BERDIAM ITU TANDA SETUJU?

13 0 0
                                    

BERDIAM ITU TANDA SETUJU...

"Itu bayangan gadis sunti tahun 50an sedang menggelintat...," kata teman dan kami ketawa berdekah dekah. 

Berdiam kini dituntut sebenarnya di samping mencari saluran terbaik untuk disuarakan rasa hati.

Medsos dan kegilaan memancing perhatian sebenarnya banyak menuntut kita jadi pendiam. Tidak memberi sebarang reaksi. Nah! inilah media kebebasan baharu, mengundang pelbagai reaksi (baik, buruk, lemau, triggered, sinis dan lain lain) Bukankah berdiam diri juga satu kebebasan manusia? (hanya tekan like, emoticon, atau skrol ke bawah seperti selalu...)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya." (riwayat Bukhari) -

Maaf tiada niat mahu berdakwah, pada diri harus dipesan.

Banyak lagi konotasi tentang BERDIAM DIRI.

- memprotes tidak setuju pada sebarang usul

- membaca lingkungan di mana idea mahu disarankan (rugi usaha)

- melayan tahap mental orang lain kerana terlalu banyak waktu?

- tidak mahu jadi pendukung yang dianggap umat pemilik akaun

Memandangkan medsos jadi semakin berbahaya, berkongsi sebaran fitnah seolah olah kita tahu benar penuh yakin - sedangkan?, baiklah dikaji semula kisah kisah kenapa berdiam diri. Tutup mulut dengan alasan mahu bersifat Neutral.

IF YOU GOT NOTHING NICE TO SAY, DON'T EVEN THINK OF SAYING. - kata orang Inggeris. Ada banyak kebenarannya.

Medsos ada saatnya secara azali meminta kita agar JANGAN KALAH... lantas terjadilah banyak situasi tidak terduga. Berdebat menghabiskan air liur, bermasam muka akibat salah faham, salah pengertian maksud, hinaan atau jadi suka tidak suka. Ramai warganet yang tidak konsisten bagaikan lalang (untuk apa konsisten dia hanya melihat medsos sebagai tempat luahan semasa), netizen yang bijak serta rajin menyiasat jalurmasa lama dan perkongsian terbaharu yang bercanggah pemikiran. Akhirnya jadi mahkamah sosial dalam banyak waktu.

"Dinding saya hak saya" - jangan cakaplah. Itulah modal terakhir bila memintas. Namun harus difikirkan semula niat asal muatnaik. Kumpulan teman teman apakah disaring? Mahu menjadi pembaca sahaja tanpa aktif? Untuk siapa? Apakah kita akan berMelayuan dengan selamat mengatakan di hujung muatnaik pedas: Ingatan untuk diri sendiri.. (kalau untuk diri lebih baik dipublikkan- ada butang ONLY ME - sah ada niat terselindung di situ - simpanlah di sudut kotak hati/fikir baik baik - diterangkan bila diminta).

Jari jemari dan niat terus dilatih untuk muatnaik yang sedang sedang sahaja atau mampan - Tetapi, siapa saya mahu mengatakan begitu? Entah entah kamu sudah membina sejenis ruang untuk menjamu emosi di ruang medsos? Jika begitu lakukanlah dengan penuh hemah, mampu menjawab rungkai kembali soalan dari rakan rakan akibat muatnaik tertentu. (sekali lagi terpaksa dikira akan latar-belakang teman teman medsos yang tidak berhujung pangkal)

Manusia aslinya tidak mampu diduga. Bersinis, perli, kutuk, camdek, pujian palsu tanpa sedar jadi senjata mereka. Pertahananmu harus kuat, deria jenaka (sense of humor) jangan sampai longgar atau pulangan paku buah keras biarlah mantap. Masing masing memberi pengajaran.

Namun secara peribadi saya fikir manusia medsos yang waras tidaklah melampirkan apa sahaja jadi tatapan publik. Kalau perlu sekalipun dilakukan penuh hemat.

Ingat, curahan PERHATIAN juga mampu memberi sejenis KECANDUAN pada pelayar medsos. Ketagih berkisah, ketagih kepochi, ketagih mengutuk, gian berdebat aduh ada ada saja manusia... jalan tengah kamu apa? Garis halus kamu dalam memperkatakan tentang sesebuah isu itu apa dia? Baguslah jika kamu mampu memisahkan medsos dan alam realita. Takut pula jika kamu jadi bagaikan penagih bernarkobakan 'perhatian' di medsos... gian tidak terurus. Ingat, wadah apa sekalipun KEWARASAN dan langkah berpada dituntut - ini pesanan orang orang terdahulu dalam apa segmen sekalipun.

NOTA: Jadi kita banyak berdiam melihat muatnaik gambar seksi tetek sebelah, tingkah tingkah sembah materi, ketaksuban pada parti politik, maki hamun pada pemerintahan sedia ada.... dan kita mampu juga mampu membaca gundah dalam muatnaik yang selamba dan lucu ada ketikanya. Benarlah diam itu emas! tidak mencolok sesiapa, kerana esok kita akan bangun, bersiap diri dan bekerja dengan aman damai dan pulang untuk hidup AMAN. Benarlah kata orang: "Ada maksud tersurat dan tersirat"

 Benarlah kata orang: "Ada maksud tersurat dan tersirat"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SELFISHWhere stories live. Discover now