IF ONLY I LIVE TO TELL...
Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...
عليكم بالتجارة فإن فيها تسعة اعشار الرزق "Berniagalah kamu kerana sembilan persepuluh punca rezeki adalah dalam perniagaan"
Makanya kita tahu 99% pendapatan lancar adalah melalui perniagaan. Kita masing masing berada di sektor ekonomi, paling tidak sebagai penguna akhir. Tidak ada sebab untuk mengatakan, 'aku keje gomen... bukan bisnes!" Hakikatnya kamu berada di sektor bantuan terhadap niaga pemerintah meskipun jawatanmu hanyalah pentadbir perkhidmatan atau kerani sekalipun.
Bahagia, gembira sekali melihat kencederungan rakan taulan terjun di dunia niaga sektor barangan fizikal atau perkhidmatan. Kehidupan dan aktiviti niaga yang baik tersebut jadi terkongsi, terpalit menjadi inspirasi dalam jumlah yang bukan kepalang. Keberkatan rezeki menyebar sebagai fardhu kifayah. Sama sahaja cabaran dengan kerjaya lain, meniaga hadir dengan 1001 dugaan. Tiap satu seharusnya ditangani cemerlang dengan usaha, doa dan bertawakal, pelanggan hadir dengan 1001 pe'el tentunya. Asas meniaga tetaplah sama. Tawaran - Permintaan - Perkhidmatan hingga ke tangan akhir (penguna).
Melalui MEDSOS kita melihat ramai peniaga pemula yang gabra. Beraduk emosi mempamerkan bebal. Medsos yang merupakan medan terbaik untuk mempromosi sebarang tawaran dan perkhidmatan akhirnya jadi wadah sensasi kebebalan peniaga meluahkan rasa marah dan ada ketikanya berbunyi jengkel jika luahan silap haribulan. (lebih teruk jika masuk pula si batu api yang tidak guna seduit)
Dari semua paparan kejadian di Medsos (baik atau buruk) ia mampu menjadi 'Kelas Niaga' gratisan tanpa yuran.
1. Melihat ulah pembeli yang aneh (orang jual biru dia tanya merah). Penguna sering merasa berhak untuk cerewet kerana mereka akan mengeluarkan wang.
2. Melakar kenyataan yang terang jelas akan barangan dan perkhidmatan. Dipelajari secara berkala.
3. Sistem penghantaran yang tepat dan jelas (COD dan terma terma lain). Logistik barangan (Makanan? Perishable non Perishable? contra band item? Pembungkusan? Sistem paling berbaloi?)
4. Mengiklan dengan penuh hemah (tidak murahan, terlalu bergimik, menjatuhkan maruah pesaing dan tampil murahan tidak bermoral) - Tidak peka pada seksualti, menunggang agama dan kontroversi murah.
5. Mencuplik inspirasi dari perniagaan sedia ada dan peluang peluang lain yang diyakini berbaloi. (menjadi agen kawasan, dropship, komisyen, dan lain lain).
Alah bisa tegal biasa, sebaik memulakan perniagaan secara talian biasakan dengan 3 bulan pertama meneliti sifat pembeli yang kekal sama (terutamanya mereka yang menjengkelkan). Keterbiasaan tawar menawar akan terus kekal. Peniaga kekal menjaga adap niaga, tidak terbeli dengan percubaan untuk ganggu emosi.
Terus menjadi peniaga berhemah dan beradap (kamu diwajibkan kenal akan struktur masyarakat yang menjadi pelanggan potensi) Sudah disaksikan pelbagai gimik niaga dari yang hebat sehinggalah yang murahan. Kepercayaan@anutan peniaga dimaklumi berbeza, ada yang hadir dari sekolah perniagaan tersusun dan ramai pula hanya dari sekolah kehidupan.
Semoga terus aktif berniaga, ghairah niaga yang dikawal, tidak kira secara tetap atau sambilan. Ia punca rezeki yang berbaloi jika diamalkan dengan telus dan berbudaya.
Tahukah kamu bahawa berniaga memungkinkan hubungan sosial diperhebatkan lagi? Membawa peluang peluang baharu yang tidak pernah difikirkan selama ini.
Regina Ibrahim 210720 Peniaga suara dan kepakaran, aktif menjual barangan vintaj di mudah.commm sekitar 2004. Masih menjual perhiasan, buku,lukisan dan barangan vintaj secara kecil kecilan.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.