orang hensem macam aku ni dah berpunya. Hakikatnya orang hensem ni belum berpunya. Malaslah main cinta. Nanti kena layan perangai pelik orang lain. Lepas tu, tak boleh fokus nak belajar. Nanti tak pasal ibu bagi kaunsling.

Peminat ramai je. Aku je buat buta. Risau kalau capai seorang nanti. Orang lain pula rasa tercabar. Maka, lunyai la manusia yang dicapai tu. Jatuh tergolek-golek tak sempat sambut. Tahu-tahu je dah arwah. Al-Fatihah.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now