Untitled Part 158

5 0 0
                                    


FAST FAHSION (FESYEN SEGERA)10 tahun kebelakangan kita banyak berbicara tentang Fesyen Segera atau Fast Fashion yang akan digelar sebagai FF dalam artikel mudah ini.


Asasnya FF dianggap giat negatiF kerana ia melibatkan pencabulan para pekerja, sakit/jangkitan akibat kimia toksik yang digunakan, kemiskinan, kiraan upah tidak setara, gangguan alam sekitar (biodiversity) dan lenyapnya sumber (pencermaran tanah). Pengerjaan FF berada di bawah sistem yang melibatkan impak buruk terhadap perkembangan sosial dan persekitaran. Melihat secara kasar FF adalaah rekaan, pengilangan dan pemasaran yang berfokus pada kerakusan sejumlah besar pengeluaran pakaian/busana manusia. Pengeluaran busana FF cenderung pada Replika Trend dan Fabrik kualiti rendah (sintetik) dengan harapan produk akhir tidak mahal (harga mampu milik) jatuh ke penguna akhir.


Kenapa aktivis dan orang ramai tidak suka akan FF? Busana moden tidak tahan lama akibat: Produksi segera, rekaan tidak selalunya diuji daya tahan sebelum jualan dan fabrik fabrik sintetik yang digunakan untuk tujuan merendahkan harga kos. Setelah dipakai beberapa kali busana busana akan dibuang ke tapak pelupusan begitu sahaja.FF terlibat dengan pencemaran lingkungan dalam skala yang sangat besar (Produksi & Pembuangan) setelah melibatkan tenaga dan sumber yang bukan sedikit. Gunaan pewarna toksid dan kimia kimia berbahaya mencemarkan sumber air. FF dikatakan menyumbang 1/10 pada luapan karbon mencemar dunia.


Pengeluar akan terus mencari lokasi lokasi untuk dimanipulasikan sebaik mungkin demi keuntungan sepihak.


NOTA:Tidak mudah berbicara tentang FF dan nasihat 'sustainablity'. Pengeritian FF melibatkan tingkah sosial dan kemampuan ekonomi setempat. Godaan niaga terhadap penguna melalui iklan iklan dan tawaran dalam pemasaran yang bukan kepalang. Kemampuan serta kemahuan penguna yang sememangnya berbeza menjadikan pengertian kempen menjauhi FF begitu sukar sekali.


Idea tentang Koleksi Kapsul (Jimat Belanja) sahaja mampu menjadikan pemikiran manusia pusing. Bicara tentang kualiti, daya tahan, tidak tertakluk pada kata orang, nafsu memilik materi, gaya dan trend akan selalu membawa pada kerumitan dan perdebatan. Penguna perlu tiba di satu tahap yang DAMAI.


- Busana ini masih elok saya akan terus pakai. Bukan hamba Trend.- Ini pemberian nenek saiznya tepat diwariskan.- Alah membeli menang memakai (harga, kualiti, saiz, etika pembuatan)- Potongan klasik tahan lama (Daya tahan material dan pembuatan)- Sudah ada warna tersebut tak perlu ada 4 – 5 helaian yang sama- Sesi 'Unboxing' dijadikan pamiran, tayangan dan godaan.- Beli baharu hanya bila perlu (kualiti holistik jadi kritieria)- Peniaga dan Pembeli yang bertanggungjawab- Pengimpot busana Thrift yang tidak mengimpot sampah.- Kempen amalan Kitar Semula yang sihat (individu dan pemerintahan)- Berkenalan dengan Koleksi Kapsul secara ramah.


Imbal balik, semua yang di atas paling tidak akan membentuk individu jadi lebih bertanggungjawab terhadap perekonomian diri dan santunan persekitaran yang jauh lebih sihat. Tidak ada resepi khusus dalam bicara FF selain dari kesedaran individu sebagai penguna bijak di alaf baharu.Menolak FF bukanlah soal KEDEKUT, ia lebih pada kepekaan dan tanggungjawab.

Menolak FF bukanlah soal KEDEKUT, ia lebih pada kepekaan dan tanggungjawab

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SELFISHWhere stories live. Discover now