Aku membuat keputusan untuk bersetuju, mengikuti rombongan Umrah dengan kakak dan ibu. Aku tidak tuli agama, jadi segalanya lancar. Cuma aku mohon janganlah dicabar aku yang baik ini sewaktu di sana. Di sanalah aku mendapat cahaya baru. Aku banyak mengerjakan sembahyang sunat di depan kaabah, suasana yang luas dan lapang di tanah arab itu secara tidak langsung mengambarkan betapa sempitnya pemikiran aku sebelum ini, hidup berlandaskan hawa nafsu. Di situ juga aku memanjatkan doa agar Allah merestui beberapa permintaan aku.
1. Kurniakan aku kesihatan dan rezeki yang baik
2. Putuskanlah nafsu nafsu cinta dan seksual berahi yang ada dalam diri supaya aku hidup damai.
3. Pulihkanlah keadaan sakit Razak supaya dia kembali menjadi kepala yang baik dalam keluarganya.
4. Permudahkanlah hidup aku. Permudahkan proses untuk aku memaafkan dalam segenap acara dalam hidup.
Sebulan apabila pulang dari Umrah, aku mula mengambil keputusan untuk berhenti bekerja di Restoran. Kakak sulung mahukan aku memulakan perniagaan pakaian wanita terpakai pre loved items. Belum ada lagi kedai di sekitar Bandar Baru Ipoh yang menjual pakaian wanita terpakai. Dia sudi menghulurkan modal dan aku hanya perlu membayar sewa kedai sahaja. Aku bersetuju dengan mudah sekali.
�k�h��Y
YOU ARE READING
SELFISH
RandomIF ONLY I LIVE TO TELL... Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...