PERTEMUAN
Asal disebut sahaja PERTEMUAN hati romantis menjurus pada pertemuan mendebarkan antara jantina berbeza. Sedangkan, kata TEMU itu membawa maksud JUMPA antara manusia, subjek atau objek tertentu. Selalunya pertemuan dengan manusia lain dalam urusan rasmi, santai atau janji temu yang dirancang. Ya, manusia harus bertemu: Tidak kenal makanya tidak cinta, bukan?
Terdapat susuk manusia yang membuahkan rasa ingin sekali ditemui. Mahu duduk dan berbicara setelah melihat mereka di cabang media, selalunya artis pop, politisi atau personaliti yang dirasakan menawan. Terkini Medsos membuahkan keinginan bertemu jadi memuncak (maaf bukan pertemuan nafsu nafsi ya...). Jika punya waktu lapang, mahu sahaja ditemui kenalan kenalan di medsos. Maka terciptalah pertemuan
1. Yang dirancang
2. Tidak disangka sangka
3. Akibat aturan rasmi
Setelah itu apa? Timbul cerita baharu tentunya. Perspektif masing masing terhadap pertemuan tersebut. Tidaklah perlu dilampirkan kepelbagaian penghakiman yang sering menjurus pada konotasi negative kerana kamu sedia maklum bahawa manusia itu berlapis lapis sifatnya.
Paling penting dalam setiap pertemuan, deria kamu akan jauh lebih terasah tentang diri sendiri setelah belajar membaca gerak kata dan badan manusia lain. Tidak dapat tidak, hakiman sesama manusia akan terjadi. Jika pertemuan tersebut menyeronokkan, sudah pasti ia akan direncanakan lagi.
------------------------SOAL JAWAB TENTANG PERTEMUAN--------------------------
Mama jumpa teman teman medsos?
Medsos adalah keajaiban untuk orang tua seperti mama. Ya, zaman manual dahulu kalau mahu berkenalan baharu harus rajin hadir majlis barulah berjumpa. Mama suka berkawan, jadi YA teman medsos mama temui dengan hati yang terbuka. Orang kata sepatah, berdunia... ada tau yang singgah dari jauh...
Ada sebarang kriteria ditetapkan?
Kriteria apa? Mama bukan bintang pop... takdak lah... sapa jumpa jumpalah. Cuma di usia emas pertemuan selalunya di luar. Dalam majlis atau untuk sesi teh tarik (teh terik sekarang tak seronok lagi, kerana no smoking polisi).
Kenapa tak jumpa di rumah?
Huh? Kalau 20 tahun dahulu ya... lebih mudah jumpa di rumah. Mama suka memasak dan bolehlah makan makan. TETAPI ada hal hal tidak sedap sudah terjadi. (No Elaborations). Kerap dulu mama dengan kak Zai buat makan makan. Seronok berhimpun dengan adik adik... sayangnya sesi itu sudah tamat. Alasannya mudah: Mama sudah tua dan tidak larat lagi (alasan selamat). Again no elaborations – sat lagi orang nanti meluat.
Pertemuan paling menarik?
Mama terima manusia seadanya. Bagi mana semua pertemuan menarik, kerana manusia hadir dengan pelbagai rentak dan gaya. Sebagai pemerhati dunia kerana menulis, mama hargai tiap mereka. Ada tau mereka yang membawa rezeki (bukan seguni wang) tetapi peluang kerja pada mama.
Kerja macam mana tu?
Kerja pentas bila syarikat mereka memerlukan emcee. Ada yang membeli lukisan dan ada yang menempah rantai rantai buatan mama... dan ada juga yang membeli buku. Itu semua rezeki tu...
Oh! mama lupa... mama jumpa ramai student kolej dan U juga... samada di kolej mereka atau di taman Armenian.
Jumpa students?
Ya, untuk kerja kerja advokasi, demi kerja kursus mereka. Ramai pelajar Sosiologi dan Criminoloji sudah mama bantu dengan menjadi subjek temubual dan peneragan tentang SOGIE. Ada ketikanya hanya untuk kenal kenal dan terus terang ya... ada yang mama bantu demi advokasi HIV dan Aids.
Allahuakbar AIDS?
Ya, selain dari kaunseling di Private Message ada yang berani jumpa mama sekarang. Kamu fikir dunia ini bagaimana? Mama bayangkan, kami di pekan maju Georgetown... sangat bertuah. Sesekali mama rasa sedih membayangkan bagaimana agaknya kerja kerja advokasi Kesihatan dan seksualiti di kawasan pendalaman Pahang, Trengganu atau kawasan terpinggir Kedah dan Perak? Begitu juga dengan mereka yang pemalu terhadap seksualiti dan sakit yang masih dianggap tabu ini... Bertuah kan kita?
Mama kerja dengan NGOkah?
Tak. Mama NGI. Non-governmental Individual.
Apa tu mama?
Buat dan bantu takat takat mampu. Duit takda, jadi gunakan kederat menyalurkan informasi, pengetahuan dan memujuk bagi semangat. Bantu cara cara kitalah....
Mama tak takutkah jumpa orang tak tentu pasal?
Apa nak takut. Ni bukan zaman IRC muka tak nampak. Tapi awal awal facebook dulu pemburu seks ada tau...depa try tapi it's not practical kot... sebab jumpa di tempat awam. Mungkin sebab mama tak sesolid dulu lagi kan? Hahahhahahaa.... Mama cukup meluat kalau jantan jumpa dengan niat celaka tersebut.
Pertemuan bagaimana yang mama suka?
Banyak... sesetengah orang sangat istimewa. Tidak adil untuk dikategorikan apa apa. Orang yang membawa aura positif itu kita boleh rasa tau... yang berat bermasalah dengan aura negatif pun kita boleh detect. Ada pertemuan disingkatkan dan ada yang kita jadi ghairah mahu bertemu lagi... Benda ni pajang kalau nak explain.
Ada yang lucu semulajadi, seronok sungguh. Kita fokus pada yang baik baik sahajalah... maklumlah manusia perangai depa macam macam. Kita tu bagaimana? Reaksi dan sikap kita tu lagu mana?
Random, siapa sudah mama jumpa, let say 5 tahun lepas?
Apek pencen yang seronok bercerita, penulis dan penyair, tunawisma, kumpulan pelajar kolej, isteri yang kecewa pada suaminya, manusia AHDA, aktivis (dalam dan luar negara), pemilik perniagaan yang angkuh, teman teman lama, orang berjaya yang merendah diri ...oh! terlalu banyak sebenarnya... manusia selalunya tidak meminta banyak, mereka hanya mahu telinga untuk mendengar segala rintihan dan keluh kesah sahaja.
Kita tu... nak kena tanya pada diri: wujud tak rasa emapati? Keterbukaan dan menjadi sedikit amanah bila sudah tahu cerita. Dukungan emosi yang bagaimana harus kita beri.
Ada tak yang jenis Me, Myself and I?
Ada... awat takda. Bagilah chance kalau kita ada masa... kesian, kita pun tak tau dia pulang rumah melihat empat dinding atau tidak mampu tidur nyaman...
Hmmmmm... gitu ya mama?
Lagu tulah hidup nok....
WITH Doris at Bee Hwa.... and Shaik Ghulam my dearest friend....
YOU ARE READING
SELFISH
RandomIF ONLY I LIVE TO TELL... Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...