MELADENI PERUBAHAN

10 0 0
                                    

MELADENI PERUBAHAN

Ubah – kata dasar bermaksud ada giat alih, tukar, ganti atau hijrah pindah.  Humans they are bound to changes ~ Manusia semua tertakluk pada perubahan - kata pepatah lama.

Sejak kecil kita sudah mengerti bahawa barangan yang rosak harus diganti, merengek pada ibu meminta bag sekolah baharu, ibu bertekak dengan ayah memohon langsir baharu. Begitu juga degup jantung kita ketika mahu mengubah pemerintahan negara jadi baharu.

Pokoknya berubah itu macam macam. Berubah setelah hidup lebih senang. Perbualan bunyinya lebih angkuh dan yakin setelah berada di tahap yang dianggap maju. Mungkin juga bentuk tubuh badan yang selama ini diselenggara usaha akan perubahannya.

Jika diperhatikan 10 tahun belakangan, ada unsur unsur mahu merubah seksualiti orang. Mahu memperkasakan individu yang lemah. Dapat pahala katanya. Golong yang paling mudah dianggap lemah adalah para LGT.
L kurang sedikit kerana mereka agak meminggirkan diri, G pula hanyalah yang lembut lembai gay gal dan T ada yang berada dalam spektrum yang keliru antara dosa dan pahala. Di ambang keinsofan, setelah siap proses perubahan, kalau didengar bicara mereka, kita boleh diserang demam kura, ya... mereka pulang dari kursus kursus dengan falsafah yang bagaikan tentera ponen Assabiyah... dikisahkan cerita rambut terpecah 5 menyiat daging, beralih pada pembalasan yang baik baik sehinggalah siksaan akhirat.

 
Lama lama Tuhan susun agar kita bertemu mereka lagi dalam elemen yang mungkin lebih dashyat ... terkulai kulai lendik, dengan gaya diva berdada span, rambut palsu mengerbang, ditegur salah... kalau berdiam juga rasanya semacam, hati kita jadi melonjak lonjak mahu memulangkan paku buah keras. Tapi kita kasihan.

Dia yang tidak tahan daulat setelah berubah, merangka alasan yang lebih berfalsafah..., "alah.. nen tetap nen nok...nak lari mana kan? Tak gitu nyah?". Kita manusia mudah jadi terkebil kebil... bukankah kau yang keluar ke akhbar arus perdana? Diwawancara oleh wartawan yang lapar rating? Ditemani orang orang alim yang kini menganggap kamu mimpi ngeri kini.
Bergaduhlah ibubapa dengan anak transgender mereka setelah kagum dengan hijrahmu... Bergaduh wargamaya hanya kerana berita sensasimu...

Melihat dirimu yang kesana kemari terhegeh hegeh tidak keruan mencari penerimaan, ingin aku ajak kamu duduk dan tanya:

1. Kau berubah untuk siapa?
2. Apa kau tidak rasa mengkhianati diri dan kurniaan?
3. Kau seronok hidup atas aturan orang? KPI orang?
4. Kau selama ini tidak berhubung dengan Tuhanmu?
5. Kau bosan setelah tidak ada tumpuan lagi pada engkau?
6. Atau kau memang dilahirkan kecanduan pada perhatian?
7. Selama ini kau jelas tak tentang diri kau?
8. Entah entah kau anggap hidup ini macam mimpi?
9. Tak teringinkah hidup biasa biasa dan tenang sahaja?
10. Kau faham erti berterus terang pada diri?

Sebenarnya kalau tanpa dunia Internet kita akan terus ditipu oleh manusia manusia sasau yang ingin mengarah-arah dunia. Difikirkan kembali, bagus juga dunia Interenet yang dikatakan lebih banyak buruk dari baik itu. Tanpanya dan kepantasan sikap wargamaya, kita mungkin akan ditipu hidup hidup oleh mereka yang kononnya mahu berubah, yang ketagih mahu merubah orang dan yang mahu panjat sosial.

Berubah, apa salahnya jika mampu? Dari jahat menjadi baik, dari bodoh menjadi bijak. Manusia seharusnya menyematkan niat mahu berubah dari waktu ke waktu, selagi tidak menyusahkan dan menggelirukan diri dan dunia.

Benar juga, bukan semua manusia dilahirkan pandai. Jadilah kita sebahagian dari watak watak dalam drama hidup, membawa habuan masing masing. Sesekali berkerut dahi memikirkan tentang rentak PERUBAHAN.

Regina Ibrahim

Regina Ibrahim

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SELFISHWhere stories live. Discover now