TERLEBIH FIKIR - OVERTHINKING

6 0 0
                                        


Manusia diharuskan berfikir. Kena berfikir. Deria gabung bermula dari mata, rasa dan dijemah ke bahagian otak. Kerut kening dan dahi adalah biasa, sehingga tenang bertemu penyelesaian. Selesai fizikal atau emosi, yakni langkah atau keputusan yang diambil.

Lebih berfikir (over-thinking). Lapisan yang bertapuk tapuk, kalau berkalau dan membayangkan kesan mendatang.

Kenapa orang lain nampak macam tidak berfikir? Tenang sahaja?

Kerana...

1. Dia kenal erti hidup: (hidup adalah penyelesaian masalah)

2. Dia tahu manusia dan giat mereka yang berlapis lapis

3. Pandai membeza urusan Remeh? Penting? Antara hidup dan mati? Picisan? Lewa?

4. Tidak terburu buru, sama seperti menyusun langkah catur

5. Salah benar. Tuduhan. Tanggapan hadir dari mulut siapa?

6. Dia tahu urusan nasib manusia. Menang kalah yang subjektif

7. Tidak membenarkan diri jatuh dalam lingkup LEMAH.

8. Sudah awal awal menetapkan jenis bantuan (juga dari manusia)

9. Akur bahawa dirinya memang ditakdirkan jadi penyumbang pada kesan/kisah/tindak/laluan hidup. Kesal/amarah dikawal

10. Dia percaya pada urusan DIA nan ESA.

Lebih kurang begitulah. Over-thinking menjadikan manusia tidak tetap pendirian. Selalunya solusi diri yang dianggap cemerlang, berubah dan berubah lagi. Menutup saranan dari luar (tidak percaya, ragu ragu, pengalaman kecewa lalu, takut apa orang kata dan lain lain). Sang pemikir berlebihan ini sering mentafsirkan bahawa mereka berkategori TELITI.

Tampilan mereka di khalayak berbeza. Ada yang pendiam, jadi penentang, banyak alasan dan sangat mementingkan reaksi orang sekeliling (disuarakan atau tidak). Selalunya mereka akan bertemankan SEPI dan merasakan bahawa dunia tidak pernah adil. Menjadi perungut dan sudah tentu tidak menyenangkan.

Belajar tenang, redha, sabar dan damai dengan segala langkah serta hasil keputusan sebenarnya dituntut dalam hidup. Setiap kita akan disapa oleh sifat over thinking pada laluan laluan tertentu. Namun kalau untuk setiap gerak hidup meskipun kecil, jika difikir analisa berkali kali seolah olah ia garapan sains fizik dan kimia, itu adalah signalnya over –thinking.

Arus hidup bagaikan aliran sungai. Dari hulu ke muara, alirannya tidak sama, jeram, tohor dalam dan tahap polusi juga berbeza. Apa yang penting adalah kendalian sampan kukuh yang membawamu.

7 LANGKAH YANG MEMBANTU

1. Peka Diri – kamu tahu aliran bila lebih berfikir akan hadir membanjiri kota fikir kamu. Kenal pada rasa gugup, marah dan kurang daya tumpuan. Hadang ia dari menyerang diri. Kamu kenal badan dan otak kamu...deteksi.

2. Elak – ciptakan hadangan bila overthinking melanda. Pindahan pada tumpu badan dan otak pada Muzik, filem, permainan, sukan dan berehat/riadah. (ringan atau berat terpulang kamu secara peribadi)

3. Pemikiran dan Idea jangan disimpan lama. Curahkan pada kerja kerja kraf, medsos atau apa sahaja. Gugup, marah atau apa sahaja emosi yang terperap lama akan meletus jadi aneh/pelik.

4. Jadi pemerhati yang baik – permerhati pada apa? Simptom simptom peribadi yang kurang baik. Berfikir terlalu pada hal buruk (sangka jahat) selalunya jadi penyebab rasa gugup dan tekanan. Kamu tahu bila ia akan menyerang. Bersangka baik itu dilatih.

5. Tetapkan Peringatan Diri – memberikan diri barisan ingatan adalah cara terbaik untuk merubah habit mental. Kalau perlu lekatkan nota nota agar kamu ingat: 'selesaikan segera' 'di mana otak kamu?" "cuba lebih peka" "bertenang dunia tidak runtuh"

6. Lupakan Niat Mahu Jadi Sempurna – kita faham benar akan hal ini. Sekiranya terbabas cepat cepat maafkan diri. Mana ada manusia sempurna bukan?

7. Bermeditasi – mengganti sifat terlebih fikir sangatlah payah. Bina pemikiran baharu yang meminta kamu untuk bertumpu. Mungkin sembahyang, bertafakur, berzikir dan berdoa mengikut kepercayaan peribadimu. Berikan tumpuan pad acara kamu bernafas, bertenang dan merelakkan badan kamu.

KESIMPULAN

Perkara terbaik adalah dengan banyak bersabar. Faham bahawa ada hadangan pada sebarang perubahan keterbiasaan, termasuk apa yang berada di otak.

Tumpukan pada hal yang sekarang/depan mata/masakini. Perlahankan ghairah dan mula menumpu perhatian pada apa yang sedang jadi di depan mata dan sekarang. Barang lepas tidak guna untuk dikenang atau terlalu takut membayangkan masa depan.

HIDUP ADALAH PERJALANAN, BUKAN PENETAPAN DESTINASI.

Regina Ibrahim

050419

050419

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SELFISHWhere stories live. Discover now