HARI RAYA AIDILFITRI
Ketuhar lama membakar bahulu
Tersenyum cik Ani menimbuk gula
Sebulan puasa sudahpun berlalu
Tibalah kini hari bahagia...
Saya ingin bercerita bagaimana bulan puasa itu bagaikan ada 'cinta dan benci' dalam hubungan secara peribadi. Rasa letih yang semacam, dugaan cuaca dan menangani nafsu diri yang bukan main. Ketika bersekolah cara bersekolah, setelah berkerja lain pula. Tidak mudah sebenarnya mengadaptasi. Di celah celahnya pastilah terselit kenikmatan yang sukar untuk diterangkan, orang lain saya tidak tahu bagaimana. Sejak sekolah kami dilatih berpuasa, dan tentu pernah culas, kemudian dihantui rasa bersalah yang semacam. Pernah tinggal di eropah dan tidak sedar langsung tentang bulan puasa... di zaman manual, sedar sedar sahaja hari raya terlepas! (Setiap tertawa pada Pembesar yang sering bercuti ke luar negara ketika masuk Ramadhan, kenangan itu pasti menjelma). Saat saat rebel di usia belasan juga ada... mendengar bebelan teman teman athiest tentang puasa, mejawab soalan puasa dari non- muslim, serta saat tidak mampu melihat puasa sebagai perisai latihan hidup. Hidup ini aneh bukan? Nikmatnya ada di hujung.
Menjilat stem sudahlah tentu... keindahan adat bertukar kad hari raya yang sudah mati kering dimamah arus moden talian. Sebenarnya saya kerap terfikir pada segmen yang hilang ini. Kerana saya pengumpul kad raya, di usia belasan tahun cikgu koperasi selalu minta saya mereka Kad Hari Raya untuk sekolah yang dicetak sebulan sebelum bulan puasa. Hilang! Lesap! Lenyap! Tahun ini dapat satu dari teman...menjerit jerit sendirian jadinya.
Kini di usia emas, lebih seronok duduk di tepi melihat gelojak tingkah anak anak dan teman teman menyambut lebaran. Saya tidak lagi sibuk di dapur, kerana tugasan sudah diserahkan pada adik adik, anak anak dan cucu... difikirkan kembali membosankan sungguh di usia remaja mengadun kek pound (5 biji telur, 1 mentega dan 1 gula, 2 tepung – diukur padai galas kaki lima) dan adunan samperit yang dibega bega jadi biskut kelapa dan lain lain biskut ikut kehendak jiwa... semuanya kerana tidak mahu adik adik yang masih kecil melangut kuih muih jiran tetangga. Kami seronok membakar biskut biskut moden dengan pantauan arwah ibu. Tetaplah menjadi kenangan yang meriah pada diri.
Saban tahun melihat bagaimana anak anak bagaikan artis pop menyediakan busana raya membuahkan rasa seronok. Gelabah memikirkan tukang jahit, reka bentuk serta potongan terkini? Mereka fikir mereka siapa? Permaidani merah? Kemudian mereka boleh pula tersedu sedu melihat iklan sedih ala ala petronas... alah iklan ala ala kemiskinan ibu anak ramai, anak orang susah. sesal kerana tahana pada ibubapa, iklan iklan sebegini masih merentap jiwa sentimental orang kita. Itu belum lagi membaca kisah di medsos tentang baju raya tidak siap, tukang jahit merungut dan jahitan tidak jadi... hahahha lucu sebenarnya menikmati keremehan manusia. Kempen politik tetap berterusan di musim ini, maklumlah selitan harus ada dalam apa sahaja suasana hidup rakyat, sains politiklah katakan tak?
Walau apapun yang dirasakan, raikanlah perayaan ini dengan sesiapa sahaja yang terdekat. Ambil kira keselamatan dalam perjalanan juga ketika bertandang, jalanraya janganlah sampai membawa kisah duka. Jadikan musim ini kesempatan untuk kita jadi manusia yang lebih bersemangat baik, pemaaf dan berkeinginan bersiratulrahim.
Manusia tidak akan mampu hidup sendirian. Bertemulah, berkenalanlah antara yang lama dan baharu, serta saudara mara yang lama terpisah. Musim ini dan musim musim seterusnya kita berdoa pada ikatan yang lebih bermakna.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.
BARANG PECAH TETAMU SYAWAL
- Satu perasaan yang tidak sedap ketika membaca kisah kisah duit raya sedikit, cekik binatang dan anak anak melompat hingga pecah perhiasan.
- Tetamu yang berziarah membawa karenah yang pelbagai, sama sahaja dengan majlis majlis lain.
- Kitapun merungut tentang tahap didikan mereka pada anak anaka.
- Bila marah keluarlah pelbagai kata nista tidak sedap
Sekiranya diuar uarkan di Medsos, orang seperti saya membaca adanya satu lapisan angkuh dan menyombong di situ. Macam OKB yang merungut pada suasana. Tidak ada langkah lain selain dari...
1. susun semula ruang biar selamat (barangan mahal dan perhiasan pelik pelik kamu itu distorkan duluan)
2. Pastikan kamu ada ruang yang lapang dan itu sahaja jadi tempat/ruang kamu melayan tetamu
3. Tetapkan satu hari sahaja dan buat di dewan besar atau kecil ikut kemampuan.
4. Tidak ada rumah terbuka. No house tourMarah? Mestilah kita marah kalau perabut patah, pinggan mahal pecah, jadi keputusannya apa? Bukankah itu harganya untuk peningkatan bersosial?
Kemarahan menjurus pada bagaimana ibubapa tak pandai didik anak, macamlah kita pakar keluarga, sedangkan kita tahu anak anak kecil itu sifat nakal mereka bagaimana...
Lain kali pesan NO CHILDREN ALLOWED...boleh gitu?
Kaca dijadikan untuk pecah, begitu juga hati sayang....bukan main depa dok kongsi cerita rumah orang barang pecah no? Pecah pi lah, esok beli lain (saya nak katalah sebab depa kaya kan?)
"Kitapun wat keluaq la pinggan mangkuk mahal mahai... ingat aku lekeh sangat ka? Kita hias rumah bagai nak rak tanpa berfikir lagi....macam rumah dalam majalah tu..."
YOU ARE READING
SELFISH
DiversosIF ONLY I LIVE TO TELL... Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...