MEDIA SOSIAL YANG MENYERONOKKAN
1. Perkongsian berita pantas terkini
2. Membaca isi hati kenalan
3. Suntikan idea dan pendapat baharu
4. Pusat uar uaran aktiviti aktiviti setempat
5. Mampu menjana pendapatan
--------------------------------------------------------------------
LANGKAH WAJAR
1. ketik like atau emotikon pilihan
2. komentar seadanya, lucu, positif jika mahu
3. Hapuskan rasa mahu mengaibkan orang
4. Mesej Langsung (dm) jika keliru atau ragu
5. Selamatkan diri dari perkelahian @ Debat medsos
6. Tidak perlu merasa tidak hebat hanya kerana medsos.
7. kepastian samada fitnah, berita palsu sebelum muatnaik ulangan dari mana mana dinding
8. ada butang ONLY ME jika sekadar melepaskan resah.
9. Medsos juga menuntut latihan berhemah pelayar
-------------------------------------------------------------------
Bagi pihak ramai (bukan semua), ada pembahagian antara diri sebenar dan alter ego. Suapan terhadap kekurangan diri agar tampil gah, sebagai perisai fizikal personaliti sebenar, mewakili intuisi dalaman yang tidak mampu diluahkan secara lisan.
Jadi semua langkah ada mutual. Ada yang mampu mengawal, bermain selamat, tahu membahagikan medsos dan realita. Namun elak sebaiknya emosi melimpah saat kecewa, penat, luar kawalan sebagai langkah hati hati dihadapkan ke mahkamah: Akta Komunikasi & Multimedia 1998. Selain Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998 menjadikannya suatu kesalahan untuk menggunakan perkhidmatan rangkaian atau aplikasi untuk tujuan yang tidak berpatutan. denda sehingga RM50,000, 1 tahun penjara, atau kedua-duanya.
Tinggalkan medsos bila perlu. Tidak mati jika tanpa medsos. Yang ada hanyalah ketagihan tegar.
Sudah banyak kes pelecehan internet dilapurkan. Buli siber di negara ini berada di tahap serius ketika ini dan masyarakat perlu bersedia menghadapi ancaman berkenaan, kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM), Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab. kebanyakan mangsa dan pemangsa buli siber terdiri daripada remaja dan belia, namun ada juga golongan melebihi usia 40 tahun.
Kita nakal, kita berlucuan... tanpa sedar. Harus difikirkan semula dan pelayaran internet selamat dan bersih dijadikan amalan.
SELAMAT BERHEMAH DAN MENGAWAL EMOSI JARI JEMARI
----------------
PIC: lakaran statistik dari BHnews.com 2017
YOU ARE READING
SELFISH
RandomIF ONLY I LIVE TO TELL... Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...