HAL HAL YANG KITA TINGGALKAN.
Tidaklah mahu kita berbicara tentang hal hal kurang maruah atau berdosa, setelah menjelang dewasa. Kita sudah lama meninggalkan semua itu, didasari oleh pemikiran manusia waras.
Ada hal hal lama biasa yang secara tidak sedar sudah kita ketepikan. Maklumlah ada tuntutan baharu dalam hidup, setelah berumah tangga, beranak, berkerjaya cari makan, senang cakap menggalas tugas baharu yang boleh dikatakan agak mencabar mengikut perkiraan manusia dewasa.
Sesekali kita rindu pada teman teman lama, suasana dahulu dan keindahan memikirkan bagaimana bebasnya pemikiran ketika zaman tersebut dilapisi semangat bebas seronok. Melihat objek objek tertentu, mendengar alunan muzik juga sudah mampu mengalih kenangan. Pada yang kuat bernostalgia pastilah ianya boleh mengalirkan airmata atau paling tidak menjemput rasa sebak.
Teman teman lama yang pelbagai sekiranya terserempak sekali sekali membuahkan rasa teruja yang semacam. Menghadiri reuni secara peribadi sebenarnya menjamu segala hal hal nostalgia. Sama sama membayangkan dan memperingatkan pada suasana yang bahagia, kenangan kenangan lama.
Kita sekarang sudah berubah banyak atau sedikit, paling tidak fizikal yang jauh berubah. Ianya akan jadi bual bicara ringan sesama. Buat apa sekarang? Ada yang sudah menjadi orang kuat politik, bertukar jantina, berkahwin dua tiga kali, kegagalan berbisnes, pernah tampil di kaca tv, menjadi isu berat dan macam macam.
Kita sudah meninggalkan jauh segala gerak langkah lama begitu sahaja, kerana hidup menuntut begitu. Tersipu sipu mengingati pada kekaguman dalam diam yang lama, tergelak sendiri melihat jejaka/wanita impian yang nampaknya sudah lusuh atau gendut. Teman teman laeh yang tampil lebih yakin 260 darjah juga ada.
Manusia mana yang mampu lari dari nostalgia? Hampir tidak ada atau dia tidak suarakan sahaja, atau mungkin terkial kial mencari kata terbaik untuk diingati bahagia yang lalu. Hal hal khilaf diri juga menjadi lucu.
Hati muda, gaya lama, trend dulu, ghairah ketika zaman tersebut menjadi kenangan semata mata. Ada yang masih meneruskan hobi hobi lama seperti muzik, menulis, melukis atau apa sahaja yang dibawa ke tahap yang membanggakan. Ada juga yang terhenti begitu sahaja separa jalan menuju dewasa atas akibat akibat tertentu.
Kita saling melihat ke dalam mata teman teman sambil terfikir apakah dia bahagia? Nampaknya dia begitu tenang melayari kehidupannya. Mendengar pula kisah kisah mereka yang sakit, hilang anggota badan dan ada yang sudah beralih ke dunia lain, mati.
Ketika inilah kita curi merenung jalanan diri, sesekali bertanya apakah sudah dijalani hidup sebaiknya? Tercapaikan impian sewaktu masih muda remaja? Sesekali melintas kekesalan kenapa tidak itu dan ini. Cepat cepat pula kita pujuk jiwa dan raga, yang dekat dengan hal hal keTuhanan ada caranya, yang masih rancak dengan hal hal keManusiaan pula lain gayanya. Namun jalan tengah pastinya sudah kita ambil sewaktu meninggalkan zaman yang berlalu.
Ada yang menolak terus hal hal reuni, berhimpun untuk berkenang kenangan buat apa? Itu hak mereka. Ini antara proses menutup buku pada luka luka yang mungkin masih membekas atau secara amnya membina hidup baharu tanpa mahu melihat jauh kebelakang lagi. Ya, kita pernah kenal manusia yang begini, pada awalnya kita fikir mereka aneh, lama lama kita mula mengerti bahawa laluan kita para kenalan sudah tidak sama lagi. Kita mula melatih diri untuk lebih mengerti pada susur hidup manusia...
... ya, ada hal hal lalu yang kita tinggalkan begitu sahaja, sesekali tanpa sedar diimbas kembali, pada segala kenangan!
YOU ARE READING
SELFISH
De TodoIF ONLY I LIVE TO TELL... Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...