PERANG PSIKOLOGI BUAT YANG PERNAH GAH

49 1 0
                                    


PERANG PSIKOLOGI BUAT YANG PERNAH GAH

Gah bagaimana?

Kita berbicara tentang kehebatan manusia yang sering diukur dari segi harta benda, wang ringgit, paras rupa, tenaga, bakat dan kemampuan kemampuan emosi dan fizikal. Hal hal GAH manusia yang tidak kekal itu harus ditangani sebaik mungkin.

Mengatakan bahawa segalanya hanya PINJAMAN mungkin berbunyi klise pada sesetengah tamaddun manusia. Penulis apabila mencapai usia 50 tahun sudah melihat fenomena ini secara depan depan. Dengan fikiran yang segar, sewaktu bersendirian atau apabila terserempak susuk tubuh mereka yang pernah gah dan laluan semasa mereka, jadi terfikir tentang perang yang sedang mereka lalui.

"I got money, I love money...I don't care, money buys lots of thing! I only talk money!" bukanlah rekaan penulis, tapi pernyataan yang didengar sendiri secara depan depan. Bertemu kembali, tukang sebut membuatkan penulis menjadi insaf. Bukan satu dua, ada beberapa kenalan yang bersifat begini. Maka benarlah kata kata orang "money is an evil in human's life". Kalau tidak dikawal boleh terbit rasa riak dan bongkak.

"Eh? Apa I nak heran, kau tengok body aku! Bini dia ada badan macam aku?" ujar teman yang jelita apabila ditegur, tentang hubungan beliau dengan suami orang. Manusia dan fizikal itu adalah hal yang tidak kekal. Badan pinjamanlah katakan. Bertemu lagi beliau dalam keadaan boyak dan gendut, suara sudah tidak nyaring lagi, kata kata menjadi semakin rendah dan jati diri menjadi hampir lumpur. Basa basi kami hanyalah ayat ayat penyedap manusia, bagi menyelamatkan suasana. "oh no sweat honey, you've been there and done that".

Banyak lagi kejadian kejadian benar yang penulis alami secara depan mata, membuatkan diri merasa takut dan beristigfhar.

Sewaktu harta melimpah ruah manusia yang ciwi akan menjadi tidak keruan. Kata kata dihamburkan sesuka hati. Tanpa sedar atau dalam kewarasan ada hal hal yang mengguris manusia di sekeliling mereka. Ada yang kekal menjaga muka, ada yang insaf sambil menggeluh. Ada yang hilang dari radar begitu sahaja, mungkin merasa malu pada dunia.

1. Kecantikan/ketampanan yang pudar akibat usia, kemalangan atau penyakit.

2. Wang yang surut akibat tertipu dalam perniagaan, silap pelaburan atau ditipu secara hati.

3. Kekuatan/mampu fizikal/daya fikir yang hilang akibat kemalangan dan usia tua

4. Pertambahan berat badan akibat genetik dan kadar metabolik kurniaan yang ESA.

5. Hilang akal akibat hal hal kesihatan atau emosi yang tercalar. Pengambilan dadah atau alkohol yang tidak bertepi sewaktu hidup Gah.

Semua di atas adalah antara hal hal contoh agar manusia itu berpada pada dalam hidup. Sama seperti pepatah lama, "setinggi tinggi bangau terbang, pulang pada kerbau berlumpur". Merendah diri itu tidak pernah merugikan, berangkuh angkuh itu jangan.

Bagaimana mahu menangani perang psikologi yang satu ini?

1. Anggap ini semua sebagai dugaan hidup dan ada kesudian mahu membaik pulih.

2. Mendalami erti kata REDHA dan berdamai dengan segala keadaan

3. Mengakui bahawa sifat sifat lalu itu adalah satu khilaf dan tidak matang.

4. Sudi memaafkan diri dan suasana baru yang harus dihadapi

5. Mendapatkan bantuan dari pakar sekiranya suasana baru terlalu menghantui diri.

6. Mendekat diri dengan amalan amalan yang ada dalam agama masing masing. Agama juga adalah ubat manusia.

Memang benar hidup ini tidak tergantung pada pandangan orang lain. Namun jangan juga lupa, secara asasnya hidup manusia adalah saling menyaling. Suatu ketika dulu sewaktu GAH kita ditawan oleh NAFSU yang membuatkan tingkah laku dan kata kata yang mungkin sedikit sebanyak mengguris hati manusia yang lain.

Sewaktu GAH kita mungkin sudah dijangkiti oleh kuman ANGKUH tanpa sedar. Jadi banyak kata kata yang terbit menjadi kasar dan tidak berperi manusia. Kesudian untuk membaik pulih diri adalah langkah awal yang terbaik. Tidak perlu kamu mempertikaikan lagi apa pandangan orang lain, kerana tingkah laku kamu akan berubah dan boleh dilihat/nilai oleh mereka setelah kamu berusaha pada satu kesedaran.

Bagi yang belum pernah terJEBAK dalam kancah ANGKUH, mereka harus berpesan pesan pada diri, bahawa apa yang sedia ada ini boleh sahaja ditarik balik dalam tempoh yang diinginkan oleh Pencipta.

Selain dari menjaga kata kata dan gerak laku, pemahaman asas tentang tujuan hidup harus ada. Berhubungan dengan manusia adalah hal yang serius, bukan hal yang enteng enteng walaupun pada kanak kanak sekalipun. Apalah yang rugi kalau kita menjadi manusia yang bersopan dan merendah diri? Peringatan pada diri harus ada sentiasa. Elakkan sebaik mungkin dari bercakap kasar, meninggi diri dan menghina.

Harus ingat, bukan semua manusia itu bersifat pemaaf. Sewaktu hilang GAH ada yang ternanti nanti untuk memulangkan paku buah keras. Di sini, ia menuntut satu keterbukaan. Memperakui khilaf diri dan janji untuk tidak mengulanginya mahu didengar oleh manusia lain. Ketika ini juga hujah hujah untuk mempertahankan diri akan hanya menjadi bahan senda gurau orang lain. Ianya akan menambah kesakitan yang sedang kamu alami.

Jangan juga kamu lupa, kehilangan GAH diri adakalanya adalah pemangkin untuk kamu bangun dan menjadi manusia yang lebih baik. Ada juga yang mati secara emosi dan fizikal kerana tidak mampu menanggung sakit hilang GAH ini. Apa yang paling berharga adalah bagaimana kamu mengikis rasa EGO manusia yang ada dalam diri. EGO manusia adalah subjektif, semua manusia memilikinya cuma berbeza tahap/kadar dalam diri masing masing.

Gah manusia itu sebenarnya tidak membawa kamu ke mana mana sekiranya kamu berkognitif rendah dan kurang cerdik. GAH, sederhana, biasa biasa atau haprak sekalipun terima segalanya dengan REDHA.

*Bukan semua manusia GAH itu orang yang bersifat jengkel (kamu seharusnya berusaha memasuki lingkungan ini).

SELFISHWhere stories live. Discover now