SENI PELAYARAN MUKABUKU
1. Sudah tentu menggunakan gambar diri sendiri yang betul dan bukan simbol simbol atau gambar binatang.
2. Bersedia untuk dihiburkan, dikejutkan dengan perkongsian lucu, sensasi, dramatik dan luahan politik.
3. Berpesan pada jari dan hati agar tidak terburu buru. Sertakan fikiran dan timbang tara manusia.
4. Oleh kerana media cetak sudah tiada fungsi (akhbar) perkongsian berita semasa, salin lekat di mukabuku jadi agak penting. Semak dahulu kesahihan portal dan berita.
5. Pelayar termasuk kamu masing masing berkongsi cerita dan berita, tentang apa sahaja yang dekat di hati. Ambil hentang bahawa itu dinding milik mereka secara peribadi. Kamu ada pilihan.
6. Bukan semua perkongsian perlu mengikut nafsu kamu, dipesan ulang agar tidak timbul rasa ralat. BUKAN semua perlu dikongsi luah (perbalahan, percanggahan dan resah aib)
7. Unsur unsur kesihatan mental sesekali akan muncul. Jangan diprovokasi secara tidak tentu.
8. Lucu jenaka hanyalah bila ada keyakinan sahaja di ruang komentar rakan mukabuku yang ada sense of humor. Takut silap hari bulan.
9. Akur pada keperluan VALIDASI manusia. Berdamai dengan pamiran barangan mewah, kejayaan, pencapaian dan tayangan. Ia begitu manusiawi sekali. Jika tidak pandai bertahniah atau memuji, damaikan sekali lagi jari dan jiwa kamu. Tidak luak apa apa jika kamu tidak memuji daripada mengutuk secara terbuka.
10. 3 butang istimewa tetaplah disarankan agar dinding mukabuku kamu aman dan segar mengikut perkiraan secara pribadi. (Unfollow, Unfriend atau Block).
Mukabuku adalah sesawang yang membenarkan pengunaan secara gratis berhubung dengan teman teman, rakan sekerja atau orang yang tidak dikenali di luar secara talian. Perkongsian gambar, muzik, video dan artikel, begitu juga perkongsian pemikiran dan pendapat. Sesekali ada telingkah, debat dan bacaan sifat. Pilihan tetaplah di hujung jari kamu.
Keberkesanan mukabuku belum lagi GOYAH meskipun bermunculan sesawang komunikasi baharu.
NOTA:
Benar, Mukabuku disaring dari waktu ke waktu oleh mereka yang aktif setelah merasa ada hal tidak selamat. Ada yang menghilang dari radar mukabuku untuk membina hidup baharu atas alasan peribadi. Pencarian validasi tetaplah diteruskan di mukabuku kerana ia antara ruang terbaik untuk iklan, uaran berita, penjualan nilai, kepercayaan lama/baharu dan edukasi semasa.
Ada akta undang undang yang mampu mengheret salah cara ke tangga mahkamah.
i. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
ii. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998.
Iii Akta Tandatangan Digital 1997.
Iv Akta Jenayah Komputer 1997.
v. Akta Teleperubatan 1997.

YOU ARE READING
SELFISH
RandomIF ONLY I LIVE TO TELL... Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...