HAPPINESS IS AN INSIDE JOB

19 0 0
                                        

BAHAGIA ADA DALAM DIRI DAN SEKITARAN PILIHAN.

"Kau bahagia tak dengan hidup yang sekarang?"

Tergagap juga mahu menjawab soalan yang subjektif tersebut dan akhirnya jadi tertanya, kenapa dilontarkan soalan sebegitu? Apakah tukang tanya sekadar mahu tahu? sedang kabur keliru? dia tidak bahagia? atau mungkin sedang galau?

Bahagia itu adalah kerja dalaman, menurut William Arthur Ward, lulusan Universiti Mcmurry yang menghembuskan nafasnya pada 30hb March 1994. Beliau meninggalkan beratus ratus artikel motivasi, puisi dan sajak yang pernah disiarkan oleh Reader's Digest.

Happiness Is An Inside Job. ... nah, jika kamu percaya bahawa bahagia itu terkait dengan hal, orang dan barang di luar selain dirimu, itu petanda bahawa kamu tidak akan menikmati pencapaian penuh dalam hidup. Terlalu mengejar bahagia kerap membabitkan duka dan merana. Kamu sebenarnya sudah memiliki apa yang diperlukan dalam hidup agar bahagia demi hidup yang luar biasa.

Bahagia adalah sesuatu yang kita pilih untuk diri dan cara pilihan untuk hidup pula adalah mengambil kira tahap mampu berasaskan keberadaan kita. Ia bukanlah gerak mengikut rentak orang lain kerana ia hanyalah milik kita sepenuhnya. Perasaan dalaman terancanglah yang mencipta bahagia, selari dengan interpretasi/terjemahan peribadi kita pada acara acara hidup.

LANGKAH PENINGKATAN JATI DIRI DAN MENCARI BAHAGIA DALAMAN:

Kenal diri. Ambil waktu untuk duduk, telus mencatat kemahuan yang sepatutnya dan mula merangka, tidak peduli samada segala yang difikirkan mampu membahagiakan itu ditertawakan orang, paling penting menggaris secara waras apakah cita cita, harapan, pasangan pilihan, objektif hidup, kerjaya, stail hidup, tampilan, lokasi hidup dan lain lain.

- Buang segala godaan negatif (di fikiran atau sifat) yang ada... padam jika merasa negatif. Kekal positif.

- sentiasa tegas pada aspirasi diri

- mendapatkan bantuan sewajarnya

- percaya bahawa diri dirahmati (grace) - puji, bangga akan keberadaan terkini - semua manusia bermula dari hal TIDAK ADA APA.

- dengar akan kata hati dan setia pada diri

- belajar bersyukur

7 KUNCI BAHAGIA DAN JAYA yang mampu membantu capaian terhadap 2 hal dalam hidup kamu.

1. Bersyukur

2. Penuh kesedaran

3. Urusan waktu yang efektif

4. Merangka objektif dengan bijak

5. Bangun awal

6. Bijak teknologi (MIT) - santuni media berinformasi.

7. Berfokus pada Kesihatan dan Kesejahteraan diri

Ada 3 faktor yang menjadikan manusia bahagia/gembira/aman: Hubungan selesa rapat/intim, pekerjaan yang berbaloi atau masa lapang yang dihabiskan dengan tersayang dan berfaedah membantu orang lain (diri rasa berguna). Sebaliknya, wang dan kebendaan tidak banyak berkait dengan erti kata bahagia, dan manusia yang menekan tumpu pada dua hal tersebut selalunya kurang gembira berbanding dengan mereka yang tidak peduli.

KESIMPULAN

Ada tiga kunci terkuat demi 'Bahagia dan Kebebasan' yang harus ditelusuri, ia dipercayai telah mengubah hidup ramai orang.

- Memaafkan masa lalu (orang lain dan diri sendiri)

- Sematkan sikap mahu bersyukur terhadap hidup

- Melepaskan (tiada saki baki beban emosi dan fizikal)

Seperti yang dikatakan tadi, bahagia adalah 'letak duduk pemikiran/minda' - (state of mind). Ia tidak dicari teruk-teruk. Tidak perlu terkejar kejar. Bahagia, sebenarnya ada dalam diri kita, bermula dari diri dan berakhir dengan diri juga. (selagi kita telus menghitung kekuarangan dan hal berlebihan diri)

Harus juga disedari bahawa bahagia yang hadir dari kebendaan itu hanyalah ilusi, sementara, ia bukan bahagia sebenar tetapi hanyalah kenikmatan yang juga sementara. Jika yang dikejar merupakan semata mata hal hal kebendaan, usaha/tekad terhadap kebahagiaan tidak akan tamat. Begitu juga khayalan jika itu dan ini serta harapan pada orang (demi kasih, setia cinta dll).

Media sejak berzaman dahulu berterusan menyerang manusia dengan iklan pemikat sambil memperlihatkan manusia bahagia dengan produk yang mereka jual. Asasnya, mereka hanya mahukan wang kita dan mereka juga mahu kita percaya bahawa bahagia mampu dikejar dengan kebendaan dan saya fikir ia sangatlah salah! Cuba luangkan waktu berfikir... (gemok kurus, gelap cerah, sukses gagal dan macam macam) Hingga kamu merasa tidak berkecukupan.

--------------------------------------------

Bergerak dari hal di atas manusia seharusnya lebih bijak bila mengambil langkah hidup bahagia:

1. Mahu berusaha setelah gagal

2. Mencari peluang baharu

3. Tidak takut untuk menolak beban

4. Berani untuk memberikan penerangan

5. kenal akan kapasitas fizikal dan mental diri

6. Kenal pasti lingkungan yang dipilih.

7. Memaafkan dan bergerak ke depan.

8. Faham erti cabaran dan proses penyelesaian masalah

9. Tidak Ego untuk mendapatkan bantuan

10. Tahu untuk bersyukur, tidak terlalu membandingkan diri.

Harus ingat, bahagia masih lagi kiraan yang subjektif. TETAPI cukup jika kamu tidur lena, bangun pagi positif mahu menikmati hari, lega menyelesaikan masalah, tidak terlalu menelan air liur akan kehidupan yang dipamirkan orang lain hingga memudaratkan diri, kata kata orang yang didengari tetapi tidak memberi efek keterlaluan, tidak dipaksa membuat pilihan oleh orang lain (jodoh, makanan,ugutan, cara hidup dan lain lain), rela hati dalam banyak keputusan dan sanggup menghadapi risikonya.

Sifat redho yang menyamankan itu harus ditelusuri... kamu tidak mahu manjadi manusia yang berkerut wajah, penuh rungutan, sukar bersetuju, tidak pernah puas, tidak mahu bersyukur, bebal pada Tuhan, takut apa orang kata, malas berusaha dan segala konotasi negatif yang tidak perlu digalas oleh manusia BAHAGIA.

"Nok kau pindahlah ke Paris sekalipun... kalau dalam diri tidak aman bahagia, kau akan berterusan begini... ada benda tak lepas ni...," ujar Madam Ina sambil menghembus asap rokok.

Regina Ibrahim

020720

020720

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SELFISHWhere stories live. Discover now