LATIHAN REMAJA HIDUP NYAMAN

7 0 0
                                    



BAGAIMANA MAHU NYAMAN?

1. Berkebolehan membaca suasana sekeliling. Maksudnya kamu hati hati, mampu menghidu bahaya dan elak.

2. Terbuka hati untuk tahu/redha bahawa setiap orang hadir dengan latar belakang yang berbeza (jarang ada yang identical dari segi sifat). Kamu bersedia.

3. Sumber kewangan yang dijaga. (wang setakat mahu belanja dan memenuhi kemahuan asas) Kalau lebih lagi bagus. Rezeki dijaga dengan baik agar tidak tersekat.

4. Tidak ikut berdrama dengan manusia yang rigid, cerewet, bi-polar, OCD sampai tidak tidur memikirkannya. Mereka wujud, kamu berhubunglah seadanya. Elak dari jadi objek mereka.

5. Bersangka baik pada apa apa sahaja yang kabur, namun berjaga jaga. Tidak mudah menghakim dengan sangka buruk.

6. Senang hati untuk tampil miskin di mata manusia manusia yang bersifat duniawi. Kamu jangan sama naik, ribut jadinya nanti. (kalau kaya sekalipun tidak akan luak apa apa).

7. Pelajaran yang tidak pernah berhenti pada hal hal baharu. Teknologi, manusia, trend, stail dan apa sahaja ilmu baharu agar tidak tertinggal.

8. Gembira dengan pencapaian orang lain. Diri dilatih untuk bersyukur, mana tahu dia mungkin jadi inspirasi.

9. Tempat tidur yang dijaga meskipun solo. Kalau berpasangan ianya dilatih secara berdikit. Pokoknya ia haruslah selesa.

10. Beriadah bila ada kesempatan. Tidak kira apa bentuk riadah. Berjalan, bersenam, melawat kawasan baharu

11. Menerima kelebihan dan kekurangan diri dengan penuh. Sumbangan kalau lebih, berusaha lagi sekiranya kurang.

Ini bukanlah falsafah atau motivasi yang mendalam, ianya hanyalah hal hal asas untuk kamu yang masih muda remaja. Kenyamanan diri dilatih awal awal sebaik akil baligh, agar kamu secara tidak sedar tampil sebagai manusia yang menyenangkan.

Have a good sense of humor, joke around and have fun on nobody's expenses.

Have a good sense of humor, joke around and have fun on nobody's expenses

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SELFISHWhere stories live. Discover now