IF ONLY I LIVE TO TELL...
Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...
Banyak udang banyaklah garam... banyak orang banyaklah ragamnya. Bukankah kita sudah mengatakan, bila berkawan biar seribu. Medsos sudah menawarkan peluang tersebut, peluang yang seharusnya disyukuri.
Suka, tak suka, geram, meluat dan kerut kening akan selalu ada. Manusialah katakan. Kita pula jenis yang sudah terbiasa dengan sifat dominan dan sentiasa mahukan dinding yang mulus berinformasi. Jadi muncullah masalah kerana terlupa bahawa ribuan emosi melantun libu secara bebas di ruang mukabuku, instgram dan tweeter. Jangan panik!
Bukankah seronok dan bertuah bila berpeluang melihat pendapat dan luahan yang berbeza? Siapa kata kita harus selagu dalam segala kejadian atau lapuran? Kalau berani kita tanya, persoal, berkomentar dan berdebatlah sebaiknya. Boleh juga membaca sahaja tanpa perasaan. Kalau rajin boleh juga membuka sesi baharu untuk memperbetulkan apa apa yang dirasakan kurang tepat atau tidak betul.
Kita sudah berbicara tentang butang butang yang disediakan oleh si Mark. Jadi tiada ulangan di sini.
Hari ini kita berpesan agar jangan jadi seperti kanak kanak tadika. Ya, kanak kanak yang penuh dengan sifat bertanding, cemburu, bersaing sesama mereka dan gilakan perhatian.
1. Semak dahulu apa yang kita kongsi dari waktu ke waktu. Apakah ia 2 x 5 dengan mereka yang kita anggap tiada kelas? Ghairah terhadap fakta dan fitnah serta berita berita kabur dipastikan dahulu.
2. Belajar mengeja dan berbahasa. Bukan apa takut kalau kenyataan disalah anggap kalau silap ditafsirkan.
3. Tidak perlu ada ugutan untuk delete mendelete. Lakukan sahaja tanpa ragu
4. Tutup medsos kalau hati sedang galau, marah atau tidak senang
5. Pura pura tidak nampak kalau sebarang postingan kamu rasakan tidak selagu dengan kemahuan kamu tidaklah menjadi salah.
6. Kenali scammers, pengoda murahan dan mereka yang suka menganggu
Secara menyeluruh sekiranya kita dewasa sifat teman teman medsos boleh dibaca. Tidak ada sesiapa yang berhak untuk menasihati kamu tentang teknik teknik sopan melayari dunia medsos. Kamu bebas... memilih berjenaka dengan mereka yang kamu selesa, menidakkan mana mana individu yang kamu rasa radikal, keterlaluan, tidak bermaruah atau apa apa sahaja.
Bukan semua yang jengkel itu menyesakkan nafasmu. Ada yang boleh menjadi hiburan percuma dan informasi penting. Lihatlah secara positif. Ada teguran yang boleh dilakukan secara berjenaka, kalau terlalu peribadi boleh dilakukan secara berrmesej peribadi.
Ingat jangan jatuh dalam kategori NIKMAT MEMALUKAN orang lain.
Jadilah manusia berhemah ya... kamu pasti akan lebih bahagia dan tidak tertekan melayari medsos. Bukankah ini aplikasi yang seharusnya menyeronokkan?
Nota: sudah berapa ramai yang dari waktu ke waktu hilang dari radar medsos akibat hal hal fitnah, sensitif, diblock kerana lapuran, bosan tertekan dan merasakan segala ini hanyalah membuang waktu.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SOCIAL DISTANCING MUKABUKU
Ya ampun! Sampai begitu sekali?
Ya, nampaknya begitulah. Maklumlah berurusan dengan manusia yang terlebih waktu saat PKP terbuak emosi menangani macam macam permasalahan sosial. Sebelum COVID19 suasana juga begitu. Hubungan manusia dan manusia bukanlah hal enteng.
Awalnya mungkin kita beri peluang. Bukankah kita sendiri pengamal mantra 'My Wall My rights' kan? Sesekali tercuit emosi kita berpesan pada diri: "Allahuakbar, kau pun apa kurangnya? Biarlah orang nak buat apa kat dinding mukabuku mereka..."
Muatnaik dan pelayaran dijaga mulai saat tersebut. Bukanlah kerana menjaga maruah, cuma mahu elak hal yang tidak sedap dalam hubungan. Apatah lagi bila kita kenal sang pelayar secara peribadi dalam hubungan sosial. Jika perkenalan hanya dijalin melalui medsos, ia lain ceritanya - mudah. Sesekali mereka berbunyi pelik. (Mungkin terbaring kebosanan di kamar, lantas hati mengarahkan jemari untuk mengetik suara hati dan menekan punat hantar).
Muatnaik peribadilah katakan... sifat ciwi OKB, ciwi agama, menghina secara melulu, pergaduhan adik beradik, lepas geram pada dunia yang tidak pernah adil dan macam macam, termasuk keaiban orang yang dituju. Sekali dua, seronoklah kawan kawan menebak siapa? apa? kenapa? bila? nak bukti please... namun jika terlalu kerap, kita mula terfikir tentang sikap tukang muatnaik.
Tak boleh jadi. Begitu narsis dan bagaikan tidak ada otak bila semakin dibaca. Awalnya bolehlah dianggap sebagai hiburan dan kelucuan hidup, lama lama sifat terhadap tanggungjawab muatnaik dilihat sebagai sesuatu yang jengkel sebenarnya (Ingat: orang lain juga berhak berfikiran sedemikian pada muatnaik kita). Sama seperti kehidupan harian biasa... ada orang bersifat provokatif, suka perli, melawak kasar dan tidak begitu bijak memilih ayat dalam merangka kata. Kita terus terpikat pada pelayar Pro-aktif, semua kita pernah cuba memahami hakikat asas tersebut, bukan?
Bahasa bahasa kasar saat mengulas situasi sosial, agama dan politik negara, seolah mereka itu askar siber dibayar lumayan penuh emosi - sesekali jalurmasa mencuit rasa tidak senang di pihak kita. Ini belum lagi cerita tentang peniaga talian yang cepat melatah seperti kakak kakak bermulut celupar (sedangkan dia sepatutnya menumpu pada jualan dan pemasaran). Kongsi paut halaman halaman yang dianggap lucu tetapi seksis, provokatif, celupar secara tidak lansung menjadikan teman taman berfikir bahawa kamu jatuh di kategori manusia tidak PC (warna kulit, ejek badan, ejek bangsa). Jari jemari berterusan menaip kemarahan menggunakan terma Jakun, Sakai, Indon, Kapir dan lain lain sebagai perwakilan rasa marah dan tidak senang. Semua ini harus difikirkan baik baik.
Nah! saat inilah hati ampuh, waras si pelayar jadi perisai, agar tidak ikut serta berdebat terus. Ya, debat yang hanya akan jadi tontonan pelayar lain (seperti saya) melihat ia sebagai suapan hiburan, sambil menghakim secara manusiawi dalam diam. Rugi besar kalau secara negatif pelayar dilabel sebagai bebal, menyusahkan, menakutkan dan di masa akan datang hilang peluang peluang baik.
NOTA: Setelah dilalui secara tahunan, pelayar tidak akan ralat menggunakan butang butang si Zukernberg: Padam, Tidak berkawan atau paling selamat adalah UNFOLLOW (untuk segala kejengkelan). Alang alang sudah bermedsos tumpukan pada berita, panduan, bantuan, peluang baharu dan siratulrahmi. Agree to disgaree amalan indah, boleh juga didiamkan sahaja.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.