STOK AKHIR NOVEL PERJALANAN

7 0 0
                                    

STOK AKHIR PERJALANAN
-----------------------------
KENANGAN


"Mama jual perfume ker?" tanya anak di mukabuku ketika buku ini mula dipromosi oleh pihak fixi.


Berita baik diterima ketika saya menemani pasangan yang tamat pembedahan tulang belakang di GH Penang. Dalam kerisauan dan kekalutan berulang alik ke hospital, rupanya ada juga berita baik ikut serta. Alhamdulillah!

Kamu harus tahu bahawa buku ini didukung oleh teman teman mukabuku sekitara tahun 2014, merekalah yang kerap memberi semangat sewaktu isi cerita dikongsi tanpa editan dengan tujuan suka suka di satu dinding fb. Terima kasih tidak terhingga, you know who you are.
Buku yang dicetak sebanyak 9000 unit ini tidaklah digemari oleh semua lapisan masyarakat. Pembacanya terdiri dari pembaca tegar, pengkaji sosial dan adique adique yang mahu tahu... saya mahu berterima kasih pada mereka juga.

Proses editan naskah pertama ini bagai pantulan cermin terhadap kelemahan diri ketika menulis. Dari situ saya tidak mahu lagi halai balai bila masuk bab menulis. Bayangkan transisi bahasa yang perlu dilakukan (ekspresi Bahasa Indonesia dan Inggeris yang perlu ditukar banyak) belum lagi masuk tata bahasa yang tunggang langgang yang dianggap sebagai perkenalan terhadap komplikasi Bahasa Malaysia - walaupun ini terbitan syarikat buku Indie, diputuskan bahawa ia harus segar dan tepat untuk karya karya mendatang.

Menurut teman Perjalanan merupakan Magnum Opus, malu sebenarnya dalam hati walaupun kerap diterima kasihkan - hingga kini ia sukar untuk dipercayai. Di tahun 2015 juga dengan bantuan karya ini saya mula dijemput untuk wacana sastera dan seksualiti di Pantai Barat Malaysia, minda mula meneliti suasana dunia penulisan di Malaysia.

Setelah penerbit menghantar saya ke Makkasar MIWF 2016 (seolah pulang kampung) dunia penulisan bagaikan tidak berhenti (kebetulan itulah antara titik awal saya mula meninggalkan dunia pentas secara perlahan lahan) - mula bergeser bahu dengan penulis penulis hebat Asia dan antarabangsa di majlis majlis literasi.

Sebagai bekas guru sekolah kerajaan, saya terpanggil melatih anak anak pemula di wattpad dalam ruangan MENULIS. Segala laluan keliru dan kesukaran bercerita/menulis secara peribadi disentuh di situ. Banyak peluang mula terbuka dan saya amat percaya bahawa laluan di dunia penulisan ini bukanlah hasil kerja keras saya semata mata, ia hadir dari dukungan yang berbolak balik sesama penulis dan pembaca.

Bertolak dari 3 karya seterusnya bersama fixi dan beberapa penerbitan lain sertakehadiran di majlis majlis wacana sastera (termasuk di DBP utara - menerangkan tentang sastera indie dan moden), keberanian untuk meriviu, menterjemah dan mengedit kerja pemula tidak disia siakan. Semuanya dilakukan dengan sepenuh hati demi peningkatan dunia penulisan Malaysia.


Terlalu banyak cerita yang mahu disampaikan, jadi dimohon doa teman teman agar terus menyemangati usaha yang tidak pernah berhenti ini... saya masih berahi mahu bercerita!

PERJALANAN merupakan buku pertama syarikat FIXI yang menggunakan penambahan PE ... AN sebagai tajuk kata kerja (selalunya syarikat menggunakan satu ayat sahaja)

TERIMA KASIH.
------------------------------------
NOTA: Novel Perjalanan merupakan fiksyen tentang laluan Rozila anak transgender yang merantau. Dari sisi mata hatinya pembaca akan menilai perasaan dan cabaran hidup sebagai transnita di Malaysia. Ini merupakan muatnaik terakhir tentang buku Perjalanan secara peribadi.

260620 PPKP CORONA.

260620 PPKP CORONA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SELFISHWhere stories live. Discover now