FESYEN
Ya, emangnya bener. Aku suka menikmati kecantikan. Tapi pastilah yang sarat maknanya, bukan trend konvesional ato yang menchoba berat. Sesekali berkongsi keseruan itu dan ini, sambil mengerti bahawa perihal cantik itu kekal subjektif. Ada ketikanya sesama teman kami berbicara tentang warna, potongan, trend, idea dan harga. Segalanya hanyalah saranan kerana fesyen dan stail adalah peribadi, makanya sering dibilang pakailah apa sahaja ikut kemampuan, kesesuaian dan ikut citarasa masing masing.
Sama sahaja seperti perilaku lain ia hadir dengan nawaitu si tuan punya badan. Ada yang merendah diri ketika berbicara tentang apa yang ada di badan ketika dipuji, yang terhegeh hegeh memastikan ia jadi sekeping perbualan dan yang bijak menyelit tentang makna busananya. Memang benar fesyen itu janaan $$$nya besar mengikut skala tertentu, sesama teman kita berbicara tentang: "CPW, Swapping, upcycling, donation, fair trade, child labour, fast fashion, ethical material, recycling of trend, trend setter and so many other terms"
Tidaklah mahu kita terlalu bermati matian menurut trend, menjadi hamba fesyen, ditertawakan, untung membeli rugi memakai. Sikap terhadap fesyen yang berubah ubah, kerja kerja stailing, personal shoppers, kedai kedai thrift/bundle dan ketajaman mata fesyen, sedia ikut masuk dalam bicara fesyen. Sering diingat pesan bahawa bukan semua manusia kekal stailo, ada yang merubah citarasa atas unsur unsur ekonomi, kepercayaan, status dan pemikiran baharu.
Keterampilan manusia selalunya membawa gambaran yang macam macam dan sudah tentu ada yang tidak peduli, malah dia selesa untuk tampil santai atau over the top. Pemerhati fesyen seharusnya lebih tenang dan tidak meluahkan kata secara semberono setelah menilai tiap satu masukan tentang fesyen.
Maaf, saya tiada nasihat untuk kamu bagaimana itu dan ini jika tidak ditanya. Manusia mampu berperang jika tersalah bicara dan gemar memulangkan paku buah keras. Saya fikir dalam dunia fesyen lebih afdal memuji secara ikhlas dan berdiam diri jika ada paparan lucu tentang manusia berbusana, apatah lagi di dunia medsos. Fesyen melibatkan jati diri sebenarnya.- Ada yang yakin memakai apa sahaja
- Ada yang gemar mengundang perhatian
- Ada yang berbadan cantik walaupun bersarung goni
- Ada yang menjadikan fesyen sebagai tekanan
- Ramai juga yang tidak peduli pada trend
- Ada pelbagai falsafah tentangnya
- Ada yang berpakaian untuk orang lain
- Ada yang pakai apapun, tetap tidak akan elokJadi ghairah tidak lagi seperti ketika muda remaja, terkial kial mencari imej diri, kagum pada susuk yang tidak menentu (entah kan dia itu perempuan simpanan yang ditaburi wang berkepuk, mak nyah yang daring berbusana atau para model yang bertuah mendapat bayaran untuk jadi kuda fesyen). Fesyen tetap wujud, jangan buat main. Selaras kedewasaan kita sudah mula kenal majlis, siapa yang mahu ditemukan dan menghormati rasa selesa diri; selesa dalam sebarang interpretasi peribad tentunya.
- lawanya padanan pakaiannya
- nampak simple tapi harga beribu tu...
- Tuhan itu adil, dikurniakan dia wang berkepuk tanpa citarasa
- kawanku yang satu itu memang fashionista (sehingga malu untuk bergandingan)
- Bertambah cantik perempuan itu setelah membuka mulut
- Dia tidak sharp wajahnya, tetapi ada sesuatu pada dirinya
- Allahuakhbar atas bawah jenama XY, semua corak harimau bintang nok!
PAKAILAH APAPUN ASALKAN KAMU SELESA DAN TIDAK MENJENTIK TELUR ORANG.
YOU ARE READING
SELFISH
RandomIF ONLY I LIVE TO TELL... Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...