SERABUT SELIRAT MAHU BERJENAKA

1 0 0
                                    

SERABUT SELIRAT BERJENAKA

Orang yang lucu khabarnya mampu mengumpulkan ramai kenalan. Apa tidaknya hati rawan kalau mendekati mereka akan mencanak naik graf gembira beriring ketawa terbahak bahak.
Lucu lewat medsos?

Masing masing cuba menceriakan senarai teman teman medsos yang dianggap sedang bergundah gulana atau mungkin berharap pada tularan yang menjadi fenomenal.

Sayangnya jenaka masih lagi berkisar pada jiwa dalaman sang penjana punca lawak. Sesekali muncullah di jalurmasa paparan kartun, tulisan lucu, gambarajah mangkaq yang membuat kita terlopong. Selalunya jenaka yang tidak bercitarasa, kita terkedu pada mentaliti sang penjana dan tukang kongsi lekat. (kongsi lekat samada dia suka pada isu, dijadikan senjata lembut atau dia mahu memperkukuhkan pemahaman pada teman teman) dan mungkin ada niat mahu diperbincangkan isu tersebut.

Selalunya ada hal hal tidak lucu bila sudah menyentuh peribadi orang lain. Hal hal kepercayaan agama, seksualiti dan kebudayaan setempat yang dikilas menjadi lucu dan secara halus bertujuan menghina. Kalau di barat ia masih lagi sinis bila masuk bab karikatur politik yang hadir dari satu kelompok untuk kenen satu lagi kelompok. Di Asia rata rata orangnya masih lagi sensitif sebenarnya.

Ada jenaka yang kita ketawa terbahak bahak dan menangis kemudiannya setelah tahu bahawa hinaan sasaran adalah pada diri kita yang tidak dimengertikan selama ini.

Contoh:
Akhir akhir ini kerap ada kartunis yang menjadikan seksualiti sebagai objek lucu. Dipaparkan bagaimana perempuan jelita menggoda, dibawa pulang dan akhirnya perempuan itu sebenarnya manusia trans dengan genetalia menyodom dubur lelaki penggoda.

Lelaki macho rebutan akhirnya terkulai lendik rupanya ponds ponds.

Begitu juga kartun kisah urat mengurat, dilukis pula skirt yang tiba tiba tajam kerana si watak perempuan itu sedang ghairah (genetalia keras) oh! kita gelak terkehek kehek kerana itu rupanya trans pre opt.

Cisgender melihatnya sebagai lucu, kerana tidak tahu akan kisah ikhlas Orientasi Seksual sesetengah manusia yang dianggap lurus dan sempurna. Kalaulah mereka tahu perilaku dari mulut para pekerja seks dan shemale, mungkin terjun bangunan agaknya setelah diperjelaskan. Atau mungkin memilih untuk jadi andartu seumur hidup.

Jelasnya cisgender masih dengan penjara fikiran mereka. Ada unsur unsur mahu mengatakan hidup begitu salah, berdosa dan perlu dilucukan agar manusia insof. Kalaulah dibuka tabir hijab kisah sebenarnya bagaimana? Mungkin mereka akan lari tidak pijak tanah pada keaiban tersebut.

Begitu juga dengan lucu jenaka dalam penulisan dialog dialog pendek akan tetap mahu dihulurkan isi isi yang dirasakan tepat walaupun menghina (menghina mereka fikir jadi TIDAK salah kalau majoriti menikmati kelucuan tersebut) Kadang kadang tidak lucupun...maka dipetiklah nama nama mana mana sang flamboyan negara sedia ada untuk mendapat perhatian.
Khilaf sebegini akan sentiasa ada.

Kerana lapisan manusia itu pelbagai, tidaklah mampu penjana lucu jenaka mahu menjaga hati sesiapa. Lagipun apa mereka peduli pada perasaan sang minoriti? Jaya diukur pada dukungan majoriti. Maka diteruskanlah video video berpakaian perempuan dan berambut palsu kejung dengan isi lawak yang tidak seberapa dan disokong pula oleh teman teman palsu yang memuji (kerana mereka tidak payah berhempas pulas melakukannya – si badut jadi perwakilan).

Jangan lupa, ada lelucon LGBT tanpa citarasa dikongsi sendiri oleh nagoi nagoi lembik yang fikir paparan tersebut lucu, sedangkan ia memang dihasilkan untuk menghina dan kalau boleh jadi alat minor membenteras. Sambil geleng kepala kita fikir, ya... memang manusia didasari oleh sejenis citarasa yang tidak pernah sama.

Ahh.... ia tidak lucu!

Sama sahaja seperti di zaman A.R Badul, lawak jenaka secara peribadi masih perlu kita pantau dan kalau terlalu teruk carilah jalan untuk ditegur.

Kenapa? Adakah kamu sudah dilantik sebagai Lembaga Pelapis Moral Malaysia? Dan... kita ketawa terbahak bahak lagi.

SELFISHWhere stories live. Discover now