LAGI KISAH GAYBOY MENIKAH

255 1 0
                                        



LAGI KISAH GAYBOY MENIKAH

"Nok... kau dengar kisah tak?" perlahan bunyi suara si kepochi

"Apa? Mak sibuk nok, takda masa untuk kisah kisah artis,"

"Bukan artis, ni Radzi... kau ingatkan Radzi yang masuk miss two faces hari tu? Dia dah kawin... ni ni ni tengok facebook dia..." Si Kepochi mahu menjelaskan segalanya!

Apabila ditilik kembali segala ini bukanlah kisah yang baharu. Persoalan kenapa mereka terpaksa berkahwin sudah kita bincangkan sebelum ini. Persoalan yang boleh dikatakan sensitif untuk dibawa ke depan. Jarang pula dibicarakan secara intelek lengkap di media media utama berbahasa Melayu, entah atas dasar apa, Wallahualam!

"Alhamdulillah, menikah juga anak mak, lega rasanya," ungkapan si ibu yang pada awalnya bukan tidak tahu gerak geri anak lelakinya yang satu itu.

Jadi apa salahnya sang gayboy menikah? Secara fizikalnya dia layak. Betul juga, siapa kita untuk mempertikaikan pilihan hidupnya, bukan?

"Dah mengandung isteri si Boy, nah sapa kata anak aku pondan?" sanggah ibunya lagi

Begitulah seadanya warna warni kehidupan. Kita di zaman moden ini jadi tersenyum simpul namun tidak berani untuk mempertikaikan apa apa. Jangan, silap haribulan boleh dihadapkan ke mahkamah ya... hati hati.

1. Bermula dengan kemahuan diri yang mahu berubah

2. Paksaan, ugutan ibubapa dalam pelbagai bentuk

3. Tekanan dari suasana sekeliling yang memberi gangguan pada fizikal dan mental. (dosa pahala hukum hakam)

4. Berkompromi dengan pasangan seadanya (lesbian kawin gayboy? Atau andartu yang sudah bosan?) atau atas dasar perjanjian lain

5. Menjaga reputasi dalam masyarakat

Jangan tidak tahu, budaya cukup umur harus kahwin ada di mana mana sahaja, bukan hanya di Asia. Para cisgender secara tidak langsung akan tertanya tanya dan membuat pelbagai spekulasi pada wanita dan lelaki yang di fikiran mereka terlepas haribulan. Jangan tidak tahu juga, mereka juga antara yang akan gelabah bila muncul kisah kisah tangkapan lelaki berpakaian perempuan (apatah lagi kalau yang tertangkap adalah suami orang atau lelaki yang sudah berkahwin).

"Jaafar Zon pun menikah nok..." si kepochi mahu memanaskan suasana...

Hal ini akan menjadi damai, sekiranya ada KEIKHLASAN sang gayboy berkahwin dan meninggalkan secara total kehidupan masa lalunya dan kuat menempuh segala dugaan yang akan datang. Pada mereka yang sebegini kita mahu ucapkan sebesar besar tahniah.

Hal seksualiti dan identiti manusia adalah sesuatu yang rumit dan berlapis. Berbicara tentang SOGIE sahaja orang akan terkemut kemut memikirkan apa agaknya butiran isinya, hala tuju pencerahan dan ada yang terfikir bahawa SOGIE adalah untuk menjadikan umat manusia itu sebagai galakan seks bebas! (sila rujuk pada penerangan SOGIE di dinding Buku Mak Nyah)

Bukanlah jadi tanggung jawab kita untuk mempertikaikan kisah Gayboy Menikah. Itu pilihan hidup dirinya. Butiran butiran di bawah akan membuatkan kita sedikit tidak selesa:

1. Menipu pasangan perempuan yang polos

2. Masih berhubungan dengan kekasih gay serta cara hidup gay

3. Kesan kesan penyakit seks sedia ada (STD, HIV)

4. Menggunakan gelaran BISEKS sewenang wenangnya demi... (penerimaan, keselesaan atau apa?)

SELFISHWhere stories live. Discover now