DEPRESI MEMBAWA SAKIT
Kita sudah berbicara panjang sebelum ini tentang tekanan yang memberi gangguan hidup. Gangguan emosi membawa ke bahagian tubuh badan manusia dalaman dan luaran.
Insomnia, Sedih Murung dan Sakit badan yang tidak ditemui sebab/alasan Kenapa? Mengapa dikatakan berkait? Ia mungkin tanda tanda depresi.
Depresi adalah hal biasa tetang MOOD yang tidak terarah. Lebih dari 300 juta manusia mengidap tekanan. Ia bukanlah hal hal tidak gembira semata mata tetapi boleh jadi menyakitkan secara emosi dan fizikal juga. Apa agaknya kesan depresi terhadap badan manusia? Bagaimana mengawal? Adalah biasa untuk manusia ketawa, menangis dan mengaduh kesakitan. Tetapi kalau Sedih dan Murung jadi keterlaluan...ia adalah petanda depresi. Bila minat dan nikmat hidup jadi hilang ia boleh menjurus ke arah Depresi yang berskala besar!
Jadi jelaslah depresi bukanlah hanya keadaan fizikal, malah boleh melibatkan hal dalaman organ badan. Menyerang jantung dan sistem imunisasi badan. Bagaimana agaknya kait mengait sakit fizikal melibatkan depresi? Tidur tidak lelap, insomnia, rehat tidak cukup dan lain lain lagi.
Kenali apakah fungsi rembesan hormon stress yakni CORTISOL dalam badan manusia bila stress berpanjangan , disabitkan pula terlibatnya hal tidak hentang NUTRISI yang menjadikan kamu kurang makan (hilang selera) atau terlebih makan. (sakit perut, gastrik dan tidak lawas) Obesiti dan kencing manis jika tidak terkawal. Kortisol pula mengganggu sistem tubuh. (debaran jantung pantas, salur darah mengecil – akibatnya sakit dada --àstroke dan sakit jantung) Kortisol menyebabkan Kalsium sukar diserap. (tulang rapuh).
Peningkatan Neorotrasmitter yakni Dopamin jadi gangguan Tidur, makan dan nafsu seks jadi tertanggu.
Depresi menjadikan manusia lebih sensitif. Sensitif pada sakit sakit kecil. Ditambah pula dengan sakit mental dan fizikal mengaktifkan lagi bahagian tersebut, bila otak tersilap tafsir sakit emosi sebagai sebagai sakit fizikal.
Jadi kalau kamu sedang bertarung dengan sakit kepala (migrain) dan sakit tulang belakang serta sakit sakit badan yang tidak jelas dan rasa tertekan jangan sangka bahawa mereka tidak saling berkait. Simptom depresi boleh memakan seminggu, berbulan dan bertahun.
Berita baik! Ia mampu dirawat. Namun tidaklah boleh dilakukan sendirian. Sekiranya kamu atau orang yang terdekat kelihatan murung perkara pertama adalah BERCAKAP tentangnya. (keluarga, teman dan doktor – pengamal perubatan) Usaha pada rawatan yang betul untuk mengurangkan kesakitan. Berolahraga dijadikan rutin hidup
NOTA: Terjemahan longgar dari video Your Amazing Body – How depression works?
https://www.facebook.com/YourAmazingBodyShow/videos/519186881861203/
YOU ARE READING
SELFISH
RandomIF ONLY I LIVE TO TELL... Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...