MEDIA TERBUKA: LAYARILAH DENGAN HATI YANG JUGA TERBUKA

7 0 0
                                    


LAYARILAH DENGAN HATI TERBUKA

Sekitar tahun 80an masuk ke awal tahun 2000 kita bising berkicau. Katanya tidak ada keterbukaan dalam paparan berita dan akhbar tempatan. Jenuhlah pihak pemerintah memujuk, beratus seminar dan forum diajurkan bercerita tentang kebebasan media. Nah, saat ini segalanya terpampang di hadapan kamu. Pilih, pilih, pilih jangan tak pilih.

Televisyen bukan lagi hitam putih, siarannya bercambah cambah, berbayar atau percuma? Oh! macam macam hidangan untuk kita...

Berita terbaharu tentang kejadian jauh beribu batu diketahui setelah 2 saat paparan. Dikongsi paut dan dibaca sambil beremosi. Kalutlah pula kita membaca dan mencerna segala paparan menggunakan otak kiri dan kanan, mahu memastikan samada berita tersebut betul atau palsu?

Tajuk tajuk utama (click-bait) yang meransang deria nafsu manusia sekali sekala membawa padah. Berdebatlah pula jadinya kerana hanya membaca click bait tanpa mengetik berita lanjut. Kecil hati apabila teman rapat mengatakan bahawa itu berita palsu yang direka cipta oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Bertambah lagi berita apabila akhbar akhbar cetak mula beralih jadi situs situs berita tanpa perlu dibayar 1.20 sen. Bukankah itu yang kita mahukan?

Perlumbaan sesama situs berita sengit. Sama sahaja seperti di zaman mencari skop paparan muka depan di zaman dahulu. Kisah Politik? Artis? Keaiban manusia sejagat dan tempatan? Masih berada di posisi yang sama, mahu menjana pendapatan melalui iklan iklan yang ikut menumpang sebagai sumber kewangan dan promosi.

Paparan dan huluran terkini berada di telapak tangan, jari jemari pantas dan cekap mencalit gadjet pintar.

Tidak kira dalam aspek apa sekalipun, bijaksana menilai berita dan paparan sangatlah dituntut. Harus tahu siapa tukang muatnaik, apa agenda sebenar dan apakah ianya sekadar berita penerangan sahaja. Atas dasar bahawa ia harus pantas, cepat dan cekap, paparan selalunya membawa ralat. Bentuk lapuran yang lewa, sensasi tidak bertempat, susunan ayat yang menggelirukan dan macam macam lagi. Portal bervideo juga sudah banyak dan percuma.

Hubungan sosial sesama manusia semakin luas. Mana mana yang baik dan mulus sudah tentu diAlhamdulillahkan. Dikuatkan lagi kuasa minda untuk menebak hal hal manusia. Mereka juga tidak kalah mahu terkedepan demi eksistensial kehidupan. Masing masing berkongsi cerita peribadi dan keresahan melepaskan lelah jiwa menjalani hari. Juga harus berhati hati tentunya.

Sakit sakit jiwa minor atau major ada dibayangkan di situ.

Bergaduh debatlah kita di situ melihat semuanya setelah tidak kena gaya. Suara kita harus didengari juga. Namun ramai yang bijak, menilai dalam diam menikmati sisi sisi penting sahaja. Sifat bijak yang dibentuk setelah melihat pelbagai bencana hubungan sosial berantakan akibat hantaran di dinding media sosial mukabuku, IG dan tweeter. Menilai kembali segala provokasi dan ledakan nafsu memperlihatkan sisi sisi bahaya dan lucu tidak kena gaya.

Kita mahu terus kekal waras, tidak kira samada media sudah disaring atau terbuka. Luahan dan pergaduhan sebenarnya jadi lebih mudah melalui medsos, termasuklah drama keluarga yang dipaparkan, makian, perlian dan hal hal tidak puas hati. Paling rugi kalau kamu kehilangan hubungan persaudaraan melalui medsos. Hal hal narsis dan ciwi manusia tidak perlulah diulangi di sini, kamu paling mengerti saat ini...

Seperti biasa, kamu punya pilihan.

Jangan tidak tahu ada orang yang memilih untuk tidak mempunyai sebarang akaun medsos, yang berakaun tetapi melayarinya bila perlu sahaja dengan menjadi pembaca yang tidak aktif juga lebih selamat bagi mereka. Pokoknya kita ada pilihan masing masing. Ada yang memilih dinding kontroversi, maki makian, kisah kisah aib politik, aktiviti seksual, porno, berkenalan mencari jodoh dan macam macam jenis dinding lagi, ada yang mungkin tidak masuk akal bagimu. Tukang scam pak itam adalah berita kelmarin bukan?

Hal hal positif tetap ada... semua terpulang kamu.

Tidak ada sekatan lagi bukan? Yang tinggal hanyalah kewarasan kamu melayani nafsu sebagai manusia ketika melayari medsos. Kamu manusia dewasa yang sudah pasti tahu menilai kewajaran.

 Kamu manusia dewasa yang sudah pasti tahu menilai kewajaran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SELFISHWhere stories live. Discover now