PENGHADANG DALAM HIDUP
Asas kata HADANG yang banyak digunakan di utara tanahair. Tidak dijumpai dalam Kamus Dewan edisi keempat, membawa maksud halangan, blok atau hal hal menampan/sekat laluan hidup.
Lumrah bagi manusia untuk mempunyai misi masing masing dalam kehidupan. Merasa gembira bahagia apabila tercapai cita cita, kemahuan, nafsu dan impian. Merasa tidak puas apabila gagal menembusi hadangan, usaha usaha ini membabitkan perjuangan selagi mereka bernafas.Laluan hidup yang mudah, sukar, berliku, keliru dan buntu adalah lumrah bagi semua manusia. Ditokok pula pebandingan sesama kita. Mereka yang dianggap berjaya adalah mereka yang berjaya memecah sebarang 'Penghadang' sedia ada. Ianya diraikan sebaik mungkin apabila berjaya membolos, menembusi atau melangkau sebarangan hadangan dalam hidup. Tidak kira samada hadangan itu berbentuk apa sekali pun.
Cita cita manusia selalunya berpusar pada hal yang lebih kurang sama dari segi kewangan, kemewahan, kebahagian dan kedamaian.
Dalam misi pencapaian cita cita manusia, apakah hadangan hadangan yang harus mereka lalui? Ayuh kita lihat secara am. Setiap satu boleh kita huraikan secara lengkap dan padat, tergantung pada misi dan kefahaman manusia tersebut.
1. Hadangan ekonomi. Kaya miskin dan keberadaan
2. Bentuk negara yang diduduki secara geografi dan kestabilan politik
3. Jantina juga ada memainkan peranan dalam menghadapi hadangan hidup manusia.
4. Agama dan kepercayaan setempat
5. Kekuatan secara fizikal dan mental setiap individu.
Manusia sering kecewa dan tidak bahagia apabila gagal memecah tembok penghadang dalam misi hidup mereka. Maka timbul satu pembawakan diri yang marah, berkesumat, dendam, merungut, sugul, murung dan ada yang membawa rasa kecewa tersebut hingga ke liang lahat. Sepanjang hayat, rupa rupanya manusia berusaha untuk memecah pelbagai bentuk tembok penghadangan mereka.
Yang berani memikul beban usaha untuk menebusi tembok hadangan tersebut akan berjaya. Bagaimana kita mahu menghadapi semua ini? Tidak ada saranan yang tepat, kita sedia maklum manusia itu berbeza beza pendekatan dan berlapis lapis pula sifatnya. Suasana A dan B tidak akan pernah sama. Tetapi, teknik dan cara masing masing mungkin boleh diolah mengikut kesesuaian.
1. Mengenal pasti apakah hadangan utama tersebut.
2. Mendapatkan sokongan dari sekeliling sekiranya perlu.
3. Mengenal pasti kesan jangkawaktu untuk langkah memecah hadangan.
4. Mencari alternatif alternatif terbaik dalam proses tersebut
5. Gigih mahu berusaha berkali kali untuk hal hal hadangan samada memerlukan tenaga, bantuan, kelulusan, saluran atau apa apa saja.
6. Tumpuan yang padu pada proses tersebut tanpa belah bagi.
Sebagai manusia, jangan pula kita menjadi lupa pada hadangan hadangan yang mustahil untuk dipecahkan, walaupun rata rata manusia mengatakan bahawa,kebanyakan hadangan itu boleh ditumpaskan dengan usaha, peruntukan waktu dan kesabaran yang tinggi.
Percaya pada takdir dan ketentuan itu juga adalah penting demi kedamaian manusia. Apakah kita sanggup untuk beralih pada misi lain yang lebih munasabah? Kaji juga hadangan hadangan yang mustahil supaya kamu tidak merugikan waktu. Percaya bahawa hadangan adalah dugaan untuk manusia yang menjalani kehidupan. Secara semulajadi, dalam menghadapi dugaan hidup ada yang gagal dan berjaya.
Hadangan hadangan biasa yang terjadi pada manusia selalunya melibatkan kemampuan wang ringgit, fizikal diri, jodoh, agama, jantina dalam banyak pergerakan manusia. Hadangan yang diakibatkan oleh manusia lain boleh dihadapi dengan menggunakan saluran yang betul. Tahap waras matang manusia juga menjadi kayu ukur untuk mereka terus berusaha atau mengabaikan saja sesuatu misi yang dianggap mustahil.
Hakikat hakikat di atas, membolehkan kita hidup damai, bahagia dan tenang tanpa ada rasa ralat. Kekesalan yang berpanjangan terhadap sesuatu hadangan itu tidak wajar bagi manusia yang berfikiran terbuka.
Hadangan sepatutnya dilihat sebagai pemangkin untuk manusia bergerak dan berusaha secara bijak. Mereka yang bergerak menggunakan akal fikiran yang waras selalunya terhindar dari penglibatan hal hal negatif seperti pembunuhan, penipuan, manipulasi buruk sesama manusia dan kekecewaan. Ketika inilah masing masing akan dapat melihat kesungguhan manusia yang lain dan sama sama meraikan kemenangan selagi bernafas.
Regina Ibrahim.Artis Holistik Penang.
Pic: By Jules Ong for the cover of The Star in the 90s.
YOU ARE READING
SELFISH
RandomIF ONLY I LIVE TO TELL... Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...