IF ONLY I LIVE TO TELL...
Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...
Antara tahun kegemilangan pekan kami yang berada di hujung setelah begitu lama menjadi bandar yang agak kosmopolitan berbanding dengan pekan pekan kecil di utara yang lain. (Bayangkan orang Alor Star dan Perlis boleh turun ke sini untuk membeli belah pakaian raya – menggunakan jalan raya lama). Itu belum lagi mereka dari Kulim, Nibung Tebal dan Parit Buntar (Pengangkutan awan memudahkan sudah siap sedia sebenarnya denga bas kulim dan bas hijau).
Butterworth ketika itu mencuba cuba untuk bersaing.
Begitu lengkap pekan Bukit Mertajam dengan 2 pasaraya hebat dan perkhidmatan perkhidmatan di sekelilingnya. Pasar basah, perkakas menjahit? Kedai kedai makan milik koperasi polis? Bangunan MARA? Tiga panggung wayang hebat menanti (Cathay, City light dan Cheok Sah – saya gila wayang). Pejabat Pos yang besar dan gah, kerana semua hataran darat akan tiba dari stesen keretapi yang berada dekat dengan bandar. Begitu juga sebagai titik tumpu sayuran, ikan dan makanan basah utama. (Hairan mereka memilih Bukit Mertajam yang berada di tengah berbanding bandar bandar terdekat lain – kami syak ia kerana sistem perniagaan yang cekap dan praktikal)
Hospital Bukit Mertajam jatuh jadi ke 2 terpenting di zaman tersebut selain dari GH di Georgetown. Ironinya pekan Bukit Mertajam tidak pernah berada di bawah naugan parti Barisan Nasional. Ia bandar kelolaan DAP yang meriah serba lengkap dengan pelbagai perayaan. BM juga pernah digelar Bandar Maksiat, maklumlah dengan kemudahan pengangkutan awam khabarnya ada pelacur dari negara eksotik di situ. Kami anak anak sekolahan ketika itu ketawa merasakan ia lucu.
Zaman dimakan waktu, pekan Bukit Mertajam bagai tidak wujud lagi. Sisa sisanya dibiarkan tanpa sebarang gerak kreatif setelah masing masing bertumpu ke Bandar Perda yang lakar bentuknya didirikan hampir sama dengan banyak pekan-pekan di Semenanjung Malaysia. Sesekali saya akan pulang menyusuri bandar lama, terbentang sepi yang pernah gah. Bandar yang bagaikan tua tidak bermaya itu pernah melengkapi kehidupan (ada sahaja barangan mampu dicari termasuk kerja kerja laminating, mesin mesin fotostat dan kedai kedai proses gambar) Kami kalau mahu menempah pakaian di Bukit Mertajam jenuh, rambang mata ketika itu memilih tukang jahit yang mana satu? Banyak sekali mereka yang berbakat menjahit pakaian di sana.
Banyak juga lokasi yang semakin hilang di awal 80an dan akhirnya terus dilupakan. Apartmen tinggi berlif yang benar benar berada di pinggir pasar BM antara bangunan tempat tinggal yang moden di tahun 70an. Restoren mamak yang semi mewah dua tiga (berkerusi dan ada tirai pembahagian untuk pasangan berdating, makan dan minum) sudah tidak mendapat sambutan, Bazaar di tepi Hotel Malaysia yang hilang begitu sahaja. Transisi aneh dari 80an hingga tahun 2 ribuan menyaksikan macam macam pada pekan tua. Naiknya pekan pekan pinggir baharu di pinggir daerah, kedai kedai judi, rumah karaoke dan perempuan nakal mencari makan di sana... dan lama lama kami hilang minat mahu berharap lagi.
Struktur susunan Bukit Mertajam sangatlah menarik sebenarnya. Selain menjadi tumpuan tahunan untuk perarakan St Anne. BM melibatkan kawasan kawasan baharu yang moden, sambungan jalan yang agak mustahil sewaktu dahulu. Kampung kampung di Alma dan Kampung Baharu yang dipisahkan oleh hutan getah kini diratakan jadi sangat dengan dengan lebuh raya utama utara selatan. Tanpa malu ingin saya katakan bahawa kami antara bandar yang moden dan hebat. Sekolah sekolah sejak zaman Inggeris diambil alih anak tempatan, sekolah kebangsaan yang melahirkan ramai para cendiakawan, orang luar yang bertumpu dan kami ketika itu jadi anak anak yang progresif belajar mengenali dunia... (membaca buku buku impot dan zine secara percuma di stesen keretapi vintaj)
Summit Complex dan Hotel Summit? itulah Padang BMRC tempat P.Ramlee ditemui sebelum berangkat ke Singapura. Ada tugu, ada quaters pejabat kesihatan ala inggeris, quarters lama polis yang sangat vintaj di seberang jalan. Dekat pula dengan Bomba... dan di belakangnya tersorok kampung cina yang tersusun.
Bandar Lama yang tersusun diubah dari waktu ke waktu sempat disaksikan. Ini semua penting pada penulis seperti saya, bukan untuk bernostalgia namun mendapat pendedahan awal tentang bentuk bandar, melihat konflik susunan yang dirubah demi rakyat, mencipta pemikiran anak anak tempatan yang mendunia antarabangsa dan merasa perubahan melalui sistem politik.
Di pentas dunia nanti penuh yakin bolehlah kita war warkan: "Yes, I am from Bukit Mertajam, Penang, Malaysia"
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PIC: Bangunan ikonik terbakar dan rasanya akan dilupakan terus. Supermarket yang binaannya sesuatu ini penah dilakarkan dalam novel Sami Mekong tulisan Tuan Azizi Haji Abdullah. BM Supermarket kemudiannya dicabar oleh First Supermarket yang berlokasi sekitar 100 meter di hadapan. Dua tingkat dibega dari deret 3 - 4 unit rumah kedai menjadi pusat beli belah menarik.
Semua ini hilang perlahan lahan akibat kejatuhan ekonomi pada 1987 dan terlalu banyak kedai yang menjual barangan murahan dari China.