JANGAN BACA JIKA KAMU KAYA RAYA

7 0 0
                                    

JANGAN BACA JIKA KAMU KAYA RAYA

Kerap saya mengatakan PERDAGANGAN (jual beli barangan dan perkhidmatan) didasari oleh NAFSU manusia yang tidak terbatas. Dari nafsu manusialah peniaga menjana keuntungan dengan cara pelbagai. Saya bekas guru subjek Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan.

Kini sebagai pengamal FREEGANISM tidaklah bermakna saya kaya raya secara kewangan atau melayan hal hal percuma sahaja, tetapi saya lengkap dengan tips dan budi penting untuk mereka yang hidup miskin dan sederhana. (teman teman jutawan sila bertenang - kamu berada di sisi cerita lain dan kemampuan).

Sukar dan susah hanyalah mainan minda yang lemah tidak kreatif. Bina perlahan lahan jadi positif.

Terlalu banyak rekaan barangan dan perkhidmatan demi mencuit NAFSU yang bukan bukan sudah dilayur pada kalian. (kebanyakannya tidak akan mematikan nadi hidup kamu)

KESEDARAN ASAS:

1. Kamu bukan artis papan atas atau personaliti yang perlu dikagumi. Kamu hanyalah marhaen yang bernafas dan mahu hidup sejahtera, jadi ubah pola fikir sedikit dan bertenang mendakap situasi diri.

2. Ceramah tentang kitar semula, cara pembuangan sampah, ubah guna barangan - bukan untuk yang kaya kaya atau yang hidup berkelas, kelompok kamu sebenarnya jadi sasaran utama (Anehnya yang kaya raya pula rajin mengamalkan cara hidup ini)

3. Fikirkan: Saya kurang kemampuan, saya harus mengawal nafsu terhadap hal hal materi atau gerak laku berbayar yang sedang trending (tukar itu ini, malu pada orang, jaga maruah tidak tentu hala) - kreatifkan kendalian hidup bila perlu membayar $$$$$$. Fikir sepuluh kali.

4. Cari ilmu tentang khasiat makanan, olahan resepi, rawatan kesihatan, khidmat percuma kerajaan, serta penjimatan, pokoknya apa sahaja ilmu hidup dengan apa cara sekalipun (sumber alami, kupon tukaran, kedai jimat, tawaran di interent, free market, pasar malam, kelas kelas percuma dan lain lain).

5. JANGAN BERHUTANG, jangan tergadai jati diri.
----------------------------------
Perihal mudah dan enteng ini mampu hadir mudah jika diri dilatih untuk terus berfikir matang, kreatif dan menghadirkan rasa bangga pada diri ketika dilaksanakan.

Bijak berkira bila masuk soal kewangan. Awalnya direkodkan untuk panduan dan seterusnya dijalani dengan mudah.

1. makan dirumah? masak sendiri? masak berkumpulan? tukar tukar juadah?
2. makanan tradisi yang percuma atau sumber yang murah tetapi berbaloi?
3. Bertukang jika berkebolehan atau tidak kekok menggunakan barangan terpakai yang masih elok walaupun bukan terkini
4. Hands me down (jika anak ramai) tidak kedekut/ralat untuk menderma di pusat derma. Clothes swapping tanpa ada rasa malu (malah dijadikan habit yang molek). - Ini bukan soal maruah, tamak atau kedekut (kamu memang tidak mampu) - gemar bergaya hingga robek poket adalah berdosa - malu takut maruah diri jatuh bila menerima bantuan antara sifat buruk manusia.
5. Jika empat hal di atas mampu kamu tangani, segalanya akan jadi mudah. INGAT ia bukan aliran searah sahaja, ia aliran bolak balik agar kamu juga jadi berguna, tercalit sifat baik dalam masyarakat tidak mampu seperti kamu.

Latihan latihan kecil ini sebenarnya sudah dilakukan oleh kamu, dia dan saya tanpa sedar. Bagaimana kita tidak mahu menghabiskan $$$ membeli perhiasan tidak berguna hanya mengumpul habuk, gotong royong setempat, peka pada bekas bekas (tin, balang, kotak) apa sahaja ditukar fungsi untuk digunakan semula.

Ini bukan soal cara hidup artisan bohemian.

Ia adalah kehidupan kita semua. Dimanafaatkan sebaik baiknya dengan saluran yang betul tanpa tampil TAKSUB PELIK. Begitu juga kekaguman kita pada kreativiti seseorang mengendalikan hidup, kita juga boleh walaupun bukan pereka handalan.
Amalkan hidup ini dengan penuh munasabah. (ada perbelanjaan penting tidak mampu dielak, tanpa mengambil kira kelas dan maruah manusia) Kita sangat maklum akan hal tersebut (pengangkutan, yuran dan hal asas hidup).
Namun perlaksaannya tidaklah mudah di awal latihan, ada yang terpaksa dihadapi sambil mencari jalan demi meminimunkan perbelanjaan atau bayaran untuk hal yang tidak tidak (Percayalah orang orang kaya sudah lama berfikiran sedemikian).

Di sepanjang jalan latihan ini kamu lambat laun akan menikmati sejenis kenikmatan yang subjetif, ada ketikanya tidak ditemui lagi jika kamu sudah mencapai puncak gemilang hidup.

- selimut kerja tangan ibumu suatu ketika
- mengopi dipinggir jalan bersama sama teman akrab.
- bercuti dengan cara tersendiri
- menghargai pemberian dari waktu ke waktu
- gembira dan besar hati bila mampu membantu

Ya betul, terlalu ramai di antara kita jadi tersepit dengan paparan media yang mencadangkan cara hidup terkini, pendakian kelas manusia, itu dan ini yang jika renung semula tidak masuk akal.

Tidak SALAH jika kamu berusaha keras untuk mencapai jaya sewaktu hidup, kita masing masing mahu ke destinasi tersebut. Sikap ke arah destinasi tersebut diuruskan bagaimana? Malu bergaya dengan baju bundle? Cafe berprestij jadi pilihan? Papa asal bergaya? Berciwi untuk siapa?

Saat kita benar benar mampu untuk melayan TEKAK DIRAJA nanti berikan diri yang terbaik, jamulah nafsu, tidak perlu mengikat perut atau berulah teruk teruk untuk tampil kaya raya. Saat itu semua tentangmu adalah kelas A.

Kamu masih berkhayalan hidup seperti keluarga Kardashian?

-----------------------

Nota: Penulis hingga saat ini masih menggunakan minyak kelapa dara sebagai pelembab dan pelembut kulit, rancak berkempen tentang ulaman hutan, dari waktu ke waktu mengitar semula untuk diri atau untuk didermakan, sesekali gembira pada teman teman kaya raya yang prihatin menghulurkan bantuan yang wajar. Life indeed felt so good...

Ya betul, saya kaya, kaya budi bahasa.

SELFISHWhere stories live. Discover now