LET IT GO...bukan sekadar lirik!!!

167 3 0
                                    

SENI MELEPASKAN. (THE ART OF LETTING GO).

Bagaimana? Indah bukan ayat ayat dalam lirik lagu murahan tersebut? 

Aku yang kau tinggalkan, merana sendirian dan hanya merenung bulan! 

Ada yang terlalu pasif, ada yang angkuh dan bernada mendayu. Maka anak anak mula menjadi khayal, pilu  bermelankoli. Mereka fikir mereka artis majalah pop? Bukan semua, ada juga yang memendam rasa, berkerut wajah sampai mati. Difikirkan kembali untuk apa? Untuk siapa? Apakah demi jadi tumpuan? Bahan rujukan nanti apabila wujudnya Kubur Korban Percintaan? 

Tidak masuk akal semua ini!

Hati dan tahap kekuatan manusia tidak pernah sama. Dalam diam usaha untuk 'Melepaskan ikatan emosi dan candu cinta' yang merugikan hidup ini harus direnungi sebaik mungkin.

IT'S JUST NOT WORKING ANYMORE, on your side? On his side? And the rest of impossible areas. (citarasa, agama, pegangan hidup, hadangan tertentu dan falsafah hidup baru yang tiba tiba muncul dalam perhubungan).

"Takpalah apa apapun Ina doakan dia bahagia, Ina akan tetap ingatkan dia, Ina nak tengok takat mana dia pergi, Ina takkan lupa apa dia buat kat ina...," diungkapkan dengan penuh rasa kesal, pilu, gundah, berbau dendam, dan beralas kesumat lambang kesukaran melepaskan.

KENAPA HARUS MENGENAL SENI MELEPASKAN?

1. Kenal pada kuasa Tuhan dan letak duduk diri sebagai manusia, belajar menerima ketentuanNYA. Tidak ditakdirkan bersama.


2. Tidak perlu menghabiskan masa beranalisa secara negatif tentang diri. Kamu masih boleh membaiki apa saja yang kamu mahu demi KAMU bukan untuk orang lain.


3. Memberi ruang pada diri, temasuk Peluang baharu. Kesihatan, pembawaan diri dan hal hal negatif lain harus dikawal sebaik mungkin. Bukan terus menikmati siksa.


4. Kesilapan teknik PEMBUKTIAN itu juga harus diubah, pembuktian hanyalah pada diri dan Pencipta sahaja bukan orang lain. Rasa gundah itu cuma ego manusia sahaja.


5. Apabila kembali dan berserah pada Tuhan, itu bukan membawa makna kamu pasrah atau gagal. Kamu sebenarnya menuju ke paksi hidup yang lebih kuat dan bermakna.


6. Melihat pada setiap objek sebagai kenangan sewaktu bersama juga adalah hal romantik bodoh yang memerlukan kawalan. Usaha juga melupakan kerana kamu hanyalah manusia. Kenangan yang menyekat itu sebenarnya tiada gunanya, kenangan yang indah itu adalah kurnia namun jangan sampai leka.


7. MARAH MARAH bahaya. Kesihatan diri dan kesihatan persekitaran sosial. Elakkan menjadi seorang yang pahit. Kerana label itu akan jatuh pada diri kamu bukan dia atau orang lain.


8. Perlahan lahan kenal erti memaafkan dunia dan akibatnya. Itu adalah lumrah.


9. Tiada paksaan dalam berkasih sayang, nafi diri romantis:  Aku tetap akan menyangimu sampai bila bila, adalah nafsu dan lemah diri sebenarnya. Ia sebuah kisah yang GAGAL maka, terimalah hakikatnya.


10. BERSANGKA BAIK, sebagaimana ia dituntut dalam segmen kehidupan lain, ianya juga penting untuk perihal perihal MELEPASKAN. Agar ruang hidup tidak menjadi sempit dan tiada perbandingan terhadap hidup baru yang bakal kamu tempuh.

NOTA: Terlalu ramai yang gagal melepaskan setelah gagal dalam hubungan. Perhubungan adalah kerja keras yang memakan masa. Seni melepaskan juga luas. Dikongsi penulis demi kedamaian jiwa. Supaya anak anak mampu bangkit dan menjadi manusia yang realistik dan akur pada ketentuan Pencipta. Siapalah kita untuk berdiri dan bermegah megah dengan kisah kasih yang tiada ketentuan itu?  Hmmm... patutlah mereka gemar benar akan irama irama mendayu meneran tentang kegagalan hubungan.

Ingat, kita cuma secebis habuk...di alam semesta juga setitis air di lautan luas terbentang. Maka bernafaslah dengan damai, bertekadlah menjadi dirimu yang TERBAIK.

SELFISHWhere stories live. Discover now