IF ONLY I LIVE TO TELL...
Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...
Hidup disekat, opini disanggah dan sering dijadikan contoh buruk menimbulkan amarah yang teramat. Azalinya pula dilahirkan sebagai insan kuat pendirian, ego melangit dan diri terasa perfeksionis. Tergabung pula dengan mata dan deria lain yang terbuka, diasak dengan budaya budaya global - kita geram melayani gelojak mahu mendunia.
Dijamu dengan sifat kelaku anak bangsa dan majoriti yang tiba tiba terpana pada agama, lagilah membuatkan kita jadi hangat. Mata hati terus dipertajamkan lagi sambil marah marah merungut, sesekali memohon agar dilahirkan semula di lokasi lain yang dibayangkan lebih hijau bahagia.
Transisi gaya dan tampuk fikir sejak usia 20an, 30an, 40an hinggalah merasa diri tua akan terus berganjak atau melekat atas sebab sebab tertentu. Percayalah, ramai sudah melaluinya dan akhirnya masing masing kekal di tahap pilihan yang dirasakan nyaman, damai dan tenang (tidak ada yang betul dan salah pun). Saat jiwa mula mengerti rentak hidup, manusia, arus dunia dan caturan yang maha ESA.
Menjadi Melayu dan Islamlah ya... bagi yang tidak memilih untuk berada di situ (dilahirkan, automatis, akidah, tiada borang memilih) - membawa banyak tanda tanya. Ada yang dikukuhkan melalui pengajian, ada juga yang bereksperimen secara melawan jalur aturan. Tidak orang tidaklah kita, kalau tak sungguh orang tak kata... sudah dilihat kemelutnya. Pertikaian mengapa dan kenapa, disoal tanya hingga bertemu jawapan. Alah, jika jiwa masih lemah, jawapan yang dimahukan itu harus sesuai dengan tampuk gaya fikir dan aspirasi saat tersebut. Seronok melompak jika dikatakan bahawa cara kita itu okay dan tidak salah! Masing masing ada laluan rebel demi memuaskan sejenis kesumat... hinggalah bertemu jawapan yang entah ya entah tidak... (togak arak, makan babi, berpakaian, cara berbicara, kritis spontas, provoking, debat seksualiti dan macam macam sebenarnya - betul salah masih subjektif - diyakini hanya atas suara majoriti). Dihadirkan sifat sifat yang agak penting diri hingga terpalit pada orang terdekat/adik beradik/ibubapa/kenalan baru atau lama/jadi cerita dan ada yang masuk ke peringkat nasional malah lebih teruk dikenakan tindakan undang undang pula... Aduhai...
Artikel ini tidak mahu berceramah. Bukan tugas saya untuk mengarahkan itu dan ini bersertakan resepi sempurna hidup. Dalam perjalanan bertemulah kamu sang idola saat jiwa sedang sesak... diidolakan selamanya, sekejap sahaja atau tiba tiba jatuh meluat... hasilnya tidak menentu, kerana kamu tahu di hujungnya hidup harus dikandar sendiri. Lainlah kalau kamu dilahirkan bergentik Pak Turut yang bahagia, itu lain ceritanya pula.
Dunia medsos menjadikan hidup semakin terbuka. Curhatan terhadap politik, agama, bangsa, nafsu dan hal remeh temeh (berulang ulang - cuma dari hati orang yang berbeza). Maka terbacalah kemarahan sinis, lucu jenaka menghina, perlian, rungutan dan resah hati terhadap situasi Bangsa dan Agama. Ya, atas kita bagaimana mentafsir dan bertindak. Ingat, setiap paparan keresahan itu ada ajaran di belakangnya. Paling tidak kamu tahu bahawa dia jenis yang begitu, usia dan pengalamannya, harapan dirinya dan gelojak semasa dirinya. (marah, depresi, mental, daoh, ciwi atau apa sahaja - selalunya yang negatif negatif sahajalah).
Terbacalah kita kisah kisah suaka politik, tukar agama, tidak percaya pada Tuhan, marah berterusan pada pemimpin, gelisah pada fizikal diri dan segala mak nenek tentang manusia. Bagi yang sedar mereka merasa bagai tercuit cuit, ada yang senyum sumbing, ada yang terpanggil untuk berdebat dan ada yang melihatnya seperti angin lalu sahaja. Yang penting di tahap mana sekalipun kamu berada, segala paparan resah ini akan jadi panduan dan pendidikan percuba sebenarnya.
Kita tidak mahu menggariskan apa apa seolah kita ini tok guru suci terpilih... jadi setelah mengerti ada polemik yang didiamkan, ada yang ditanya khabarnya secara hati ke hati dan selalunya kita menanti si resah membuka mulut. Jika terlalu kronik, kufur, rumit, bertentangan kita mula melapik kata secara sopan (entah apa yang dilalui oleh si polan tidak pula ada di kerangka fikiran kita sebelum ini - tidaklah boleh terlalu yakin kita membina sifatnya secara peribadi yang penting diri - kamu fikir kita ini tahu semua?).
Dalam banyak saat kita jadi nakal. Resah gelisah paparan dijadikan modal untuk muatnaik, karya seni, disuntik dalam perbualan harian, artikel pendek atau panjang dan sambil sambil menilai resah orang yang ada banyak cebisan tentang diri dilihat dan ada serpihan yang bagai melayang menikam kembali dada damai kita yang sudah lama melupakan keresahan saat keliru membina perspektif kehidupan di dunia nan sementara ini...
Dalam keresahan kamu, ada helang helang jahat sedang menanti penuh taksub untuk memagut - Ahhh! para helang yang punya agenda tersendiri kan?
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.