NARSIS

8 0 0
                                    


NARSIS TERUK

Apa yang teruk sangat?

Teruklah kerana dia tidak berminat dengan sebarang hal lain selain dari perasaan dan emosinya sahaja. Dia mana peduli pada orang lain dan kejadian kejadian semasa. Dirinya tetap nombor satu!

Bukankah kita lebih baik menumpukan pada diri sahaja?

Betul. Namun untuk saling hidup, kita beriringan dengan masyarakat. Belajar belajarlah untuk menusup masuk dengan cara yang selamat.

Masih kabur sebenarnya. Narsis teruk macamana?

Segalanya hanyalah aku aku aku dan diriku. Sampaikan kisah orang lainpun dia akan menyelinap untuk dikaitkan dengan dirinya. Biar tumpuan jatuh pada dia. Kalau narsis yang bijak lagilah haru, dia akan bijak memanipulasi segala keadaan itu bertumpu pada dirinya.

Narsis di medsos?

Lagilah jelas. Dia tidak peduli akan isu semasa, segala pameran adalah tentang dirinya sahaja dalam semua muatnaik. Yang suka bergambar pula wajah dia sahaja walaupun dalam pose yang sama... mantranya my wall is my right. Ada yang menambahkan rakan rakan hanya untuk menjadikan mereka penonton. Mana dia peduli pada luahan orang lain. Itu belum masuk narsis yang up upkan dirinya sahaja. Ini belum lagi masuk hal hal minat, pegangan agama dan pemahaman yang cuba ditampilkan.

Apakah bahaya bersifat narsis?

Tidak pasti. Apa yang jelas, lama lama dia akan dijadikan buah mulut orang. Satu yang kita respek para narsis adalah sifatnya yang kebal. Dia tidak peduli kerana menjadi narsis adalah kekuatan atau laku yang dia sendiri tidak sedar. Janganlah ditegur, nanti melenting boleh jadi perang dunia... bertambahlah narsis dirinya ketika mempertahankan dirinya.

Berbicara tentang sifat narsis yang sedia ada dalam salur nadi manusia. Sifat yang harus dikaji selia kalau kalau kita semua terlupa. Belajar belajarlah juga berkongsi kegembiraan orang lain dan menjadi telinga pada lingkungan yang ada masalah dan membantu dalam apa cara termampu. Aku itu, I ini, saya sudah...inilah aku... kalau keterlaluan lama lama nanti orang belah dan kita terus menyalahkan dunia...

 kalau keterlaluan lama lama nanti orang belah dan kita terus menyalahkan dunia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

antara sifat sifat sang narsis ada tersenarai sebanyak 14.....

SELFISHWhere stories live. Discover now