BORO - SENI KITAR SEMULA JEPUN
BORO sejenis tekstil Jepun yang dibaiki, perca kain dicantum semula jadi kepingan berseni. Asal termanya adalah kata Jepun Boroboro, membawa makna koyak tapi dibaik pulih. Kerana fabrik dari serat pokok lebih banyak di Jepun berbanding kain kapas, Boro dicantum tampal untuk jadi selimut memanaskan badan.
Boro mungkin tidak terbiasa pada orang ramai, tetapi dalam penghasilan Indigo dan Fabrik Jepun, ia ada sejarah tersendiri. Seolah ada sejarah 'pembentukan budaya' ia menjadi sebab kenapa digunakan oleh label label masakini untuk produk. (Walau secebis digunakan sebagai hiasan botol, kotak hadiah atau ditampal pada penanda buku)
Dari generasi ke generasi keluarga, tekstil ini akan bertambah cantuman, sehingga pemerhati biasa tidak mampu kenal dari mana asalnya fabrik tersebut. Bertapuk perca indigo, apa yang cantik bagi pelihat kini, pernah jadi sesuatu yang memalukan pada masyarakat Jepun. Ada perca cantum yang dibawa dari era sebelum perang dunia ke 2, bagi orang Jepun tektil Boro mengenangkan mereka pada kemiskinan kampung terdahulu.
Sama seperti proses Kintsugi (kintsukuroi): keramik retak yang dicantum agar lebih indah bernilai dengan emas atau perak begitulah hasrat seni BORO yang melibatkan penghargaan pada fabrik yang menjadi kebangaan generasi ke generasi.
Adaptasi cantuman ini terus berlangsung dalam kadar seni tampalan 'modern patchwork' dengan jahitan mesin (asalnya dicantum benang secara manual pakai tangan). Tekstil ini terus dilihat/perhati di seluruh dunia, bukan sahaja menggunakan fabrik Indigo. Eropah juga sudah melakukannya untuk menyelamatkan kerja kerja tekap, kait, renda vintaj pada busana yang tampil baharu dan sangat dihargai (ada cerita).
Mengambil inspirasi BORO pereka tempatan harus bijak menilai batik, songket, kepingan kerja kait, tekap baldu lama Asia untuk dijadikan kerja seni yang menawan. Paling tidak pereka akan mampu bercerita tentang objek yang dihasilkan (Pereka tempatan sering dituduh sebagai berat mulut, tidak kreatif bahasa dan hanya tahu menjahit sahaja). Pakaian dan fabrik lama (antik atau vintaj) janganlah dibiarkan dimakan bubuk dalam peti simpanan.
Thailand antara negara asia yang bijak mengadaptasi teknik Boro secara komersil. Kain kain tebal jeans lama diangkat sebagai kerja tampal yang bijak dan dikagumi. Pereka skala kecil menggunakan fabrik fabrik terpakai yang masih elok untuk ditukarkan menjadi objek yang menawan (e.g: skirt jeans tampal, beg tot, jaket, patung sumbat, lapik meja dan macam macam - ada yang jadi eksklusif harganya).
Teknik Boro harus dilihat sebagai langkah muda menyelamatkan bertan tan timbunan busana manusia di pusat kumuh. Melatih deria penghargaan generasi. Menghormati sejarah fabrik dan menjana pendapatan secara puas.
---------------------------------
UPCYCLING - Merubah sesuatu objek dan dijadikan lebih baik. Objek yang sama kegunaannya hanya ditingkatkan jadi lebih bagus, praktikal dan menarik.
REPURPOSING - gunaan objek yang ditukarkan jadi objek lain berkegunaan yang berbeza. (contoh: getah basikal jadi slipar atau baju terkini)
Ia melibatkan hal 'sustainablity' - tahan lama yang banyak digunakan dalam industri fesyen. Agar objek tidak tamat begitu sahaja dan dikumpulkan di tempat pelupusan sampah. Melibatkan bijaksana manusia untuk berkreatif.
Secara lokal, ia masih diperingat bayi yang tidak mahu membesar. Negara masih jadi pusat longgokan sampah (plastik, pakaian bundle, kertas, bekas kimia berbahaya dan lain lain) dari negara lain dan sedang ditangani secara politik.
Pereka yang kreatif akan tahu bagaimana menjadikan batik, sari, seluar jeans lama dan apa sahaja yang bertapa dalam almari sebagai penamat seni yang mampu dihargai dan dipakai. (Pernahkah kamu belum pernah melihat lambakan baju baju kurung yang masih baharu dibuang begitu sahaja? atau melihat peniaga bundle yang buta fesyen mengantung apa sahaja walaupun tidka praktikal?).
Hal Kumuh Sifar (zero waste) harus difikirkan semula oleh penghuni dunia. Mentaliti yang harus berubah - malu mengulangi pakaian, mencebik terhadap kedai jimat dan bundle, nafsu hanya pada yang baharu dan merasa rugi membayar pada objek kitar semula (bersifat mudah: buang, buang dan buang kerana saat membeli hanya menurut nafsu)
Kempen kempen kitar semula palsu oleh syarikat syarikat fesyen juga pernah terjadi. (hanya untuk mendapatkan kad diskaun 10 persen bagi pembelian baharu). Tedapat juga banyak individu fesyen seperti Eileen Fisher, Pentagonia yang tegar mempertahankan kitar semula secara fesyen dan sains sejak 1997 (Membeli semula pakaian mereka dan perca perca kain digunakan sebagai penebat musim dingin dan lain lain)
Benar, ia melibatkan rasa tanggungjawab dan mula mengenali erti seni reka, pencemaran alam, kerugian, gejolak nasfu sebagai pengguna dan pelbagai lagi sikap manusiawi, tidak mudah untuk disampaikan pada manusia yang berotak di lutut.
Regina Ibrahim
240120
YOU ARE READING
SELFISH
AléatoireIF ONLY I LIVE TO TELL... Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...