NIKMAT DIRAYU
Bayangkan apabila dirayu hebat (Bukan soal cinta). Ini hanya bab memohon simpati dan pemahaman agar diberi pelepasan. Ada orang maksimal menikmatinya. Suka pada momen tersebut, seolah olah ketika itu dia adalah Tuhan atau Perencana. Si pesalah terkial kial mencari kata dan ekspresi terbaik agar dimaafkan, diterima, difahami atau apa sahaja. Paling sedih, sudahlah dinikmati saat aneh tersebut dan tidak memberi peluang pada si perayu.
"Ah! Kalau kau ada sekali, kau tengoklah macamana dia melutut mohon maaf...," diceritakan kemudiannya sebagai rasa bangga
Bagiku ini semua terpulang pada pemahaman kamu sebagai manusia. Ya, hal hal asas bagaimana mereka mahu diajar, dimaafkan dengan harapan mereka menjadi lebih baik. Sering aku terfikir, kalaulah si mangsa berterusan mendoakan si pelaku agar hidupnya tunggang langgang bagaimana? Mana satu? Sekiranya terserempak dia akan ingat pada kisah kemaafan kita dahulu dan tersenyum berterima kasih.
Hidup ini sememangnya kompleks bukan? Amaran yang tegas dan kemaafan masih lagi dipercayai sebagai pengajaran berkesan.
"Masa kami kena tahan dia ni lah yang cakap banyak, dimakinya kami berjabu jabu, pada muka dia la ni...giliran dia pulak, takda aku nak kesian aih," antara contoh kata kesumat yang mungkin akan ada...
Selalunya insiden seperti ini akan melibatkan penguasa, ketua, pasukan beruniform dan mereka yang ditugaskan menjaga sebarang larangan. Agak sulit sebenarnya apabila masuk hal hal langgar larangan, akak tercipta hal tuduh menuduh, hal kuasa dan ada ketikanya tindakan tidak wajar akan terjadi. Yang satu meminta agar diberi pertimbangan dan satu lagi merasa diri boleh menjatuhkan hukuman. Apatah lagi disoal pula secara rawak hal hal peribadi yang macam macam... meletakkan si pesalah jadi serba salah dan hilang kehormatan sebagai manusia. Tidak ada nasihat untuk hal hal ini, hanya pesanan bahawa manusia adalah manusia. Carilah jalan terbaik. Tanya juga diri kalau berada di ruang tersebut:
1. Memohon maaf secara ikhlas atau berlakon?
2. Masa untuk mengambil kesempatan?
3. Baru mereka tahu siapa aku...hahahahhaha
4. Rasa puas dapat menghukum?
5. Benar benar sesal dan mahu penguasa tahu
6. Berjabat tangan, minta maaf, berpesan agar jangan diulangi, atau kamu memerlukan statistik untuk pencapaian kerjaya? Naik pangkat?
7. Mana hilang rasa kasihan?
Atas dasar itu kita sering berpesan sesama, carilah titik kemanusiaan dan cuba masuk dalam kasut hidup orang yang dianggap pesalah atau tukang khilaf. Masa depan kita masih kabur Wallahualam....
YOU ARE READING
SELFISH
AléatoireIF ONLY I LIVE TO TELL... Do you think it will be fair? No doubt, I am an excellent storyteller. I will leave your jaw dropped with my tales of manipulated words and languages. It is going to be all about me, me and myself alone. I will pretend to i...