KEDEKUT RUANG

8 0 0
                                        

KEDEKUT RUANG. TENTERA MEDSOS.

Setelah dewasa dan mempunyai akal fikir, tiba tiba kita jadi kedekut. Takut orang masuk dalam ruangan kita dengan cara yang baharu. Lalu kita mencari alasan untuk melihat sisi sisi buruk (sisi yang benar, berilusi atau rekaan serta bersangka buruk). Kita jadi sangat mengawal. Menentang dan menggunakan kata sebagai senjata.

Dikutip segala bentuk gerak manusia untuk dipaparkan sebagai masalah agar kita mendapat dukungan dari mereka yang sama pendirian dengan kita. Hebat betul sifat manusia bukan? Ada sahaja hal hal dari ruang agama, perundangan, maruah bangsa dan nilai nilai manusiawi yang kita petik dan susun untuk memastikan manusia lain jadi simpati dan meramaikan lagi tentera pendukung.

Sepanjang menjalani hidup kita tiba tiba jatuh dalam kelompok mencari SETUJU atau TIDAK. Paling buruk, merugikan waktu dan tenaga kita bagaikan pejuang yang maksum pada hal hal agama, pakar seksualiti dan setiausaha Tuhan untuk pertikai kepercayaan orang yang sah sah tidak selari dengan kita. Di situlah kita mahu menonjolkan kecerdikan, kehebatan dan kekuatan sewaktu membentangkan sifat menentang. Menentang dengan pelbagai cara.

Lainlah kalau kita wira yang berbayar, diupah dan harus menjana keuntungan (wang/kuasa) sebagai pekerjaan. (Tentera siber parti politik, wartawan portal cheapo, pengelola ruang janaan $$$ - sebagai kerjaya)

Para pelihat (bukan tidak ada otak) jadi terfikir samada mereka yang kedekut ruang ini mampu tidur lena. Tertanya tanya apakah dan bagaimanakah kehidupan seharian mereka para tentera kedekut tersebut. Mana tahu mereka berbeza dengan kehidupan di luar dunia medsos? Tidakkah mereka cintakan perdamaian?

Mengapa dikatakan kedekut ruang?

Kerana mereka bermati matian dan penuh yakin bergerak bagaikan mahu memusnahkan nasib, takdir dan serahan rezeki pada orang lain. Sesekali dipersembahkan watak yang tampil sebagai pendengki, pembantu pemimpin, berani demi bangsa, mewakili Tuhan dan jarang memperlihatkan sifat mahu berdamai pada variasi hidup. (walaupun tanpa sedar kerap mereka luahkan kenyataan PENCIPTA itu maha kuasa atau dunia tidak akan habis untuk dikaji analisa atau memperakui bahawa manusia sudah tentu hadir dengan pe'el yang pelbagai).

Manusia kedekut ruang semakin berani. Sesekali nampak seperti orang sasau. (boleh dirujuk bahagian komentar, pilihan kata dan luahan mereka pada sebarang isu) – semak lagi dengan mengetik perofil mereka yang tidak seberapa itu... masing masing mempamirkan profil yang sesuatu, tampil seperti orang murni, berkeluarga dan ada yang kelihatan mulus tidak disangka. Kita sama sama percaya kalau di luar ramai yang bersifat seperti tikus mondok yang bacul dan membawa watak yang selamat. (Apakah mereka berpesonaliti terbahagi? – split personality)

Bagi menenangkan hati kita akan sifat tentera tidak berbayar medsos, tidak kira perwakilan dari kelompok mana sekalipun: nafas ditarik dalam dalam, pesanan pada diri bahawa percubaan mereka untuk menyakitkan hati khalayak tertentu tidak akan berjaya, itu hanyalah hantaran alter ego mereka sebagai manusia la'eh yang tidak ada apa apa dan mereka hanya melepaskan perasaan.

Mereka bukan Tuhan. Ingat tu... sekiranya kamu punya kederat, bubuh sebiji dan jangan dibenarkan manusia seperti itu menakluki rasa marah dan menjadikan kamu kecewa.

Pergi mampus, kerana kamu ada hidup yang lebih indah dan bahagia di luar kotak sebarang gadjet. Hidup kamu nyata , aman dan nyaman! Mana mungkin hati kamu mudah disakiti oleh mereka yang berporfil tidak jelas?

 Hidup kamu nyata , aman dan nyaman! Mana mungkin hati kamu mudah disakiti oleh mereka yang berporfil tidak jelas?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SELFISHWhere stories live. Discover now