MENJEMPUT BEBAN

9 0 0
                                    

MENJEMPUT BEBANAN


Tanpa sedar menjadi praktik ramai manusia. Lebih tepat manusia yang lemah. Hal ini sudah dibicangkan terdahulunya. Pepatah lama 'Tiada beban batu digalas'. Kerap saya berpesan pada anak anak, namun kematangan menilai hidup tidak hadir secara piawai dalam hidup manusia.

Mungkin atas dasar lebih waktu kita mula beremosi. Tambahan pula di zaman medsos yang liar. Sama kisahnya dalam pemilihan pekerjaan, teman, kekasih dan pernikhanan. Digambarkan sebagai tidak ada pilihan dan emosi diledakkan semahu mahunya.

'Ada aku kisah?' ekspresi manusia apabila mula digamit bosan.
Mata hati yang baik dituntut dalam hal hal manusiawi, mereka yang peduli pada kelancaran hidup, mendahului apa yang penting dan ada keterlibatan sahaja. Dalam sebarang segmen hidup ia sepatutnya ditangani begitu.

1. Menjadi penjamin hutang bank (kekasih, suami, teman, saudara mara)
2. Berbudi dengan harapan dapat memiliki hati
3. Mencerca di medsos hingga memakai gelang besi
4. Menurut kata hati yang hitam dan dengki
5. Kemahuan/luapan menjual nilai nilai agama, hidup dan tadbiran
6. Tidak mampu mahu bergaya, jangan cakaplah ya?

Macam macam sebenarnya, namapun manusia. Namun pemikiran haruslah dipermudahkan dalam setiap langkah (ini adalah tindak tanduk peduli diri – self care bukan penting diri - selfish). Sesekali bolehlah telinga diperuntukkan mendengar keluh kesah orang lain, terlalu kerap dan berbunyi bagaikan halusinasi kita akan angkat punggung dan memberi jari tengah. (untuk sakit mencari penonton)

Saya percaya manusia sebelum mencapai titik matang tentang hidup akan terus bergulir acara khilaf. Khilaf diri dan orang lain sebaiknya jadi kayu ukur untuk langkah seterusnya dalam hidup. Ramai yang bagaikan menjamu emosi apabila berbicara tentang bengkok hidup orang, sistem negara, agama anutan, dosa pahala dan hal hal kabur lain.

Dalam segala kekalutan ini, saya fikir kamu masih diberi pilihan oleh yang ESA. Kamu boleh memilih untuk lebih tenang dan relak atau beralasan apa apa sekalipun. Tenang, selagi telur dan kelentit kamu tidak dijentik untuk apalah digalas beban itu bukan?
Janganlah sekali kali BEBAN semberono diangkat masuk ke bakul hidup dan dianggap sebagai cabaran hidup pula. Ada bezanya cabaran peribadi yang wujud serta wajib ditangani dan cabaran yang tidak punya hubung kait diri langsung.

Bicara punya bicara, segala terpulang pada kedewasaan masing masing.

Regina Ibrahim
310119

Regina Ibrahim310119

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SELFISHWhere stories live. Discover now