IF ONLY I LIVE TO TELL...
Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...
Jangan kata apalah ya... merekalah yang paling terkehadapan. Lihat peratusan seksualiti keahlian Lambs, Monsters, Siti Zoners... dan peminat fanatik ruang pop 80an. Mereka adalah pendukung tegar. Apa salahnya kan? Ia menjadi medan suka suka sambil melepaskan lelah dalam kehidupan.
Jangan senang senang dikutuk Madonna ya... kau tahulah akibatnya nanti. Bee Hives yang akan menyerang dinding medsos mewakili sang ratu Beyonce. Siti Zoners yang sangat peka peduli pada sebarang kutukan. Kau tunggu nasib kau! Begitu sekali ya? Kita yang melihat tersenyum sumbing. Kita menuduh mereka taksub, tetapi hakikatnya jauh dari itu...
Pokoknya sebarang hal tentang artis pujaan yang hasil seninya dirasakan mampu dikaitkan menjadikan mereka pemuja setia. Kening Ziana Zain? Baju ketat Ziana? Sifat Ziana yang berhemah melayan adik adik menjadikan dia semakin disayangi tentunya. Itu hanya contoh kecil sahaja. Masih ingat perang antara arwah diva Sherry Ain dan Siti Liza dulu? Pemangkinnya siapa? Ya Tuhan..., let's not go there please!
Sejarah pernah terukir apabila arwah Donna Summer menyatakan bahawa kepercayaannya menidakkan golongan LGBT, dia dipinggirkan tergolek seketul begitu sahaja sehingga terpaksa meminta maaf demi kelangsungan kerjaya.
Kenapa para artis pop rapat seolah memahami kaum G dan T?
1. Mereka sama sama sensitif dan peka. (artis dan adik adik).
2. Adik adik tidak lokek menaikkan taraf artis pujaan
3. Siapa pereka, penata dan tukang stail artis yang hebat?
4. Hal hal pengurusan artis lebih cekap. (tahun 80an pernah menyaksikan fenomena di mana ramai artis diuruskan oleh PR GT).
5. Meka lucu dan pandai menghiburkan.
6. Pengkarya ponen juga ramai...berbakat dan disegani jangan tidak tahu.
Berbeza kalau dibandingkan dengan peminat cisgender, para G dan T kalau meminati seseorang mereka akan bergerak jauh mempertahankan apa sahaja tentang artis pujaan. Apa tidaknya? Artis tersebut dirasakan mewakili hati nurani mereka apabila membuat persembahan, mewakili alter ego, jadi mereka harus didukung sepenuh hati. Apa tidaknya? Hasil karya sang artislah yang jadi peneman mereka ketika sepi... jangan tidak tahu ada yang hafal dialog filem dan lirik lagu (meskipun lagu nasi tambah side B). Muncullah dalam filem atau persembahan buruk sekalipun, peminat tegar akan tetap meminatinya. Ya, sampai begitu sekali.
Artis mana yang tidak berbesar hati kalau sudah ada orang yang sudi menganggotai dan menerajui fanclub? Itu sebabnya para artis pop kalau diminta untuk memberi sepatah dua kata tentang mudarat LGBT tidak akan memberi apa apa kenyataan selain dari bermain selamat. Perhatikan sokongan pada Idayu sewaktu vanza vanza dulu...kelesss adique adique. Setelah itu? Pihak media juga tahu adique adique lebih layak kalau diserahkan tugasan sebagai wartawan hiburan. Kamu masih ingat taring allahyarhamah mama Juwie, Huzz, Tamo dan lain lain? Jangan main main. Itu belum lagi editor dan sub editor ponds yang berwibawa ya... respect!
Kita yang tidak mengerti sudah tentu akan termanggu memikirkan kenapa si GT harus berada di mana sahaja artis tersebut berada. Kamu lupa atau tidak sedar? Kamu fikir hal hal hiasan dan rekacipta kulit majalah, poster, album itu kerja siapa? Pendapat siapa diminta dahulu? Paling tidak aka nada satu adique adique di situ. Siapa penentu busana dan jurusolek si artis jelita? Ada yang sudah membentuk bantuan tersebut jadi kerjaya, namun tidak kurang ramainya.
Rasa meluat pada LGBT berterusan mungkin kerana mereka ada di semua sektor perkhidmatan dan hiburan. Secara rambang rasanya mungkin timbul rasa jengkel para cisgender yang tidak dikurniakan bakat... jahit jemeki juga bakat tau... bukan semua orang mampu buat. Ada bukan tidak ada cisgender yang sama berbakat seperti adique adique... Ahhh! Melalut pula...
"Kau call guna nombor ni... itu bukan Amira ya..tapi PA dia si Mimi... adik adik tau, jangan terkejut pulak, be nice... explain dan tanya dia free tak hari tu,"
Adique adique menggunakan dunia pop sebagai escape (lowongan pembebasan). Mereka terbahagi sebenarnya dalam banyak kategori. Ada yang minat membabi buta asalkan imej sang artis mewakili nafsu mereka, ada yang pergi lebih jauh memberi reviu bernas, ada yang mewakili dunia pop dalam di peringkat yang lebih akademik (wartawan, PR, Pengurusan dan lain lain). Kamu fikir siapa di belakang Fattah dan Fazura suatu ketika dahulu kalau bukan adique adique?
Selalunya mereka adique adique yang profesional dalam dunia pop tidak gemar menonjol nonjol ke depan gilakan publisiti. Artis sudah lama digunakan sebagai kerjasama kerjaya dengan pulangan yang berbaloi.
... dan adique adique memuatnaikkan gambar bersama artis X dengan kapsyen 'makan makan dengan diva di hotel X' Likes dan Love diketik teman teman berjabu jabu... kelesss you!
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.