VALIDASI

2 0 0
                                    

Bagaimana manusia apabila ditidakkan? Merasa TIDAK wujud, tidak dipeduli, diperolok, diperakui dan lain lain perasaan negative. Percayalah kita semua memerlukan VALIDASI. Senang cakap adalah carian antara sedar atau tidak pada suatu PENGESAHAN.

Validasi mampu ditolak, dihakimi, disanggah atau ditidakkan. Namun terbaik adalah diam dahulu dan fikir apakah luahan terbaik.

- Sedap gulai yang Rahmah masak.

- Rajin isteri saya mengemas rumah

- Razif memang pintar dan pandai, kami rasa lega.

- Sabar ya, kami faham masalah kamu.

- Nak buat macamana semua dah jadi, kita usaha lagi?

Manusia dievolusikan untuk hidup saling menyaling dan wujud dalam perkumpulan dan masyarakat. Sebarang perasaan yang divalidasikan oleh manusia lain dianggap penting kerana ia membuahkan rasa nyaman, selamat, selesa untuk ekspresi diri. Menghormati perasaan satu sama lain memperkukuhkan kepercayaan dan sejahtera dalam perhubungan sesama manusia.

Ada yang tidak mampu berekspresi akibat ketakutan tentang pertikaian maruah, dihakimi melulu, dimaki atau ditokok tambah laluan derita. (e.g: Padan muka kau, ambik kau.. aku dah kata dulu, kenapa sampai jadi macam ni? Sesuailah dengan perangai kau... dan lain lain).

Namun, ada aspek penting yang lenyap dari interaksi manusia-manusia dalam kita bergerak sebagai masyarakat. Pemahaman dan Pengesahan (validation) pada perasaan orang lain, terutamanya perasaan negatif. Mereka hadir secara tidak lansung (rapat, kenal atau tidak) hanya untuk menuntut validasi.

Tidak semua validasi hadir dari ungkapan kata, gerak badan dan memek muka boleh ikut serta. Di sini empati boleh diguna pakai.

Kita bagaikan hidup di dunia yang cuba mempromosi positiviti yang tidak realistik – idea idea bahawa kita sepatutnya 'menidakkan emosi negatif telah menjadi kewajiban dalam situasi bermasyarakat (niat yang memerlukan penilaian semula)

Contoh: Bila ada seseorang yang sedang berduka dan merasa agak pessimis, kita akan cepat cepat bernasihat dengan niat yang baik agar dia 'tidak depresi' atau ' menyakinkan bahawa tidak ada apa yang harus disedihkan". Ini boleh diinterpretasikan sebagai berkata: "merasa sedih/duka itu buruk @ tidak elok". Memberikan kata kata menginspirasi dan positif bila ada yang memerlukan pujukan, mampu kedengaran sebagai tidak telus atau tidak peduli.

Secara tidak lansung kita menSABOTAJ perasaan kedukaan/sesal/sedih/pilu orang tersebut, yang sepatutnya divalidasikan bersama agar tenang. Ini dianggap tidaklah berperikemanusiaan. Penting untuk dibenarkan mereka meratap dan perlahan lahan merasa lega.

"Sudah sudahlah tu, dia dah mati, kau menangis airmata darahpun dia tak akan kembali," antara ekspresi validasi yang sangat negatif.

Satu lagi kepercayaan turun temurun dalam masyarakat, bila lelaki dipandang sebagai lemah bila perasaan/emosi diekspresi melalui tangisan. Meskipun pandangan ini semakin bertukar, kita masih jauh dari idea budaya manusia yang berterusan.

Kenyataannya lelaki atau perempuan, setiap mereka punya perasaan. Kita hanya perlu menghormati dan memahami perasaan perasaan dalam diri orang lain. Kita perlu belajar untuk meredakan perasaan sedemikian dalam orang lain sebagai manusia.

Menyalahkan/marah pada orang akibat pengalaman emosi negatif adalah sesuatu yang tidak membawa berperi manusiawi. Kita tidak boleh mengarahkan sesiapa untuk berhenti dari berperasaan yang tertentu. Perasaan tersebut sudah melanda orang tersebut.

Sebaik sahaja perasaan itu dirasakan, ia akan terus berlansung dalam apa cara sekalipun. Ia adalah kisaran yang lengkap. Tidak boleh diubah atau usaha apa sekalipun tidak mampu memadamkan kejadian yang telah berlaku.

Jika manusia terus menerus menidak/merahsia/menekan emosi, semakin buruk suasana tersebut. Lainlah jika ia berunsur unsur menjurus pada hal psikopatik (unsur sasau, gila atau mental tidak stabil), hanya satu solusi untuk hal yang dianggap penghadang sikap negatif yakni latihan teknik kartartik (katarsis – sesi luahan pada hal tanggungan emosi berat). Katarsis yang baik perlu dilatih.

Apakah mencari validasi dianggap sebagai menagih perhatian? Ya, itu sifat azali semua manusia dalam hubungan di dunia, apatah lagi di saat sedih, pilu, duka, keliru dan resah. Jika gembira bahagia sekalipun kita akan terus mencari validasi.

#ginawrites

#ginawrites

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SELFISHWhere stories live. Discover now