IF ONLY I LIVE TO TELL...
Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...
Filem arahan Syafiq Yusof terbitan Astro Shaw mula ditayangkan pada 21 February 2019. Trailer hebat sudah mula mencuit para peminat filem sekitar December 2018. Secara peribadi, trailer tampil gah dan sangat menyakinkan.
Ternanti nanti sebenarnya. Ghairah mahu menonton, itulah kelebihan bila trailer digarap dengan baik. Unsur unsur ketegangan atau katakanlah apa sahaja tentang mutu lakonan, barisan bintang atau mungkin cinemathography yang dinantikan, apatah lagi debaran menanti filem terbitan tempatan yang berkualiti. Ia bagaikan impian dalam diam para peminat filem sesebuah negara. (Peminat tegar yang menanti terlalu lama, mereka sudah menonton banyak filem hebat negara orang).
Setelah 3 hari tayangan yang kononnya ada 2 versi dan membuahkan kekecohan di kalangan penonton tentang penamat dan kiat plot filem Misteri Dilaila. Apatah lagi bila dibantu oleh mesin media yang terancang, menjadikan ia benar benar misteri. Hati berdegup degap mahu menonton. Kepala memikirkan susunan pawagam bagaimana? Prangin Mall untuk versi satu? Kompleks Bukit Jambul untuk versi 2?
Setelah 3 ada kicauan tidak sedap di tweeter: "Alah..resepi lama, cuba tengok Pudhiya Paravai terbitan 1964 minus the hantu la...."
Kicauan awal tentang Pudhiya Paravai tersebut bagai tidak dihiraukan. Ditonton dan ia sebuat filem yang menarik lakonan Sivaji Ganesan, filem thriller ala Hitchcock. Setelah seminggu muncul pula lapuran bahawa Misteri Dilaila lebih dekat dengan filem 1986 Vanishing Act sebuat adaptasi. Sedangkan saya masih merangka mahu tonton di bioskop mana?
Vanishing Act ditonton melalui YouTube. Filem terbitan 80an itu memaparkan trailer yang hampir sama seperti Misteri Delaila. Paderi menemui sang isteri... dan khabarnya orang twitter anjing digantikan dengan kucing.
Niat menonton terbatal.
Kita sangat biasa dengan filem filem adaptasi, ada yang dilakonkan semula secara seratus peratus, ada yang diubah jantina watak utama, lokasi dan masih bersandarkan pada jalan cerita asal. Bukan kita tidak pernah menonton filem filem Hindi yang menceduk filem Hollywood dan pemain besar Hollywood yang memindahkan filem filem eropah dan Asia yang berjalan cerita menarik menjadi filem mereka dengan membeli hak cipta. NAMUN dihemahkan dengan kenyataan bahawa ia adalah karya ADAPTASI.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Banyak filem tempatan sejak tahun dahulu menceduk jalan cerita dari filem India. Antara Dua Darjat – filem hindi lama. Melati Putih, Cun, di Ambang Kasih dan macam macam. Adaptasi tidaklah menjadi salah sekiranya dikhabarkan awal awal dan menjadi telus sekiranya dipaparkan di skrin awal dan di tepi poster filem. Tahun lepas kita sudah menyaksikan bagaimana filem Mencari Rahmat mengadaptasi naskah Oscar Wilde mendapat sambutan bila ditayangkan pada peminat tegar filem di Malaysia.
Adaptasi akan menjadi lebih TERHORMAT sekiranya dijelaskan dengan baik. Tidak ada unsur unsur pujian pujian berat sewaktu promosi di media bagaimana hebatnya filem itu dan ini... Adaptasi adalah hal yang biasa dalam industri sebenarnya. Tidak akan terhapus kehebatan Sang Suteradara kalau dia berterus terang... ada caranya mempamirkan kehebatan dan rasa rendah diri berterima kasih pada naskah yang sudah diceduk. Suteradara mungkin dipuji sebaliknya kalau versi beliau didapati kemas dan mantap.