EXCESS BAGGAGE

43 2 0
                                    

LEBIH MUATAN (BAGASI HIDUP EXCESS BAGGAGE)

Ini bukan kisah timbang tara di Lapangan Terbang, tetapi kisah bagaimana mahu meringankan bahu sewaktu bergerak menjadi manusia yang waras.

Ada kata kata tradisi, 'Kalau bagasi hidup terlalu berat, buang saja yang tidak penting dan teruskan melangkah pasti.'

IF THE BAGGAGE IS TOO HEAVY LEAVE IT ASIDE AND MOVE ON.

Apa itu bagasi berat manusia?

Macam macam dan tidak sama antara manusia dan manusia yang lain. Ada yang gemar bernostalgia hebat, beranalisa berat, menyesal duka dan pelbagai hal hal manusiawi yang lain. Pokoknya bagasi menjadi berat kerana tidak arif mahu meletakkan 'priority' kepentingan mana satu. Maka segalanya mahu dikendung, menjadikan perjalanan agak sumbang, capik,rengkat dan tidak terarah.

Seperti yang kita bincangkan dalam topik topik 'Menjemput Bala' dan 'Nafsu' bagasi berat juga melibatkan hal hal kemahuan manusia dan kesukaran kita melepaskan dengan damai.

1. Tidak ada ketetapan pada pilihan dalam hidup. Setiap satu kita mahu, takut untuk melukakan, bimbang apa nanti dikata orang?

2. Leka dibuai oleh nostalgia pada hal hal yang sudah beranjak. Kerana memikirkan bahawa itu adalah kenangan manis. Tidak salah, tapi sekiranya keterlaluan ia akan membantutkan progress hidup.

3. Dendam kesumat yang tidak ada kemaafan dan tidak pula kita berusaha mencari jalan penyudah yang baik.

4. Menganggap bahawa Pengorbanan yang sedang dilakukan akan jadi alat pengikat pada impian yang sedang kita usahakan. Harus ingat, kita berurusan dengan hati Manusia lain. Manusia yang ada pilihan, sama seperti kita, dan tidak berfikiran selari dalam banyak waktu.

5. Pendirian yang dipegang adalah pendirian orang lain, bukan pendirian diri sendiri, maka ia menjadi beban yang amat sukar. Kerana kemampuan manusia sudah jelas tidak sama antara satu sama lain.

Kita kagum bagaimana si A boleh mengatasi segala rencah rencana hidupnya dengan tenang, manakala B mengambil masa yang lama untuk merawat galau manusia. Sifat buruk kita yang cetek mula menilai, bahawa si A tidak berperi kemanusiaan, kejam dan lain lain tuduhan negatif lagi.

Mata mata manusia lain akan menilai kita juga, suka atau tidak, entah entah mereka tidak perduli langsung? Jadi ambil langkah tengah dan harus kita ingat, hanya kita secara peribadi yang tahu berat Bagasi Hidup yang kita tanggung. Dengan penuh rela dan redha, lepaskan satu persatu dan galas mana mana yang penting dan membahagiakan sahaja.

Sebaik sahaja mengenali falsafah 'Bagasi Hidup Lebih Muatan', penulis berharap pembaca akan kenal pada kapasiti tenaga, kemampuan emosi dan fizikal peribadi demi untuk mengambil/mengatur/ merancang langkah seterusnya tanpa ragu ragu secara sihat.

Regina Ibrahim

Artis Holistik Pulau Pinang

*Penulis sendiri baru belajar perihal meringankan bagasi hidup..dan membenci kisah kisah tidak masuk akal menjemput bala dan kisah teman teman yang sedang berada di AWAN SEMBILAN.


SELFISHWhere stories live. Discover now