Kita bukanlah pakar tentang kehidupan, ada banyak lagi hal hal tidak terjangkau pemikiran manusia kita yang tidaklah sehebat mana. Nyatanya, kita bukanlah pelopor, malah pelopor juga entah betul entah tidak wallahualam. Sekali sekala tugas harus digalas demi kesejahteraan hidup.
Sekali lagi memperuntukkan masa pada teman untuk berbicara tentang:
1. Drama remeh/rigid manusia tanpa mereka sedar
2. Melihat tahap prihatin dan penting diri (kita dan mereka)
3. Berhubung ala kadar sahaja bila bertemu
4. Kegemaran manusia mendengar berita buruk (juga tanpa sedar)
5. Harapan piawaian yang bersarang jadi seperti sistem tetap di kepala. (manusia harus berakhir begitu dan begini) terlupa kisah susunan Tuhan.
6. Kemampuan fizikal, kewangan dan emosi yang harus dikenal pasti
7. Berbicara tanpa emosi, asal sahaja difahami.
8. Mahu jadi terbuka dan menilai setiap satu yang baharu
9. Kenal dan dakap diri sebagai manusia fana.
10. Bila kita mahu menghilangkan diri?
Solusinya, siapa baik kita baik. Suasana yang aman sejahtera adalah tumpuan meskipun dengan keluarga. Percubaan kita hanyalah untuk meraikan mereka seadanya (walaupun ada pertalian darah). Tiap saat memastikan apakah kita bersifat adil sewaktu menjalani kehidupan (takut kalau kita juga ikut serta berdrama). Lupakan rentak rentak hidup yang diimpikan orang lain selain diri sendiri. Kegemaran beranalisa tentang orang, dijadikan perbualan, sifat tersebut dipada padakan.
Solusi terbaik terus dicari, itulah namanya HIDUP.
YOU ARE READING
SELFISH
RandomIF ONLY I LIVE TO TELL... Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...