6 JENIS MANUSIA CELAKA
Toksik, Toksid atau Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh manusia.Bahaya toksin, bukan sahaja boleh menghancurkan. Ketoksikan perkataan yang mungkin metafora yang digunakan untuk menggambarkan kesan toksik yang lebih besar dan kumpulan yang lebih kompleks, ...
Mereka ada di sekeliling kita. Toleransi sudah diberikan kerana mahu berdunia (Tempat kerja, Asrama, Menyiapkan Projek atau Lingkungan Keluarga). Kenali mereka dan bersiap sedia untuk memberi isyarat jari tengah (FO) bila kamu sudah penat, dirugikan dan tidak kuasa lagi mahu menjadi papan penetak sayur dan daging.
Bukankah kita dalam proses mencipta ruang nyaman kehidupan?
Siapa sahaja mereka itu? Ayuh kita semak.
-------------------------------------------------------
PENYERAP TENAGA
Mereka hadir bagaikan tidak mampu dielak. Rakan terdekat, ahli keluarga dan kita belum menemukan semangat untuk berkata TIDAK! Mengugut dan marah marah seolah olah kita perlu/mesti/kena bertanggungjawab pada sesuatu hal. Sedangkan kita tidak ada kena mengena.Sering hadir dengan kisah kisah negatif untuk memalapkan hari yang ceria.
PEMUJI PALSU
Tidak kira samada bila diminta pendapat, manusia ini akan memberikan pujian pujian yang tidak benar. Ada ketikanya tanpa dimintapun dia akan memuji berlebihan, apatah lagi kalau kamu adalah rakan bersaing. Pujian itu mungkin hadir dari jiwa yang lega melihat kamu tidak sehebat mana. Hati hati, orang yang bijak tidak menanti pujian orang, jika ada sekalipun diucapkan terima kasih sahaja.
SANG PESIMIS
Bahaya. Tidak guna jadi rakan untuk kerjasama kerana dia terdorong menghadapi suatu hal dengan ciri tidak yakin, sedih, putus asa, hilang harapan, dan bagaikan berada dalam masa sulit yang tidak ada solusinya. Dia akan cuba sedaya upaya mempengaruhi kamu...
TUKANG KRITIK
Ini dalam versi jahat. Mengkiritik apa sahaja dan kamu menjadi tukang dengar (projek kamu atau projek orang lain). Dia gemar melihat semua penghasilan secara lemah (tanpa sedar menjamu atau tambah tenaga pada diri) Tambah buruk jika si tukang kritik itu jenis yang sebenarnya tidak produktif. Tidak menghasilkan apa apa walaupun dia yakin dia pakar dalam sesuatu bidang.
Kritik adalah penting jika ditanya atau kita pakar dalam sesuatu bidang, kritik dilapisi penerangan yang jelas.
SANG MANIPULATOR
Kita semua memanipulasi hidup. TETAPI tidak sejahat si manipulator berbakat. Segala kejadian, kesempatan dan kemampuan ruang akan digunakan sebaiknya. Cerita akan ditukar, lakonannya mantap untuk memastikan segalanya menjurus pada pergaduhan, perdebatan dan di hujungnya dia akan diam jadi pemerhati dan paling celaka dia lepas tangan. Manusia jenis ini bagaikan pengarah drama hidup secara halimunan. Cakapnya berpusing belit hanya untuk merubah fikiran regu bicara terhadap suasana.
MANGSA
Kerap menunding pada orang lain bila gagal (anehnya bila berjaya dipuji dirinya sendiri). Dari sekecil hinggalah ke masalah besar, dirinya akan diletak sebagai mangsa. Berharap pada dukungan kamu sebagai pendengar setia. Meratap akan rentetan bala yang harus dihadapi akibat salah orang. Disalahkan bukan sahaja manusia, tetapi objek yang ada: (jam yang rosak, telefon bateri habis, pen tiada dakwat atau mungkin komputer yang tidak berfungsi). Dia sendiri mungkin tidak sedar akan sifat tersebut selagi tidak ditegur.
------------------------------------
Jika ditegur pastilah mereka akan berang, merajuk dan berlalu. 6 sifat di atas adalah tamparan pada manusia. Mengena sedikit sebanyak demi menjalani kehidupan sewaktu berhubungan sesama manusia dalam kehidupan.
Jadi jika kita dewasa saat bersosial tegurlah ciri ciri yang dirasakan masih di peringkat awal agar hasilnya menjadi positif. Apatah lagi jika sifat sifat ini ada pada anak anak remaja yang sedang membesar.
Kamu bersedia dengan ungkapan ungkapan seperti di bawah?
1. Sudah sudahlah menyusahkan aku, kau kalau datang tak pernah dengan senyuman... ada saja kisah pelik pelik.
2. Kau kalau mengkritik penampilan orang sakan, diri sendiri kau taknak kritik pula... cuba balik tengok cermin.
3. Hang jangan nak manipulate cerita sangat sangat...benda mudah dan boleh diselesaikan. Fiksyen fiksyen hang tak laku
4. Jangan pesimis sangat ya.... amboi, semua aku buat tak betoi, hang saja yang hebat. Daripada hang dok bagi aku down, baik hang tolong aku... sampai semua aku buat tak kena ni...hang sakit kat mana?
5. Amboi...amboi..amboi.... hang yang terlepas nak salah orang. Lain kali be a prepared person, toksah dok buat mangsa na... mangkit tidoq lambat mangsa, bomfren tinggai mangsa... nasi mentah mangsa...sakan sungguh hang.
6. Hang depan aku hang puji sakan. Hari tu depa kata hang kutuk aku sakan... kita ni kalau nak puji biaq hati ikhlas, kalau tak dok sengap sengappun takpa... takda sapa nak marah aih.
REGINA IBRAHIM
YOU ARE READING
SELFISH
RandomIF ONLY I LIVE TO TELL... Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...