Wow..., dia nampak cantik bergaya sangat! Regal... walaupun hidungnya kembang dan pesek.
Siapa yang mahu tampil seperti ayam sakit bukan? atau ayam serama berlemoih? Terkedek kedek seperti badut.
I wish i am like her.... apa pulak wish wish? Kamu juga boleh. Sesetengah orang terlupa mainan dalaman merekalah yang membuatkan penampilan kelihatan laeh, bongkok, kusut serabut dan tidak terurus. Tercorot dalam keramaian akibat kekuda diri lemah.
LAEH sebutannya la...eh, bahasa gaul utara menggambarkan insan yang tampil tidak ada apa apa, bukan selekeh tapi nampak nilainya kurang berbanding mereka yang segak segak. Segak bukan bererti cantik jelita atau tampan menawan seperti bintang besar. Segak adalah gambaran manusia yang tampil tegap, kukuh, yakin dan sihat. Orang segak siapapun akan tertarik.
Segak hadir dari dalam. Suka atau tidak.
Kesihatan, Penjagaan diri dan Emosi kamu positif itu akan terpancar menjadikan kamu segak menarik.
SEGAK SEWAKTU BERDIRI
Nampak kuat, bersemangat, berbicara tertib, bersalaman dengan ikhlas dan tidak merapu dana.
Menggunakan bahasa dan tonasi yang bagus
Tidak terhegeh hegeh bila menggunakan bahasa badan.
Berbusana serba sederhana tapi kena di badan.
SEGAK SEWAKTU DUDUK
Duduk dengan badan yang menegak tidak melehe lembik
Wajah diangkat sedikit tidak terlalu menunduk, tidak terlalu angkuh
Tahu bila mahu berdiri, duduk dan tidak kelam kabut
Bersilang kaki atau merapatkan ke dua dua peha supaya sopan
Tangan tenang mencapai gelas, minuman, garpu tanpa kelihatan serabut dan gelabah.
Makan dengan penuh tertib (dikunyah dengan mulut tertutup)
SEGAK BILA BERJALAN
Mengatur langkah tanpa terburu buru
Mengenakan sepatu atau kasut yang bersesuaian
Mata berhati hati pada anak anak tangga dan parit kecil
Tampak berkederat untuk melangkah dengan selamat
Tidak cuba bergolek golek pinggul palsu dengan niat (supaya dilihat menawan, seksi dan lain lain)
Dada dihadapkan sedikit ke depan, tangan dihanyun seadanya.
Bahu tegap tidak bongkok macam orang sakit (lainlah kalau kamu semulajadi cacat bahu)
Bau badan yang terkawal (ada pewangi ketiak dan body spray yang murah)
Kesimpulannya, ia tergantung pada kamu. Bentuk hal hal tampil segak sejak muda remaja lagi, baca tentang ilmu tata tertib di meja makan. Rajin membaca tentang bagaimana perhubungan sosial akan menjadi lebih sopan dan waras. Harus ingat, sopan, beradap, bijak dan tenang itu adalah amalan yang dikukuhkan dari waktu ke waktu. Semakin diamalkan semakin bagus jadinya.
Hati yang bahagia deskripsinya sangat subjektif. Tetapi kamu boleh melatih untuk melupakan sejenak masalah masalah peribadi yang berat ketika mahu tampil segak. (kamu tidak mahu terlihat seperti menanggung beban)
Penguasaan bahasa dan ucapan harus kamu telaah. Supaya tidak dijadikan bahan ketawa. Hal segak tidak mengira jantina dan bentuk badan. Dalam sebarang hal bila ragu ragu, senyum dan fikir, mungkin boleh bertanya selepas itu. Bersifat terburu buru, pelahap, loglaq, kabur, kedekut senyuman, gagap, kurang sopan (rude) dan tona suara tidak terkawal tidak akan menjadikan kamu segak.
Belajar pembahagian penampilan.
1. Santai
2. Rasmi/official
3. smart casual (ini bukan pakaian sahaja, ia masih menuntut gerak badan juga)
Belajar cara bersalaman jika perlu. Tanda tanda hormat seperti salam, wai atau meletakkan tangan kanan di bahagian atas dada kiri. Buka atau pakai kasut? Memilih ungkapan? ini semua lambang lambang segak manusia.
Selalu harus tampil YAKIN dan tidak takut...dan penuh semangat kesukanan. Mudah tertawa adalah lambang lambang orang segak.
Yang lelaki tidak perlu jadi patung Oscar
Yang perempuan tidak perlu jadi bunga dedap.
YOU ARE READING
SELFISH
RandomIF ONLY I LIVE TO TELL... Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...
